" Jadi seperti yang semua sudah sedia maklum , malam ini akan diadakan annual dinner untuk meraikan senior-senior yang akan graduate tak lama lagi . Dan semua murid mestilah berpasangan tidak kira peringkat usia . Memang begitulah adab resam sekolah kita setiap tahun . Jadi saya harap kamu semua dapat hadir malam ini "
Terang Jaebum saem kepada semua murid ketika waktu perhimpunan . Jaebum saem yang merangkap ketua guru senior di sekolah sekaligus yang akan menguruskan majlis malam ini .
Murid-murid sudah tidak relax kerana tidak sabar untuk dinner malam ini . Mereka sepertinya tidak mahu belajar disebabkan dinner malam itu . Masing-masing juga sibuk mencari pasangan masing-masing .
" Jeongin , siapa pasangan kau malam ni ? Jangan kata kau pasangan dengan lelaki la ? "
Tanya Sunghoon kepada rakan yang berdiri di sebelahnya , Yang Jeongin anak Yang Rosli . Mereka semakin rapat dari hari ke hari semenjak Sunghoon pindah ke sekolah sini . Jeongin pulak alang-alang lonely sebab Beomgyu pindah . Aduh sedih pulak ayat dia .
" eh sorry sikit eh . Kau ingat aku lonely sangat ke sampai takde partner ? ofcourse la ada ! "
" pergh anak Yang ! Siapa jadi partner kau tu ? "
" Kim Ari , yang comel-comel tu "
" bapak ah ! Ari budak kelas kita tu ? Pergh masyuk ah Jeongin . Alang-alang tu couple ah terus ! "
" sorry la aku ni tak buat maksiat nin. Berdosa . Bukan macam kau "
Sunghoon terkesima dengan jawapan yang diberikan oleh Jeongin . Terasa seperti dirinya ahli neraka selepas diberi ceramah free . Dia menjeling Jeongin tajam .
Manakala situasi Haejoo dan Jinyoo , mereka sekarang sedang duduk di meja kantin memandangkan sekarang waktu rehat . Haejoo membuka bungkusan roti yang dia beli dari koperasi sebentar tadi . Malas nak makan berat katanya .
" mesti meriah kan malam ni ! Oh by the way , kau join ke tak dinner malam ni ? Minho sunbae nak pergi tak ? "
" ofcourse la . Kitorang dah siap beli baju dah haritu . Kau hado ? "
" SERIUSLAH ? MASYUK AH MINHO SUNBAE ! Aku mati-mati ingat dia tak pergi "
Haejoo mengflip rambutnya yang panjang itu sampai terkena muka flawless Jinyoo .
" WOI AGAK-AGAK AH NAK FLIP-FLIP ! AKU FLIP KAU KANG BARU TAU ! "
" Jinyoo ! "
Kelihatan dari jauh Sunghoon berlari ke arah dimana Haejoo dan Jinyoo duduk . Jinyoo yang marah itu terus tersenyum apabila pakwe kesayangannya datang . Haejoo menggulingkan matanya .
" jom teman aku makan ? Eomma aku ada bawa nasi goreng kimchi . Haejoo pun , jomla sekali . Eomma aku buat banyak "
" takpela korang pergilah . Aku diet . Aku nak pergi tandas sekejap "
YOU ARE READING
[DISCONTINUED] Seduire ; leeknow
Fanfiction[ 𝗅𝖾𝖾 𝗄𝗇𝗈𝗐'𝗌 𝖿𝖺𝗇𝖿𝗂𝖼𝗍𝗂𝗈𝗇 ] 𝗦1 ; 𝗖𝗢𝗠𝗣𝗟𝗘𝗧𝗘𝗗 𝗦2 : Discontinued SÉDUIRE (frénch) : seduce (old title ) Misi memikat lelaki berhati batu ? Adakah akan berjaya ? " Pikat aku selagi boleh , kalau kau betul-betul sukakan aku " ...