Bab 7

1.5K 34 0
                                    

Flashback

" I akan bunuh semua orang yang you sayang. I takkan biarkan you bahagia walaupun sekejap."

Bang!

Tubuh Papa dan Mamanya ditembak begitu saja. Merah mata Darius melihatkan itu. Tangan dan kakinya setia diikat.

" Bawak dia keluar!" Perempuan itu mengarah.

" Abang!!! Abang!!! Abang!!!"

Darius cuba mendapatkan adiknya, tapi apalah sangat kudratnya ketika itu. Tubuhnya lemah gara-gara dibelasah anak buah perempuan. Ditambah dirinya diikat. Allah...

" Mira! Mira!"

Perempuan itu ketawa kuat. Penuh sinis menatap Darius yang nampak lemah. Kalau diikutkan, dia mahu bunuh lelaki ini tapi... Darius perlu tengok dulu semua penyeksaan ini.

" Now... Korang habiskan adik dia..."

" No!!!"

End flashback...

Darius mengenggam kuat tangannya. Rahang lelaki itu bergerak-gerak. Merah menyala muka Darius. Setiap kejadian itu tak pernah dia lupa walaupun seketika. Paling menyakitkan, apabila dia bukak kes pembunuhan ke mahkamah, tak ada keadilan yang dia dapat. Malah kes pembunuhan itu ditutup begitu saja tanpa perbicaraan. Adilkah sebegitu?

" Dar..."

Darius panggung kepala pandang Darren. Keluhan berat dilepaskan. Lupa yang dia ketika ini ada di dalam kelab malam. Cuma yang berbeza kali ini, Darius tidak menyentuh arak. Moodnya untuk minum tak ada.

" Kau okay? Asal nampak monyok? Malam ni pun aku nampak kau tak enjoy sangat." Darren hulur arak pada si Darius.

Darius menggeleng. Menolak huluran itu dengan baik.

" Biasanya kau tak diam macam ni. Kau masih teringat kejadian dulu?" Darren angkat kening.

Raut wajah Darius beku. Tak ada secalit senyum. Darren mengangguk. Kalau Darius diam biasanya itu adalah jawapannya. Kalau Darren jadi Darius pun tak boleh lupa kejadian itu. Sakit dan sukar untuk diterima. Nasib baik Darius kuat orangnya. Andai tidak pasti Darius dah bunuh diri.

" Aku percaya kau kuat. Kau jangan buat muka sedih macam ni. Risau aku. Kalau nak sedih boleh, tapi kau keluarlah. Aku tak nak tengok muka kau dekat sini."

Darius menjeling tajam kawan baiknya itu. Sesuka hati saja menghalaunya. Sengihan dihulur bila Darius cuba menumbuknya.

" Aku gurau je. Sabar-sabar." Darren teguk air arak. Sesekali matanya meliar pandang sekeliling. Mencari awek baru untuk dirembat.

" Kau tak nak cari awek ke malam ni?"

Secara tiba-tiba raut wajah lembut milik Bella terpamer di depan mata. Tangisan Bella. Raungan Bella. Mengingatkan itu buat Darius senyum sinis. Bella terlalu naif. Tak puas Darius untuk menyeksa perempuan itu.

" Asal senyum sorang-sorang?" soal Darren aneh.

Darius angkat bahu. Darius berura-ura bangun. Decitan keluar dari bibir apabila beberapa orang lelaki sasa berdiri di depannya. Bila diserang, laju Darius menunduk. Cekap sekali Darius menyepak penyerang itu. Dikerling Darren. Memberi isyarat. Darius bercekak pinggang.

Darren yang memahami terus memaut kedua tangan Darius dan Darius ketatkan pegangan. Badannya dibengkokkan sembilan puluh darjah dan Darius terus pusing tubuhnya. Tepat kaki Darren kena pada setiap dada lelaki yang cuba mendekat. Senyum sinis terukir di bibir. Suasana kecoh seketika dalam kelab malam itu. Darren dan Darius mengambil pistol. Bunyi peluru diletak kedengaran dan tak tunggu lama...

The Ruthless Mafia ( IN EDITING) Where stories live. Discover now