three

111 12 1
                                    

" okay Haejoo , buat taktau je macam tak pernah ada apa-apa dengan Minho "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" okay Haejoo , buat taktau je macam tak pernah ada apa-apa dengan Minho "

Kata hati Haejoo sambil air liur diteguk rakus. Sudah pukul 4 petang bermaksud sekarang ialah waktu meeting mereka bersama CEO , iaitu Lee Minho sendiri. Haejoo sudah tidak senang duduk sebenarnya menunggu ketibaan Minho. Tapi dia tak boleh tunjuk perasaan itu sangat nanti kantoi pulak.

Bunyi pintu dikuak , muncullah gerangan seorang lelaki yang dikenali sebagai staf disini.

" pd-nim dah sampai , sila bersedia "

Haejoo telan air liurnya perit. Tangannya digosok di bawah meja. Hanya tuhan saja yang tahu betapa sejuknya dia sekarang.

Bunyi kasut kedengaran. Seorang pria kacak masuk ke dalam bilik mesyuarat dengan megahnya. Kedatangannya membuatkan semua yang berada di bilik itu berdiri. Bau perfume Dior Sauvage menyengat ke hidung semua orang disitu. Haejoo memberanikan diri untuk memandang ke hadapan.

" selamat kembali , pd-nim "

Mata Haejoo membulat melihat lelaki di hadapannya itu. Setelah dua tahun dia tidak bersua muka dengan lelaki itu.

" makin handsome pulak dia ni ... "

Getus Haejoo dalam hati. Dia perasan yang banyak perubahan pada Minho. Dulu rambut hitam , sekarang bertukar kepada grey. Mukanya pula nampak sedikit cengkung sedikit daripada dulu. Yang pasti , memang makin semua.

" duduk semua "

Arah Minho lalu semua orang duduk. Haejoo berusaha menundukkan wajahnya. Tapi sebenarnya takde guna dia buat macamtu. Macamlah Minho tak kenal dia.

" pertama sekali saya ucapkan selamat kembali kepada pd-nim, Tuan Muda Lee Minho ke Leebit Entertainment cawangan korea selatan. kami staf disini berharap agar kami dapat berkerjasama yang baik dengan pd-nim"

Semua orang mengangguk dengan kata-kata oleh ketua staf disitu , Tuan Min. Sepanjang ketiadaan Minho , dia lah yang memberi arahan.

" sekarang dijemput pd-nim untuk memberikan sepatab dua kata "

Semua orang tepuk tangan dengan gemuruh apabila Minho bangun dari kerusinya.

" tak banyak yang saya nak cakap , tapi saya harap semua orang dapat berikan kerjasama yang baik. ingat bahawa saya seorang yang sangat tegas , dan ambil berat hal-hal semua staf saya , lagi-lagi semua trainee "

Pandangan yang tajam yang diberikan Minho kepada semua orang. Haejoo yang ketika itu memandang tepat ke arah Minho itu terkejut apabila mata mula bertembung. Jantungnya berdegup kencang.

" relax Haejoo , buat biasa je "

Haejoo segera mengalih pandangannya ke arah lain , tak mahu rasa awkward. Minho pula menyambung percakapannya.

" saya rasa itu saja dari saya , let's move on to the next agenda "

Minho berjalan duduk ke arah belakang untuk duduk di belakang supaya dia dapat lihat slide dengan jelas.

[DISCONTINUED] Seduire ; leeknowWhere stories live. Discover now