Bab 23

855 30 5
                                    

Darius masuk ke dalam sebuah syarikat besar. Mata-mata pandang ke arahnya tidak diambil peduli. Darius senyum sinis. Automatik mata yang memerhati tadi hilang. Mereka takut dekat Darius. Masakan tidak, semua pengawal yang menjaga pintu habis dibunuh Darius. Mereka sendiri nampak dengan anak mata mereka. Mereka boleh menjadi saksi untuk pembunuhan ini. Tapi sayang, mereka terlalu takut menjadi sasaran Darius. Mereka dah lama masak dengan perangai kejam Darius. Ada yang tidak kena, Darius tidak segan silu untuk membunuh orang terus. Darius masuk ke dalam lif. Sesekali jam tangannya dikerling.

Ting!

Darius keluar dari lif. Megah lelaki itu berjalan. Pekerja yang melihat Darius, automatik menunduk kepala hormat. Darius masuk selamba ke dalam pejabat Datuk Hashim.

" Tak ada adab-"

Datuk Hashim mendadak bangun. Datuk Hashim menunduk takut. Cermin matanya ditolak ke belakang. Tak sempat habis kata, melihat anak mata tajam milik Darius sudah menakutkannya. Menghentikan terus Datuk Hashim dari bercakap.

" Bad manners? Huh?" Darius mengangkat kedua keningnya. Darius duduk selamba di atas kerusi di depan Datuk Hashim.

Datuk Hashim menggeleng. Senyuman dimaniskan biarpun nampak kekok. Entah bagaimana Darius boleh masuk ke dalam pejabatnya sedangkan dah diberitahu pada semua pekerja supaya melarang Darius daripada masuk.

" Tertanya-tanya bagaimana aku berhasil masuk ke sini?" Darius merehatkan kepalanya pada penyandar. Sinis tak pernah hilang dari raut wajah beku itu. Naik gerun Datuk Hashim melihatnya.

" Tidak. Aku cuma mahu memanggil pengawal aku agar dapat menyambut kedatangan kamu kemari." jawab Datuk Hashim dalam rasa takut lagi.

Biarpun suara dia kedengaran berani saja. Tapi itu tidak bermaksud Datuk Hashim tidak takut. Dah rasa nak terkencing dia melihat Darius pegang pistol ketika ini. Takut!

" Pernah dengar satu ayat?" Darius bermain dengan setiap anggota pistol yang di pegang.

Ombak dalam hati Datuk Hashim kian mengganas dengan rasa yang tidak menentu. Datuk Hashim faham isyarat mata yang diberikan Darius. Darius mahukan sesuatu darinya.

" Ayat? Apa?" Dijawab juga pertanyaan Darius biarpun takut menerpa dalam diri Datuk Hashim.

" Hurt me once and i will kill you twice."

Pucat lesi muka Datuk Hashim. Semua yang dikatakan Darius ada makna yang dia faham. Darius dah tahu rancangan dia mahu bunuh lelaki itu. Nampak gayanya Datuk perlu menyelamatkan diri.

" Kau bangun, aku takkan teragak-agak akan menembak kau." ugut Darius dengan nada beku.

Datuk Hashim duduk semula. Bibir Datuk Hashim menggeletar tidak sempurna. Mahu katakan sesuatu tapi satu patah pun tak keluar. Takut menyebabkan Datuk Hashim tak mampu bercakap. Darius bangun dari duduknya. Anak matanya meliar pandang sekeliling pejabat besar itu. Fail diambil di atas rak itu. Tak sangka, secara random Darius dapat fail yang dia inginkan. Terbuntang mata Datuk Hashim.

" Darius, aku mintak sangat kau jangan ganggu syarikat aku. Tolonglah..." rayu Datuk Hashim bersungguh.

Darius berjalan lagi. Setiap gambar ditatap dengan senyuman senget. Datuk Hashim tak ada bijak sangat. Darius boleh nampak ada sedikit lubang pada sebuah gambar. Sebuah CCTV juga dah terletak elok di dalam sebuah pasu bunga.

" So careless..." Darius mengumam sendiri.

Setiap derapan kaki Darius didengari Datuk Hashim dengan rasa takut yang kian membelenggu diri. Datuk Hashim mengenggam pemegang kerusi. Darius telahpun ada di depan matanya. Meraba sesuatu di bawah meja. Bulat mata Datuk Hashim.

