" terangkan pada aku , Haejoo "
Minho memandang tajam ke arah Haejoo . Panggilan juga sudah ditukar daripada 'saya' ke 'aku' . Semua pelajar memandang ke arah mereka dan mula berbisik satu sama lain .
" ani , Minho . Saya ikhlas sukakan awak . Betul — "
" tak perlu berpura-puralah Park Haejoo . Sudah terang lagi jelas memang kau goda Minho semata-mata untuk pakej percutian bukan ? Kau sebenarnya tak cintakan dia langsung ! Penipu ! "
Heeyul berkata di pembesar suara membuatkan suasana menjadi gamat . Dia tersenyum puas . Akhirnya dia dapat musnahkan hidup Park Haejoo yang dia nantikan sudah lama .
" aniya ! Percayalah Minho , memang mula-mula saya goda awak untuk pakej percutian tu — "
" CUKUP ! AKU TAKNAK DENGAR LAGI PENJELASAN KAU "
Minho akhirnya mengangkat kakinya beredar dari dewan itu . Haejoo mengejarnya dari belakang , mahu meyakinkan lelaki itu tentang kebenaran yang sebenarnya . Jinyoo memandang mereka sayu .
" semua ni salah aku , Sunghoon . Aku tak patut offer dia benda macam tu "
" walaupun aku tak tahu apa-apa , tapi aku tahu ini semua salah faham "
Sunghoon memujuk teman wanitanya yang sudah menangis kerana rasa bersalah itu . Dia memerhati sahaja perbuatan Heeyul yang tersenyum kemenangan itu . Dia berdiri dan mara ke hadapan dengan beraninya .
" CUKUP LEE HEEYUL ! KAU TAK PATUT BUKA AIB ORANG DEKAT MAJLIS KERAMAIAN MACAMNI ! "
Manakala situasi Minho dan Haejoo , gadis itu sedaya upaya mengejar lelaki itu . Dia menjerit nama lelaki itu tanpa menghiraukan manusia yang sedang memandangnya . Sampailah kakinya terkehel akibat kasut tumit tinggi yang dia panggil .
" Minho ! Dengar dulu — auch ! "
Minho berpaling ke belakang apabila terdengar bunyi jatuh dibelakangnya . Dia hanya memandang tidak berminat lalu dengan segera beredar dari situ . Dia tidak dapat menyembunyikan perasaan dia yang sekarang ini bercampur , marah dan sedih . Dia tidak sangka , gadis yang dia amat cintai , rupanya sama sahaja seperti perempuan lain yang gilakan harta .
" Minho , jebal .. saya , ikhlas cintakan awak . Bukan macam apa yang awak dengar hiks hiks .. "
Minho menghentikan langkahnya . Dia berpaling semula ke arah belakang . Air matanya sedaya upaya ditahan , tidak mahu nampak lemah dihadapan Haejoo . Walaupun hakikatnya , hatinya berkecai .
" aku tak sangka , Haejoo . Perempuan yang aku sayang sepenuh hati aku , rupanya selama ni berpura-pura , sebab nak dapatkan pakej percutian 'murahan' dari kawan kau tu .
Patutlah selama ni aku rasa tak sedap hati dengan hubungan kita . Rupanya ini yang kau sembunyikan dari aku . Patutlah kau beria-ia nak goda aku . Sudahlah Haejoo , aku kecewa dengan kau . Hubungan kita , sampai sini saja .. "
YOU ARE READING
[DISCONTINUED] Seduire ; leeknow
Fanfiction[ 𝗅𝖾𝖾 𝗄𝗇𝗈𝗐'𝗌 𝖿𝖺𝗇𝖿𝗂𝖼𝗍𝗂𝗈𝗇 ] 𝗦1 ; 𝗖𝗢𝗠𝗣𝗟𝗘𝗧𝗘𝗗 𝗦2 : Discontinued SÉDUIRE (frénch) : seduce (old title ) Misi memikat lelaki berhati batu ? Adakah akan berjaya ? " Pikat aku selagi boleh , kalau kau betul-betul sukakan aku " ...