YOO MARA yang berada di dalam bilik mesyuarat pening melihat Jaerin dengan Jungkook bergaduh kerana pemilihan mentor untuk Jungkook.
"Kook tak nak dengan Nuna lah! Kook nak dengan Mara Nuna juga! kalau tak aku tak ikut project mentor ni!" Ugut Jungkook dan Jaerin memberi renungan tajam.
"Hwang Haera"
Haera mula menoleh ke arah Jungkook dan mula berdebar dengan renungan lelaki itu.
"Awak boleh jadikan Jeon Jaerin sebagai mentor awak? kita tukar boleh?" Pinta Jungkook sambil tersenyum kecil. Mara dapat melihat Jungkook mula mengunakan taktik kotor untuk mendapatkannya sebagai mentornya.
Semua model tidak berani membantah ataupun melawan Jungkook kerana syarikat ini milik ayah Jungkook sendiri. Mara mula mendekati Jungkook lalu menyentuh lembut bahunya.
"Jungkook jangan macam ni hmm?"
Jungkook mula memegang tangan Mara.
"Kalau saya kerja dengan Jaerin Nuna nanti kami berdua gaduh 24 jam sebab idea berlainan. Kalau kerja dengan Nuna akan jadi senang sikit"
"Budak tak sedar diri" Perli Jaerin dari jauh dan Jungkook tidak mempedulikannya.
"Baik lah saya boleh tukar mentor"
Jawapan Haera membuatkan Jungkook gembira. Bukan dia tidak sedar Haera masih menyimpan perasaan cinta terhadapnya.
"Thank you"
Haera tersenyum malu.
"Kalau macam itu, project mentor and model ini akan dilakukan dalam masa sebulan. Saya harap mentor dan model memberi kerjasama yang bagus. Saya nak lihat hasil pengambaran yang berkualiti. Yang terbaik pasti akan mendapat ganjaran yang besar" Ujar Ketua Projek.
Mereka semua mengangguk faham. Jaerin dan Mara tahu banyak kerja akan dilakukan selepas ini. Mara melihat Jungkook sedang mengusap dan bermain dengan tangannnya secara senyap dan tidak fokus sepanjang mesyuarat itu berlangsung.
Sebaik sahaja mesyuarat selesai, Mara membawa Jungkook masuk ke dalam bilik pejabatnya. Dia mula mengeluarkan lebih kurang tujuh file lalu meletakkannya di atas meja.
Jungkook mula mengambilnya dan menyelak file tersebut. Dia kagum melihat tema photoshoot yang dibuat oleh Mara.
"So awak dah pilih tema yang awak suka kook?"
"Semuanya cantik Nuna. So saya tak kisah sangat. Lebih baik Nuna pilihkan untuk saya" Lagi hairan Mara dibuatnya dan baru tadi Jungkook mengatakan dia dengan Jaerin mempunyai berlainan idea. Tetapi dengan dia pula Jungkook tak banyak songgeh.
"Betul ni?"
Jungkook mengangguk yakin.
"Saya harap kerjasama kita berdua membuahkan hasil Jungkook"
"Don't worry Nuna mesti kita akan jadi yang terbaik"
⚡️⚡️⚡️
"Jungkook lepaskan saya!"
Mara cuba meleraikan pelukan Jungkook dari belakang membuatkan dia mula rasa tidak selesa.
Sikap dan layanan Jungkook telah berubah seratus peratus membuatkan dia rasa pelik dan curiga. Hanya mereka berdua sahaja berada di dalam rumah itu manakala Jaerin telah keluar pergi kerja.
"Jungkook awak ni dah kenapa?!"
Mara menolak tubuh Jungkook lalu menjauh sedikit daripada Jungkook.
"Nuna takkan lah nuna tak perasan sejak nuna tinggal sini?"
Yoo Mara tahu hal itu tetapi dia tidak mahu percaya sama sekali.
"Three years I have been waiting for you, Three years I changed myself into a real man that you always wanted"
Jungkook mula mendekatinya perlahan.
"You know why I don't like number three? because I am about three years younger than you! You treat me like your own little brother"
Tangan Mara dicapainya olehnya.Wajah Mara disentuhnya lembut. Dia memandang tepat ke arah mata Yoo Mara.
"The truth is i really love you Nuna and i like you a lot Yoo Mara"
Akhirnya Jungkook dapat memberitahu perasaan sebenarnya kepada Mara.
"Jungkook..."
Yoo Mara terkedu dan dia sedar dia akan kerap bersama dengan Jungkook kerana projek mentor model selama sebulan. Seolah-olah dirinya masuk ke dalam perangkap binatang buas yang dirancang oleh Jungkook.
"Mara Nuna"
Jungkook berkata lembut dan memeluk tubuh Mara dengan erat. Mara tidak melawan sebaliknya terkejut dengan perubahan Jungkook sekarang ini. Tidak pernah sekali pun dia berfikir Jungkook akan menjadi seperti ini.
⚡️⚡️⚡️
Jungkook Rawr
saya akan fokus habiskan fanfic ini dengan perfect beast pjm.
Jangan lupa vote tau!
Fighting
TBC
YOU ARE READING
[C] THREE + Jeon Jungkook
Fanfic"3 years I have been waiting for you, 3 years I changed myself into a real man that you always wanted. The truth is i really love you Nuna and i like you a lot Yoo Mara" - 3 THREE + JEON JUNGKOOK ________________ 📍2nd in Fanfiction (7/11...