" Damn it." Darius menutup rakaman suara yang ada di bawah meja itu.

Darius menutup mulut Datuk Hashim. Tidak membiarkan lelaki tua itu menjerit. Darius mengacu pistol betul-betul di atas dahi Datuk Hashim.

" I like you but..." Darius menurunkan pistol ke bawah. Betul-betul pada perut lelaki tua itu.

" I want to kill you." bisik Darius dengan suara di celah gigi.

" Jangan... Kau tak takut kalau dicari? Kau tak takut kalau ada sesuatu terjadi pada kau? Aku orang yang terkuat. Boleh saja orang akan cari kau dan akan membunuh kau begitu saja." Datuk Hashim menakut-nakutkan Darius.

Darius gelak kuat. Sinis gelak yang terhambur itu. Tak takut dengan ugutan itu malah Darius rasa makin suka dengan permainan ini. Darius akan pastikan dia menjadi pemenang dalam setiap rancangan yang dia lakukan. Itu yang pasti.

" It's the end and i'm not afraid to die." Darius berbisik dengan nada mengejek.

Bahu Datuk Hashim ditepuk beberapa kali sebelum Darius keluar dari pejabat mewah itu. Darius memakai cermin mata hitam. Tangga kecemasan digunanya. Senyum senget menghiasi bibir.

" Already in." Mendengar jawapan dari konconya, Darius mengira detik setiap jam. Dalam beberapa minit lagi seorang mafia lain akan masuk ke dalam bilik Datuk Hashim. Darius dah rancang elok. Darius datang hari ini pun sebab si Mafia ini akan datang sini sekali. Da'lux punya kumpulan.

" Dah sedia?"

" Dah Master." sahut konco Darius.

Darius mengangguk. Tab kesayangannya dihidupkan. Sambil berjalan Darius pandang tab miliknya. CCTV yang dia letak dalam bilik Datuk Hashim telah elok dipasang. Terbentanglah raut wajah kelegaan Datuk Hashim apabila Darius telah keluar dari dalam bilik itu.

" Don't feel safe anywhere, anymore." ucap Darius penuh makna.

Darius ketawa sinis. Dalam mengikut kiraannya, perjalanan Da'lux akan sampai tiga minit dari sekarang. Darius memboloskan diri masuk ke dalam kereta.

" Tiga..."

Darius menatap pintu bilik Datuk Hashim penuh minat.

" Dua..."

Darius naikkan lidahnya pada lelangit. Muka Darius begitu mengejek Datuk Hashim ketika ini.

" Satu..."

Darius menepuk tangan. Pintu bilik Datuk Hisham kini telah terbuka. Darius bersiap sedia.

" Jaga sasaran."

" Alright Master." Di sebalik bangunan itu, tersembunyi seorang lelaki yang telah bersiap sedia mahu menembak Datuk Hisham. Dia adalah konco Darius.

Da'lux mengeluarkan pistol. Sengaja mengacah mahu membunuh Datuk Hisham. Tak sempat tarik picu pun lagi, tiba-tiba...

Bang!

Tubuh tua itu telah terkulai layu. Seorang pekerja yang baru nak masuk bilik Datuk Hisham tergamam. Apa yang dia lihat sungguh menakutkannya. Pekerja itu keluar dari bilik Datuk Hisham. Memberitahu semua pekerja tentang kematian Datuk Hisham. Da'lux mengetap kuat giginya. Semua rancangannya tidak menjadi. Mahu diugut, tapi lain telah terjadi. Di depan syarikat Datuk Hisham dah penuh dengan polis. Da'lux keluar dari syarikat mewah itu tanpa menghiraukan manusia yang pandang takut dan jijik padanya.

" Jangan bergerak! Kami polis! Sila bagi kerjasama!" polis melaung dari jauh.

Darius ketawa sinis dari kereta. Diberi isyarat tangan supaya mendahului jalan. Pemandu mengangguk. Menderum laju kereta mewah itu keluar dari kawasan syarikat besar itu. Darius pandang cermin sisi. Ketawa sinis terhambur. Orang lain yang rancang. Orang lain yang masuk penjara. Memang bijak!

The Ruthless Mafia ( IN EDITING) Where stories live. Discover now