Stella berjalan masuk ke dalam kereta. Berseri raut wajah cantik Stella. Tiba hari jadinya hari ini. Kegembiraan Stella tak dapat dibendung sehingga senyuman Stella tak lekang daripada bibir. Stella percaya semua keluarganya akan menyambut dengan baik sekali kehadirannya dalam rumah nanti.
Stella pegang pintu kereta. Berkerut dahi Stella merasa sesuatu cecair melekit melekat pada tangannya. Terbuntang mata Stella melihat tangannya penuh dengan darah. Tubuh Stella menggeletar tidak menentu. Meliar anak mata Stella pandang sekeliling. Takut ada orang cuba memerhati ketika ini. Dengan tangan terketar-ketar Stella buka pintu kereta. Memboloskan diri ke dalam kereta.
Baru stereng disentuhnya, Stella telah dihidangkan dengan sesuatu yang menakutkan. Terbeliak mata Stella melihat tulisan merah tertulis sesuatu. Nampak macam darah pekat yang sengaja dicalit pada cermin kereta Stella. Stella membaca tulisan itu.
-You're next.
Peluh sejuk mengalirkan di tubuh Stella. Terketap-ketap bibir Stella menahan takut. Bunyi seperti mesej masuk buat Stella menyeluk tangan mengambil telefon pintarnya. Mesej yang dihantar oleh nombor tidak dikenali buka.
If you are scared, fear will kill you day after day-Unknown number
Tangan Stella menggeletar diikuti bibir merahnya. Mahu saja Stella balas mesej itu. Namun jari Stella bagai tak mampu untuk menaip walaupun untuk sepatah perkataan. Takut menyelubungi dirinya. Airmata Stella tanpa sedar meleleh sehingga penuh di pipinya.
Ting!
Sekali lagi mesej dari orang sama Stella peroleh. Stella mengigit kuat bibirnya.
i will find your friend and i will kill your friend-Unknown number
Stella meliar mata pandang sekeliling. Mencari andai ada lelaki yang bermain telefon pintar berdekatan dengannya. Mana tahu lelaki itu ada. Stella telan air liur kasar apabila seorang lelaki berpakaian serba hitam sedang merapati keretanya membawa pisau lipat. Dengan tangan terketar-ketar Stella hidupkan enjin kereta. Menderum laju kereta Stella menelusuri jalan menuju ke rumah sewa kawan baiknya. Takut dengan ugutan lelaki yang tidak diketahui nombor itu. Nombor Hani di dail berkali-kali. Decitan keluar dari bibir Stella apabila Hani tak angkat.
" Kau pergi mana Hani?" soal Stella sendiri.
Tak sudah jari Stella mendail nombor Hani. Helaan nafas lega keluar dari bibir Stella apabila suara Hani kedengaran dari talian.
" Kau ada dekat mana sekarang?"
" Luar rumah. Ambil angin. Asal call?" soal Hani.
" Kau masuk dalam rumah sekarang!" suruh Stella lantang. Kuat suara Stella. Perasaaan takut campur dengan risau. Risau kalau jadi apa-apa pada Hani.
" Ada lelaki minta tolonglah. Aku letak dulu eh?" Hani menerpa ke arah lelaki yang jatuh itu.
" Lelaki tu pakai baju warna apa?" soal Stella dengan debaran makin kuat berdetak.
"Hitam."
Stella hampir hilang kawalan. Menyedari tindakan drastik yang boleh bawa padah padanya. Mendadak Stella kawal semula stereng kereta. Tak sempat bagi amaran, talian telah diputuskan.
Tut.
Boleh buat Stella gila kalau macam ni. Stella lempar telefon pintarnya di tempat duduk di sebelahnya. Pedal minya ditekan kuat. Tak henti Stella berdoa supaya Hani sentiasa selamat. Boleh jadi lelaki yang memakai baju hitam itu adalah lelaki yang mesej Stella.
Stella memarking kereta masuk ke dalam garaj. Stella laju keluar dari kereta menuju ke arah kawan baiknya yang masih berdiri statik di tepi jalan itu. Tanpa apa-apa isyarat, tubuh Hani dipeluk erat. Menangis Stella kerana terlalu takut dan risau. Terhinjut bahu Stella.
YOU ARE READING
The Ruthless Mafia ( IN EDITING)
Любовные романыBook 20 [ Dαrius & B€llα ] Darius Ryan Amsyar seorang lelaki tak ada perasaan. Semua dibunuhnya andai bermain api dengannya. Disebabkan kejadian hitam itu membuatkan dia berubah seratus peratus menjadi seorang yang kejam. tidak ad...