" thanks Eunsang tolong hantarkan noona "
Eunsang dan Haejoo berhenti di hadapan kondominium tempat di mana Haejoo tinggal. Disebabkan oleh kejadian menakutkan tadi terus takut Haejoo nak balik sorang-sorang, walaupun hakikatnya kondo itu hanya berdekatan dengan Leebit Entertainment.
" takde hal lah , lagipun aku memang saja nak makan angin , maklumlah makan makanan tak boleh "
Haejoo hanya tersenyum saja. Bukan dia tak tahu diet seorang trainee macammana , makan banyak sikit kena marah. Haejoo sendiri sedang melalui lebih-lebih lagi dia akan debut tak lama lagi.
" okaylah , noona masuk dulu, hati-hati tau jalan nanti, takut ada yang mengejar HAHAHA "
" kau jangan takutkan aku eh noona ! kau tu hati-hati ! naik lif sorang takut lif bawak tempat lain pulak HAHAHA "
" STOP EUNSANG ! PERGI BLAH ! "
Eunsang pon lari apabila Haejoo acah-acah mahu pukul dia. Haejoo hanya menggeleng kepala dengan perangai Eunsang yang gila-gila. Nasib baiklah kawasan ni takde orang , kalau tidak ramai pulak paparazzi murahan. Dahla dia hanya tinggal 2 minggu saja sebelum debut.
Baru sahaja Haejoo mahu tekan button, tiba-tiba dia teringat apa yang Eunsang kata. Bodoh betul laki tu.
" ni semua salah budak tu ! kalau tidak aku relax je naik lif tak fikir apa-apa"
Dia pon cuba memberanikan diri untuk naik lif. Baru sahaja dia nak tutup lif , tiba-tiba ada seorang lelaki memakai jaket menahan pintu untuk masuk.
" chakkaman ! "
Nasib baik Haejoo sempat tekan butang buka lif. Lelaki itu terus masuk ke dalam lif. Mungkin dia adalah penghuni kondominium ni juga kot ? getus hati Haejoo. Lelaki itu memakai baju kemeja , berspek mata dan berkasut kulit hitam. Dia membawa beg kerja macam orang-orang pejabat selalu bawak. Sah ! memang penduduk sini juga. Macam orang-orang elite pon ada.
" terima kasih "
" no problem "
Keadaan menjadi sunyi seketika. Haejoo hanya berdiri di sebelah kiri lif manakala lelaki itu duduk di kanan lif.
" kita tinggal dekat aras yang sama "
Lelaki itu mematikan kesunyian itu dengan berkata demikian. Haejoo hanya mampu mengangguk sahaja sebab dia perlu berjaga-jaga.
" nampaknya kita berjiran. awak baru pindah ke sini ke ? "
" err ya "
" saya Jaewook , rumah nombor 23 "
Haejoo sebenarnya teragak-agak untuk menjawab. Tetapi lelaki ini nampak macam orang baik. Tapi walaubagaimanapun dia kena berhati-hati kerana manager dah pesan untuk tidak memberitahu sebarang orang alamat rumah mereka.
" Joohee imnida .. "
Itu sahaja yang Haejoo boleh cakap. Dia terpaksa tipu namanya juga supaya lebih selamat. Bunyi ting berbunyi menandakan mereka telah sampai ke tingkat rumah mereka.
YOU ARE READING
[DISCONTINUED] Seduire ; leeknow
Fanfic[ 𝗅𝖾𝖾 𝗄𝗇𝗈𝗐'𝗌 𝖿𝖺𝗇𝖿𝗂𝖼𝗍𝗂𝗈𝗇 ] 𝗦1 ; 𝗖𝗢𝗠𝗣𝗟𝗘𝗧𝗘𝗗 𝗦2 : Discontinued SÉDUIRE (frénch) : seduce (old title ) Misi memikat lelaki berhati batu ? Adakah akan berjaya ? " Pikat aku selagi boleh , kalau kau betul-betul sukakan aku " ...