FLASHBACK
" awak saya nak tanya boleh ? "
" apa dia sayang ? "
" apa cita-cita awak ? "
Tanya Haejoo sambil membelai lembut rambut milik Minho . Lelaki itu selesa mendaratkan kepalanya di atas peha Haejoo . Angin sepoi-sepoi bahasa di situ menyegarkan lagi suasana mereka .
" saya ? Saya kan nak jadi suami mithali "
" ish janganlah main-main ! Saya serius lah "
Haejoo sengaja menarik sedikit rambut Minho membuatkan lelaki itu mengerang kesakitan . Dia tergelak dengan reaksi Haejoo yang dianggap comel .
" impian sebenar saya ialah untuk jadi seorang penyanyi idola pada mulanya . Kalau awak nak tahu , arwah eomma saya dulu bekas penyanyi opera . Tapi lepas dia kahwin dengan appa , dia berhenti sebab nak jadi suri rumahtangga sepenuh masa .... "
Haejoo sedar suara Minho berubah datar apabila bercakap pasal appanya . Dia tidak tahu kisah silam lelaki itu , tetapi yang dia tahu adalah bahawa Minho benci bapanya .
" maaf kalau soalan saya buat awak terasa — "
" gwenchana . Saya okay je . Apa gunanya kita berhubungan tapi tak tahu sejarah hidup masing-masing kan ? "
Minho membetulkan kedudukannya menghadap betul-betul dihadapan muka Haejoo . Dia menatap penuh minat wajah Park Haejoo yang sudah memerah .
" awak taknak cerita pasal impian awak ? "
" saya ? Saya pun sama macam awak . Saya sebenarnya teringin nak jadi penyanyi idola "
" jinjja ? Kenapa awak macam tak berminat pun ? "
" saya , tak pernah bagitahu sesiapa . Awak orang pertama yang baru tahu benda ni "
" kita memang betul-betul soulmate la . Nanti awak tunjuk la dekat saya tarian awak . Saya nak tengok "
" mana boleh ! Saya malu lah .. "
" alaa comel je dia malu pulak "
Minho mencubit pipi gebu milik Haejoo itu dengan perlahan . Kalau tidak bengkak pula pipi anak orang dikerjakan . Mereka berpandang buat seketika .
YOU ARE READING
[DISCONTINUED] Seduire ; leeknow
Fanfic[ 𝗅𝖾𝖾 𝗄𝗇𝗈𝗐'𝗌 𝖿𝖺𝗇𝖿𝗂𝖼𝗍𝗂𝗈𝗇 ] 𝗦1 ; 𝗖𝗢𝗠𝗣𝗟𝗘𝗧𝗘𝗗 𝗦2 : Discontinued SÉDUIRE (frénch) : seduce (old title ) Misi memikat lelaki berhati batu ? Adakah akan berjaya ? " Pikat aku selagi boleh , kalau kau betul-betul sukakan aku " ...