Bella menanam pokok bersungguh sekali. Taman ini telah diberi padanya. Atas nama Bella sendiri. Bella pun tak percaya. Tapi bila Darius katakan semula. Bella anggap itu adalah kata yang serius dari Darius. Darius tak pernah menipu. Ingatnya Darius bergurau saja nak bagi taman ini padanya. Padahal betul-betul dikotakan kata itu.
" Kalau aku dapat rumah besar macam ni... Aku akan hias rumah ni dengan macam-macam benda. Best betul!" ucap Bella teruja.
Bella bangun. Tangannya ditepuk beberapa kali. Menghilangkan pasir yang ada pada kedua tangannya.
" Jangan." Darius mengenggam tangan Bella.
Menghalang Bella dari mengotorkan rambut panjang perempuan itu. Bella terpana. Darius menyelit rambut Bella di celah telinga. Dibetulkan rambut panjang Bella agar tidak nampak serabut.
" Awak buat apa dekat sini?" Bella telan air liur perlahan. Berdebar tiba-tiba.
" Tengok kau berkebun."
Darius masukkan kedua tangannya ke dalam poket seluarnya. Darius melabuhkan duduk di atas bangku yang sedia ada di situ. Bella ikut sama duduk. Mata Darius mengecil. Ada sesuatu menarik perhatiannya. Bukan tanaman yang Bella tanam tadi. Tapi kerana nama yang dilabel Bella pada sebuah pasu yang tidak jauh dari tempat duduk mereka.
" Bunga kentut?" gumam Darius perlahan.
" Saya letak nama tu sebab bau dia yang busuk. Saya tak tahu bab bunga. Kerana itu saya letak nama itu saja. Senang. Bila awak bau, terus awak dapat kesan ini adalah bunga kentut." jelas Bella dengan sengihan pada bibir.
Darius menggeleng. Hidung Bella ditarik manja. Bella kedutkan hidungnya. Berbunga hati bila Darius buat macam tu. Berdetak hebat jantungnya. Bella selalu tak dapat kawal jantungnya andai Darius menyentuhnya. Biarpun sentuhan itu sikit saja. Tapi ia mempengaruhi setiap sudut anggota badannya.
" Itu panggilnya Arum maculatum. Bukannya bunga kentut." Darius membetulkan Bella. Bella nak taman ini, tapi hal bunga-bunga tak tahu. Alahai...
" Awak tahu bab bunga?"
"' Bolehlah."
Bella mengangguk. Jarinya menuding pada bunga yang dilabel bunga merah. Muka Bella berona merah. Biarpun tak ada ejekan daripada Darius, tapi rasa malu itu tak sudah menjalar masuk dalam hati Bella. Malu apabila dia sebagai seorang perempuan tak tahu menahu tentang bunga.
" Bunga apa tu?"
" Aristolochia gigantea" jawab Darius mendatar.
" What is Aristolochia gigantea used for"
Darius menyilangkan kakinya. Bunga yang ditunjuk Bella ditatap. Sangkaan Darius, Bella tahu tentang bunga busuk dan akan marahkannya kerana beli tanpa tanya apa-apa dulu. Sangkaan Darius meleset apabila Bella tanam tanpa apa-apa kata. Yang paling mengejutkan Darius apabila Bella tak tahu menahu tentang bunga-bungaan.
"Despite serious safety concerns, aristolochia is used to prevent seizures, increase sexual desire, boost the immune system, and start menstruation. It is also used to treat snakebite, intestinal pain, gallbladder pain, arthritis, gout, achy joints (rheumatism), eczema, weight loss, and wounds."
" Kalau bunga yang awak kata Arum macung letop tu."
" Arum Maculatum. Bukan Arum macung letop." Darius membetulkan apa yang disebut Bella.
" Sorry..." Bella hampir nak sentuh rambutnya dengan tangan.
Pak!
" Kotor!" Darius menggeleng. Bella betul-betul careless. Darius bertindak mengenggam kedua tangan Bella. Tak bagi Bella kotorkan pakaiannya mahupun rambutnya.
YOU ARE READING
The Ruthless Mafia ( IN EDITING)
RomanceBook 20 [ Dαrius & B€llα ] Darius Ryan Amsyar seorang lelaki tak ada perasaan. Semua dibunuhnya andai bermain api dengannya. Disebabkan kejadian hitam itu membuatkan dia berubah seratus peratus menjadi seorang yang kejam. tidak ad...