JEON JUNGKOOK memasuki bilik Mara dengan senyap kerana disuruh oleh Jaerin mengejutkannya untuk sarapan. Peluang sebegitu tidak akan dilepaskan begitu sahaja. Dia memerhati Mara tidur dan tangannya naik menyentuh wajah Mara dengan lembut.
Mara rasa terganggu lalu membuka matanya dengan perlahan.
"Jungkook?"
Jungkook tersenyum lebar.
Mara mula bangun dan Jungkook mula duduk di tepinya.
"Turun sarapan Jaerin Nuna suruh"
Mara mengangguk kecil.
"Awak boleh keluar"
Mara masuk ke bilik air untuk basuh wajahnya. Apabila dia kembali ke biliknya kelihatan Jungkook masih duduk di atas katil.
"Jungkook bukan saya suruh awak keluar?"
Mara mula bercekak pinggang. Jungkook mula mendekatinya lalu memeluk tubuh kecilnya dengan erat.
"Kan bagus bangun setiap hari dapat peluk Nuna macam ni"
Mata Mara terkebil-kebil. Tubuh Jungkook sememangnya selesa dan hangat.
"Lepaskan Nuna"
"Tak nak"
"Jungkook jangan buat perangai boleh? kalau Jaerin nampak macam mana?"
"Jaerin Nuna takkan tahu kalau Nuna tak bising and jerit"
Mara cuba menolak Jungkook tetapi tidak berhasil.
"Okay apa awak nak?"
Jungkook ketawa kecil.
"Nak morning kiss"
Dengan mata besar milik Jungkook yang comel meminta kepadanya. Mara tercenggang dengan permintaan sebegitu.
"Dulu kan masa saya masih kecil Nuna selalu cium saya dekat pipi. Kan Nuna sendiri anggap saya sebagai adik Nuna. Kenapa saya tak boleh minta?" Senyuman Jungkook bertukar menjadi sinis.
"Bu-budak ni?!"
Jungkook memalingkan mukanya dan menunggu mara mencium wajahnya.
"FINE!"
Ciuman sekilas hinggap di pipi Jungkook.
"Puas?"
Jungkook mengangguk kecil. Tetapi tak lama kemudian dia menghadiahkan ciuman sekilas di wajah Mara lalu mengenyitkan matanya.
Mara menyentuh wajahnya dan memandang Jungkook tidak percaya. Jungkook mula keluar dari bilik bersama gelak tawa kecil.
"Makin berani ya budak tu? Apa kau nak buat lepas ni YOO MARA"
Mara mula buntu dan dia tahu dia akan kalah dengan Jungkook jika berada di dalam situasi ini. Jungkook begitu licik sekali.
⚡️⚡️⚡️
Jungkook yang sedang leka merenung Mara dari jauh tiba-tiba ditegur oleh kawan sekerjanya di tempat pengambaran.
"Jeon kau ada hubungan ke dengan Hwang Haera?"
"Tiada kenapa?"
"Biasa lah mulut orang kan cakap pasal kau dengan Haera"
Jungkook mula menoleh ke arahnya dan ingin tahu.
"Maksud kau?"
"Kau dengan Haera kan sama sekolah dulu. Korang berdua saling kenal lepas itu ramai anggap korang berdua mungkin ada hubungan yang special kononnya. Kau tengok lah kan Haera paling popular lepastu kau. Kau dengan dia pasangan yang sempurna"
Jungkook ketawa tidak percaya mendengar berita tersebut.
"Sama sekolah pun kena cop ada hubungan ke?"
"Aku beritahu jer untuk kebaikan kau juga takut berita macam ni tersebar dekat media. Lagi lah orang percaya bila kau layan Haera lain dari lain dekat bilik mesyuarat hari tu"
Jungkook sekadar mengeluh kecil.
"Kau suka Haera ke?"
"Tak aku tak pernah suka dia"
"Yakin betul kau?"
Jungkook menyentuh bahunya.
"Yakin seratus peratus kau jangan risau. Sampai mati aku takkan suka dia sebab aku suka orang lain"
Kawannya tahu Jungkook jarang sekali berbohong dengannya.
"Weyh Haera macam nak datang sini jer? mungkin nak cakap dengan kau"
"Biar aku datang dekat dia"
Kawannya terkejut melihat Jungkook datang mendekati Haera. Haera tersenyum malu dan cupcake yang dibelinya untuk Jungkook dipegangnya erat.
"Rumor pasal kita berdua saya harap awak tak perlu risau" Ujar Jungkook terlebih dahulu.
"Eh tak mengapa Jungkook saya okay jer"
"Sebenarnya saya tak suka ada rumor berkaitan dengan awak"
Haera terkedu.
"Lagi satu saya tahu awak suka saya dari zaman sekolah lagi. Takkan awak tak sedar saya langsung tak pandang awak?"
"Jung-jungkook"
"Awak cuba pikat saya sebanyak mana pun. Saya tetap takkan suka dekat awak Haera. Jangan buat saya rimas dengan kelakuan awak macam ni. Saya tahu cupcake tu awak cuba nak bagi saya tapi lebih baik awak bagi orang lain sebelum saya buang dekat tong sampah. Saya tengah jadi baik sekarang jangan buat saya jadi jahat kalau awak buat saya hilang sabar. Lupakan saya dan pergi sukakan orang lain"
Haera cuba menahan tangisannya dan mengangguk kecil.
"Baik lah"
Jungkook merenungnya dingin lalu pergi. Mara melihat wajah terluka milik Haera dan dia melihat segala-galanya.
⚡️⚡️⚡️
Anak jeon ni kejam betul hiks
Jangan lupa vote tau!
Fighting
TBC
YOU ARE READING
[C] THREE + Jeon Jungkook
Fanfic"3 years I have been waiting for you, 3 years I changed myself into a real man that you always wanted. The truth is i really love you Nuna and i like you a lot Yoo Mara" - 3 THREE + JEON JUNGKOOK ________________ 📍2nd in Fanfiction (7/11...