20⚡️

687 103 3
                                    

          YOO MARA mengangkat lembut tangan Jungkook yang memeluk pinggangnya. Mereka berdua tidur bersama di atas sofa semalam. Wajah Jungkook yang sedang tidur direnung olehnya. Sejujurnya dia lemah bila Jungkook menangis semalam.

"Jungkook bangun"

Dia mengerakkan tubuh Jungkook pelan.

"Nuna"

Dengan suara serak basah Jungkook memanggilnya. Mara mula bangun dan menuju ke arah dapur untuk membasuh mukanya.

"Pergi mandi lepas itu turun sarapan"

Jungkook mengikuti kata-katanya tanpa membantah. Mara melihat Jungkook hanya mengunyah makanannya tanpa bersuara mungkin kerana semalam.

"Jungkook awak okay tak ni?"

"Mianhae Nuna pasal semalam"

Jungkook tidak berani melihat ke arahnya sebaliknya hanya merenung makanan tersebut. Mara mengeluh kecil lalu menyentuh tangan Jungkook dengan lembut.

"Awak begitu cintakan saya sampai macam itu sekali?"

Terus Jungkook mengangkat kepalanya kerana terkejut dengan pertanyaan Mara. Jungkook mengenggam tangan Mara dengan lembut.

"Yes I love you so much Nuna"

Mara mengangguk faham.

"Tapi awak tahu kan kita tak boleh paksa seseorang?"

"Tahu"

Balas Jungkook sepatah dengan nada yang sedih.

"Sejak bila awak sukakan saya Jungkook?" Tanya Mara ingin tahu.

"Saya suka Nuna first time masa dekat taman waktu itu saya kena buli. Nuna datang selamatkan saya dari pembuli"

"Awak pakai beg iron man kan?"

Jungkook mengangguk kecil.

Mara terkejut dan dia tidak menyangka semuda itu Jungkook mulai menyukainya.

"Saya hanya pandang Nuna sahaja sejak kejadian itu. Saya tak pernah suka orang lain selain Nuna" Ujar Jungkook jujur.

"Jadi kamu jadi model disebabkan saya lah ni?"

"Mula-mula niat saya nak jadi model memang sebab Nuna tetapi lama kelamaan saya suka dengan kerjaya saya sekarang"

Mara lega mendengarnya.

"Jadi awak ingat saya akan terpikat dengan awak bila awak dah jadi model? sebab itu awak tak suruh saya bercinta dengan universiti?"

"Ya"

Mara mula bangun dan ingin menuju ke arah singki tetapi Jungkook menghalangnya. Mara terkejut apabila Jungkook tiba-tiba sahaja mengangkat tubuhnya lalu meletakkan Mara duduk di atas meja makan.

Jungkook meletakkan kedua-dua tangannya dan membiarkan Mara terperangkap di tengah-tengah. Wajah Jungkook makin rapat dan matanya merenung dalam melihat wajah cantik milik Mara.

"Saya tak cukup ke untuk Nuna? saya boleh jadi teman lelaki yang terbaik untuk Nuna"

Mara mula berdebar apabila Jungkook merenungnya sebegitu. Dia bagaikan arnab yang mengecil di depan harimau yang bila-bila masa bersedia untuk menerkam mangsanya.

"Saya tiada jawapan untuk awak Jungkook. Kalau saya bagi sekarang takut awak terluka"

"And then give me a chance to show that I can be a better man for you "

Jari Jungkook mula menyentuh lembut wajah Mara. Dia berharap sangat Mara menyetujui. Dia boleh gila kalau Mara bercinta dengan lelaki lain selain dirinya. Dia mahukan Mara seorang sahaja.

Mara tahu renungan mata Jungkook seakan-akan mengharap untuk menerima dirinya. Mara menarik nafasnya dan dia telah membuat keputusan.

"Baiklah saya terima awak"

Jawapan dari Mara membuatkan Jungkook tersenyum lebar. Dengan pantas dia memeluk tubuh Mara dengan erat.

"I love you so much Nuna!! thank you!!"

Jungkook rasa bahagia dan dalam diam Mara tidak pasti bahawa hubungan mereka berdua akan bertahan ataupun tidak. Dia sendiri tidak pasti. Dia hanya mengusap lembut belakang Jungkook.

⚡️⚡️⚡️

Sorry for late update sebab sekarang saya dah mula bekerja T_T

kalau cuti saya update mana yang saya mampu.

Tinggal 10 chapter only💛

Jangan lupa vote tau!

Fighting

TBC

[C] THREE + Jeon JungkookWhere stories live. Discover now