JEON JUNGKOOK hanya melihat Mara yang sedang menikmati aiskrim vanila kegemarannya. Jujur Jungkook berharap masa mereka berdua meluangkan masa dipanjangkan lagi."Nuna"
"Ya?"
"Saya tak suka Hwang Haera langsung. Saya harap Nuna tak salah faham"
Yoo Mara tahu Jungkook tidak menipu memandangkan Jungkook begitu serius sekarang.
"Baik lah Nuna faham"
Mara tersenyum nipis.
"Kalau saya tanya Nuna boleh?"
Jungkook kelihatan agak teragak-agak dan Mara mengangguk kecil.
"Ideal type lelaki yang Nuna suka macam mana?"
Mara mula terbatuk dan terkejut.
"Kenapa Kook nak tahu?"
"Saje tanya salah ke?"
Mara mula berfikir sejenak. Dia tidak pernah pun terfikirkan hal lelaki kerana dia sibuk belajar untuk mencapai cita-citanya. Dia mahu sambung belajar di luar negara bersama dengan Jeon Jaerin.
Matanya terpandang ke arah skrin tv yang memaparkan wajah model terkenal Lee Minho. Kalau dia tidak memberi jawapan yang dimahukan Jungkook dia pasti Jungkook akan menanyainya setiap hari. Bukan dia tidak kenal akan Jeon Jungkook seseorang yang jenis memaksa dan ingin tahu.
"Macam dia"
Mara menunding ke arah tv tersebut dan Jungkook melihat ke arah tv itu.
"Macam Lee Minho?"
"Yes why not?"
"Kerja dia model? tinggi dan handsome?"
Mara mengangguk kecil.
"Kalau lelaki tu muda dari Nuna? Nuna terima tak?"
"TAK"
Jungkook sedikit terluka tetapi dia perlu mengubah pandangan Mara terhadap lelaki muda darinya.
"Tapi kan Nuna macam mana kalau dia model, tinggi lepastu Handsome macam Lee Minho. Dia muda dari Nuna and dia berminat dengan Nuna juga? takkan lah Nuna nak tolak dia kan? peluang ada depan mata sayangnya kalau Nuna reject dia"
Mara mengeluh kecil dan apa yang Jungkook katakan sebentar tadi adalah benar.
"Betul juga apa kata awak"
Mata Jungkook mula bersinar.
"Nuna terima dia ke tak?"
"Baik lah Nuna boleh terima asalkan dia macam ciri-ciri lelaki Lee Minho yang Nuna suka"
Tanpa Mara sedar Jungkook tersenyum lebar. Jungkook akan buat segala-galanya. Menjadi seorang model terkenal dia akan capai perkara itu selepas habis sekolah.
⚡️⚡️⚡️
Namjoon mengeluh sambil melihat borang bidang kerjaya yang perlu di isi olehnya. Manakala Jin yang bercita-cita mahu menjadi chef sedang tekun mengisi borang tersebut.
"Yoongi hyung dah isi ke?"
"Dah"
Jawab Yoongi sepatah lalu membaringkan di atas sofa.
"Composer? producer? interesting huh"
Puji Namjoon membuatkan Yoongi tersenyum senget.
YOU ARE READING
[C] THREE + Jeon Jungkook
Fanfiction"3 years I have been waiting for you, 3 years I changed myself into a real man that you always wanted. The truth is i really love you Nuna and i like you a lot Yoo Mara" - 3 THREE + JEON JUNGKOOK ________________ 📍2nd in Fanfiction (7/11...