10⚡️

718 96 5
                                    

            JEON JUNGKOOK melihat surat tawaran daripada University of Cambridge untuk kakaknya Jeon Jaerin. Dia terkedu sebentar melihat surat tawaran itu.

"Surat apa tu?"

Jaerin merampas surat itu lalu membacanya. Dia menjerit dan melompat-lompat gembira.

"Aku kena call Mara?!"

Sebelum sempat Jaerin ingin mencapai telefon pintar miliknya Jungkook terlebih dahulu mengambilnya.

"Jungkook kau dah kenapa?!!"

"Nuna dengan Mara minta university yang sama ke?"

"Bagi phone Nuna lah!"

"Jawab dulu baru Kook bagi"

Jaerin mula mengalah lalu mengangguk kecil.

"Kalau Mara Nuna tak dapat tawaran tu Nuna pergi juga ke university tu?"

"Tak sebab Nuna dah janji dengan dia"

"Kalau korang dua dapat tapi Nuna tolak tawaran ni kan Mara Nuna tetap ikut Nuna ke?"

"YEP! Dah bagi phone aku balik!"

Jaerin cuba merampas telefon pintar miliknya semula tetapi Jungkook masih lagi mengelak.

"Kalau macam tu Nuna kena TOLAK tawaran tu juga!"

Kening Jaerin terangkat. Dia berasa hairan sungguh dengan Jungkook.

"Kenapa pula aku kena tolak?!"

"Sebab Kook tak nak Nuna pergi jauh!!" Tipunya dan itu membuatkan Jaerin ketawa besar.

Dia memeluk Jungkook dengan erat.

"Adik kesayangan Nuna! Nuna tak pergi lama pun, tiga tahun jer"

"Lama sangat Nuna! lagipun Kook tak suka TIGA?!"

Jaerin mula menyampah lalu mengambil telefon pintarnya semula.

"Lantak kau lah! pergi belajar sana!"

"Tapi Nuna dekat sana bahaya lah!"

Tanpa mempedulikan Jungkook. Jaerin mula masuk ke biliknya. Jungkook tidak dapat membayangkan Mara pergi jauh darinya. Dia takkan biarkan perkara itu berlaku.

⚡️⚡️⚡️

Jungkook merasakan dirinya terlambat apabila kedua-dua keluarga itu sedang meraikan kemasukan Jaerin dengan Mara ke University of Cambridge. Jungkook melihat muka bahagia Mara.

Jungkook takut di sana Mara akan mencari seseorang ataupun bercinta tanpa pengetahuan dia. Perkara itu memang sakit. Jungkook tiada mood untuk meraikan benda itu bersama dengan mereka semua. Dia membuat keputusan untuk keluar dan pergi ke taman.

Jungkook termenung panjang dan mengeluh beberapa kali. Tiba-tiba ada seseorang duduk di sebelahnya tanpa dia sedari.

"Jungkook awak buat apa dekat luar ni dah lah sejuk hmm?"

Jungkook terkejut melihat Mara di sebelahnya. Dia mula menunduk sedih dan Mara tahu perkara itu kerana Jaerin ada menceritakannya bahawa Jungkook tidak mahu Jaerin pergi jauh.

"Jangan risau saya kan ada jaga Jaerin dekat sana?"

Mara menyentuh lembut tangan Jungkook.

"Nuna jangan pergi juga boleh?"

Pinta Jungkook dengan mata yang seakan akan merayu. Mara tersenyum nipis.

[C] THREE + Jeon JungkookWhere stories live. Discover now