21⚡️

679 100 7
                                    

3 BULAN KEMUDIAN

HUBUNGAN Jungkook dengan Mara masih lagi tidak diketahui oleh sesiapa kerana Mara tidak bersedia lagi untuk memberitahu orang lagi. Dia risau Jaerin tidak akan menerimanya. Jungkook pula hormat dengan keputusannya. Bila bersedia Mara sendiri akan beritahu.

"Jungkook apa awak buat dalam bilik saya ni?? kalau Jaerin nampak macam mana??"

Mara bergegas bangun lalu mengunci pintu biliknya. Jungkook pula manja dan memeluk tubuhnya dengan erat.

"Nuna nak tukar baju dulu"

Jungkook mula tersenyum senget. Dia tahu Mara malu kerana memakai gaun malam yang agak seksi.

"Tak payah tukar"

Bahu Mara dikucup lembut. Mara terkedu dan dia dapat rasa perutnya disentuh lembut oleh Jungkook.

"Ke-kenapa tak boleh tukar?"

"Because you look so sexy"

Bisiknya sambil ketawa kecil. Jungkook enggan melepaskan dirinya. Jujur Mara rasa berdebar dengan sikap Jungkook sebegini. Mara cuba menarik tangan untuk melepaskan pinggangnya.

"Lepaskan Nuna"

"Tak nak Nuna milik saya"

Tiba-tiba pintu diketuk olehh Jaerin membuatkan Mara terkejut. Segera dia menolak tubuh Jungkook ke arah katil lalu menutup mulut Jungkook mengunakan tangannya.

"Mara!!"

"Ya Jaerin?!"

"Nampak Jungkook tak? setahu aku dia tak keluar tadi?"

"Mungkin kau tak sempat tengok dia keluar kut?!"

Jungkook tersenyum senget dan Mara menyuruhnya diam.

"Asal pintu kau berkunci ni??"

Jaerin cuba memulas tombol pintu itu.

"Aku terkunci rasanya! aku nak tidur lah Jaerin aku penat!"

"Okay! sorry kacau"

Mara mendengar bunyi tapak kaki Jaerin telah pergi. Dia menghela nafas lega.

"Ini semua sebab awak!"

Jerit Mara tidak terlalu kuat. Mara pula tidak sedar dia duduk di peha Jungkook. Posisi mereka berdua agak intim.

"Eh mianhae!"

Mara ingin segera bangun tetapi Jungkook menarik pinggangnya untuk duduk semula. Wajah Mara tanpa cela itu diusapnya. Jungkook mula mendekatkan wajahnya. Mara mula menelan air liurnya kerana berdebar.

Bibir mereka berdua akhirnya bercantum dan Mara mula memejamnya matanya lalu mengikut rentak Jungkook.

⚡️⚡️⚡️

"Nuna kenapa lepaskan tangan saya?"

Mara mengeluh kecil padahal mereka berdua berada di depan rumah keluarga Jeon.

"Kita sekarang dekat rumah awak Jungkook. Takkan nak orang tahu kita berdua bercinta"

Jungkook menunduk sedih. Mara rasa bersalah.

"Awak janji kan bagi saya masa? awak kenal kan Jaerin macam mana?"

"Saya faham Nuna cuma saya tak sabar nak tunjuk dekat semua orang Nuna jadi pasangan saya"

"Baik kita masuk takut yang lain tunggu lama"

Jungkook terkejut melihat yang membuka pintu rumahnya ialah Hwang Haera.

"Apa kau buat dekat sini?"

Haera tersenyum manis.

"Keluarga awak jemput keluarga saya sekali. Bukan keluarga saya seorang jer. Keluarga Mara Unnie pun ada"

Jungkook menjelingnya dan mula masuk. Mara hanya mengelengkan kepalanya.

"Sorry ya kalau Jungkook layan Haera macam tu. Nanti Unnie marah dia!"

"Tak mengapa lah Unnie. Saya okay jer"

Haera memaut lengan Mara dan mula masuk. Mereka semua mula makan malam bersama-sama. Majlis makan malam diadakan secara kecil-kecilan sahaja.

Haera melihat Jungkook sedang mencari tempat duduk.

"Jung-"

Jungkook duduk di hadapannya tetapi duduk disebelah Mara. Mara mengeluh kecil dan tersengih.

"Mesti Unnie rapat kan dengan Jungkook?" Ujar Haera memulakan perbualan.

"Tak payah sibuk banyak tanya dekat Nuna"

"Yah Kook!"

Mara memarahinya dan mula memandang ke arah Haera semula.

"Dah kenal Kook dari dia kecil lagi sebab tu rapat"

Haera mengangguk faham.

"Aku bangga dengan pencapaian syarikat kau jeon! anak kau dengan anak aku dah lah sama cantik dan kacak kerja model satu syarikat! Kalau dijodohkan mesti sesuai!"

Mereka semua terkejut dengan kata-kata dari Tuan Hwang. Jungkook mula merenung Haera dengan tajam. Dia mengenggam erat tangan Mara.

⚡️⚡️⚡️

Haera dengan Jungkook akan dijodohkan bersama ke?

jangan lupa vote tau!

Fighting!

TBC

[C] THREE + Jeon JungkookWhere stories live. Discover now