JEON JUNGKOOK mula turun ke bawah dan dia melihat Mara sedang berada di dapur untuk membuat sarapan pagi.
"Nuna"
"Duduk lah dahulu, sarapan dah nak siap"
Jungkook mula mengambil tempat duduknya dan dia mula mencari Jaerin tetapi Jaerin tiada di situ.
"Jaerin Nuna dah pergi kerja ke?"
"Ya awal pagi tadi"
Jungkook lega Jaerin tiada jadi dengan mudahnya dia mahu mendekati Mara. Dia mula bangun dan menghampiri Mara. Jarinya menyentuh leher Mara dan membuatkan Mara terkejut.
"Jungkook! apa awak buat ni?"
Jungkook mula menghilangkan kesan mekap yang menutup hickey tersebut.
"Kook dah agak dah"
Mara mula menarik rambut panjang menutup kesan merah itu.
"Bukan salah awak sebab Nuna tahu awak tengah mabuk dan tak sedar perbuatan awak. Jangan risau Nuna tak marah"
Bahu Jungkook ditepuknya pelan.
"Kalau saya buat perkara macam semalam pada waktu sekarang mesti Nuna marah kan?"
Mata Mara terkebil-kebil. Jungkook mula mendekatinya dan menghimpit tubuh Mara dekat dengan singki lalu Jungkook meletakkan kedua-dua tangan membuatkan Mara tiada tempat mahu melarikan diri.
"Jungkook awak kenapa ni?"
Jarinya Jungkook mula menyentuh wajah cantik milik Mara.
"Kadang-kadang kan Nuna, saya cuba tahan diri bila dengan Nuna. Tapi waktu tu Nuna suka kan?"
"Apa maksud awak?!"
"Nak saya buat semula ke supaya Nuna ingat?"
Mata Mara membesar apabila Jungkook ingin mencium lehernya seperti apa yang berlaku sebelum ini. Dia mula menahan dada Jungkook supaya berhenti.
"Saya ingat! dan saya yakin semua itu hanya satu kesilapan!"
"Really?"
Mara geram Jungkook cuba mencabar dirinya.
"Sudah Kook! benda dah berlalu"
"Tak nak"
Tubuh Mara ditariknya ke dalam pelukan eratnya.
"Saya nak Nuna ingat selamanya. Nanti kita boleh buat kenangan yang baru"
Mara mula menelan air liurnya.
"Kan Nuna?"
Tangan Mara diraihnya lembut lalu dicium oleh Jungkook sambil melihat ke arahnya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan oleh Mara sendiri.
"I want more of you Yoo Mara"
Mara terkedu.
⚡️⚡️⚡️
"Jaerin rumah kau bila nak siap lagi ni?"
Mara mula duduk bersama dengan Jaerin di sofa.
"Aku terpaksa cari orang lain sebab dia ada hal lain sebab itu lah asyik tertangguh. Kenapa kau tak selesa ke tinggal sini?"
"Eh tak lah takut banyak menyusahkan Jungkook jer" Tipu Mara dan sejujurnya dia mula rasa tak selesa dengan Jungkook.
"Mana ada Nuna, Kook okay jer korang berdua tinggal dekat sini"
Mara terkejut apabila Jungkook tiba-tiba muncul di ruang tamu dan mengambil tempat duduk di sebelahnya. Mara bergerak lebih rapat dengan Jaerin.
"Kau tengok Jungkook pun tak kisah" Ujar Jaerin sambil memakan keropoknya.
"Gomawo Jungkook"
"Sama-sama"
Mara melihat seorang wanita model yang cantik di televisyen dan dia seolah-olah mengenali wanita cantik itu.
"Itu bukan Haera ke?" Tanya Mara untuk meminta kepastian.
"Ya Hwang Haera, dia model baru akan masuk syarikat Jeon. Lebih menarik lagi ideal type dia Jungkook sendiri"
Jaerin tersenyum senget dan Mara menoleh ke arah Jungkook.
"So? tiada kena mengena dengan kook pun"
"Tapi kamu berdua nampak serasi bila bersama" Tambah Mara dan Jungkook merenungnya tak suka.
"Betul Mara aku setuju! Kook kalau kau nak Haera jadi bini kau! aku bagi green light" Usik Jaerin nakal dan Mara ketawa kecil.
"Kook tak suka dia LANGSUNG"
Jungkook merenung Mara lalu bangun dan pergi meninggalkan mereka berdua. Mara pasti kata-kata tadi menuju ke arahnya.
"Okay dia betul-betul tak suka Haera sebab tulah sampai sekarang single"
"Eleh kau dengan Yoongi apa pula?"
Kening Mara terangkat sengaja dia mahu mengusik Jaerin.
"Pahal aku pula dengan mamat putih yang mulut tiada insurans tu!"
"Korang berdua nampak serasi heh"
"YAHH"
Bantal dibaling geram ke arah Mara. Mara ketawa besar.
⚡️⚡️⚡️
Saje nak bagitahu anak jeon bakal menganas akan datang.
Jangan risau author akan pub chapter baru lepas buka puasa kalau ada scene spicy lah.
Jangan lupa vote tau!
Fighting
TBC
YOU ARE READING
[C] THREE + Jeon Jungkook
Fanfic"3 years I have been waiting for you, 3 years I changed myself into a real man that you always wanted. The truth is i really love you Nuna and i like you a lot Yoo Mara" - 3 THREE + JEON JUNGKOOK ________________ 📍2nd in Fanfiction (7/11...