Darius menghempas tubuhnya di atas sofa. Tangannya dilekap pada dahi. Fikirannya penuh dengan keluarganya. Jujur Darius tak dapat melupai kejadian yang telah Stella hadiahkan ketika hari jadinya.
Kalau ikut hati Darius, hari ini rancangannya untuk membunuh keluarga Stella. Namun Darius sabarkan hati. Tak seronok andai terus bunuh begitu saja musuhnya sedangkan banyak seksaan lagi yang dapat Darius berikan.
" Darius..." seru Bella lembut.
Hilang lamunan Darius. Darius meraup kasar mukanya. Bella menyorok di sebalik dinding. Bella gigit perlahan bibirnya. Ada sesuatu yang dia inginkan dari Darius. Tapi Bella takut kalau Darius tak bagi Bella keluar. Bella bosan, dan kalau boleh. Bella nak keluar ambil angin di luar. Dah lama Bella tak keluar.
" Bella, sini." Darius bangun. Tempat duduk di sebelah ditepuk.
" Sa-saya-"
" Jangan bantah. Sini." ajak Darius lembut.
Sejak kejadian Bella fobia, Darius dah berlembut. Tak ada lagi Darius yang suka marah-marah. Jujur Bella sukakan perubahan Darius. Kerana perubahan Dariuslah buat Bella sayangkan Darius. Bella melabuhkan duduk di sebelah Darius. Terjerit Bella apabila Darius tiba-tiba angkat tubuhnya duduk di atas paha lelaki itu.
" Kau nak cakap apa?" Darius menyoal. Bagai mengetahui apa yang ada dalam fikiran Bella.
Bella alih kepala pandang Darius. Raut wajah beku itu ditatap penuh kasih. Biarpun cinta dan sayangnya tidak dibalas Darius, Bella tak peduli. Bella hanya mahu Darius di sisinya.
" Sa-saya nak keluar boleh?" Terselit gagap dari bicara. Berdebar tiba-tiba bila ada sedekat ini dengan Darius.
Darius mengangguk. Tak semena tubuhnya didukung Darius tanpa sempat Bella turun dari paha Darius. Bella biarkan saja. Melilit elok tangan Bella pada leher Darius. Tak sudah jantungnya berdebar kerana diperlakukan sebegini.
" Kita nak ke mana?"
" Taman."
Dalam beberapa meter saja dari banglo milik Darius taman rahsia itu berada. Darius letak tubuh Bella di atas bangku. Bella senyum malu. Deheman dibunyikan. Setiap bunga yang ada di taman itu ditatap teruja.
" Boleh saya petik?"
Peroleh anggukan, Bella penuh teruja merapati taman bunga itu. Bunga warna-warni itu dihidu. Wangi dan menenangkan. Setiap bunga dah sedia nama tertulis pada setiap signboard. Bunga Ros berwarna lavender dipetik Bella. Bella kembali semula duduk di sebelah Darius.
" Nah." sua Bella pada Darius.
Darius pandang tanpa menyambut. Bella buat isyarat mata supaya mengambilnya. Darius mengeluh halus. Mengalah, bunga ros lavendar itu diambilnya.
" Kenapa bagi aku bunga ni? Kenapa bukan warna lain?" Darius bermain dengan setiap helaian bunga ros lavendar. Diusap lembut.
" Maksud bunga ros lavendar ialah memberi makna cinta pandang pertama. Kalau saya bagi setiap hari, ia sebagai peringatan tentang cinta saya dan keinginan saya untuk meneruskan hubungan dengan awak." Bella berkata tanpa rasa malu.
Honesty and loyalty are key.
Akan Bella setia dan jujur pada Darius. Kerana cinta dan sayangnya hanya buat lelaki itu. Anak mata Bella mencari raut wajah kacak Darius. Ingin tahu reaksi yang Darius berikan. Malang, Darius senyap tanpa kata. Beku terus disebabkan setiap kata yang keluar dari bibir Bella. Terhenti jarinya dari menyentuh helaian bunga itu. Jawapan yang Bella nak dengar pun tak ada balasan. Senyum manis menghiasi bibir Bella. Tangan Darius digenggam Bella. Makin meleret senyum Bella apabila tak ada tepisan daripada Darius.
YOU ARE READING
The Ruthless Mafia ( IN EDITING)
RomanceBook 20 [ Dαrius & B€llα ] Darius Ryan Amsyar seorang lelaki tak ada perasaan. Semua dibunuhnya andai bermain api dengannya. Disebabkan kejadian hitam itu membuatkan dia berubah seratus peratus menjadi seorang yang kejam. tidak ad...