9⚡️

687 98 7
                                    

DUA MINGGU KEMUDIAN..

        PELAJAR sekolah menengah akhir tahun sudah selesai menduduki peperiksaan akhir tahun bagi kemasukan Universiti selepas ini. Mara dan Jaerin dijemput di depan sekolah oleh kedua dua keluarga mereka berdua.

"OMMA!!"

Mara dan Jaerin berlari ke arah pangkuan ibu masing-masing. Ayah mereka berdua tersenyum bangga.

"Kamu berdua dah jawab dengan baik! makan malam ni Appa dengan Uncle Yoo kamu belanja! ON TAK?!"

"ON!!!"

Dua keluarga ini memang rapat kerana persahabatan ayah Jungkook dan juga Mara. Mereka berdua berkawan sejak sekolah lagi dan kedua-duanya sekarang bekerjasama dengan syarikat yang sama.

"Uncle! kalau saya join boleh?"

Tegur Yoongi yang tiba-tiba muncul.

"Ceh sibuk jer blah ah kau!" Jaerin menolak Yoongi kasar.

"Boleh Yoongi! ajak lah sekali bangtan"

Yoongi tersenyum kemenangan. Jaerin hanya menjelingnya tajam.

"Kamu berdua ni asyik gaduh jer dari kecil tak pasal-pasal dah besar nanti kahwin pula?" Tegur Tuan Jeon sambil mengelengkan kepalanya.

"Jaerin dengan mamat putih tak sedar diri ni?? no way appa?!! walaupun tinggal sekor jer mahkluk laki dalam dunia ini JAERIN TETAP TAKKAN KAHWIN DENGAN DIA" Jari Jaerin menunding ke arah Yoongi.

Yoongi ketawa tidak percaya.

"WOI MINAH! Kau ingat kau cantik sangat ke?!! PUIH! AKU PUN TAK HINGIN LAH KAHWIN DENGAN KAU LAGI-LAGI MULUT KAU TU BUSUK!!"

"YAH!!"

Mara cepat-cepat menarik Jaerin menjauh dari Yoongi. Begitu juga Jungkook menarik Yoongi. Ketika kecil dulu mereka berdua pernah bergusti di taman sambil menarik rambut dan berguling-guling.

⚡️⚡️⚡️

"Mara boleh tolong panggil Jungkook dekat atas tak untuk turun makan" Pinta Puan Jeon dan Mara mengangguk kecil.

Mara naik ke atas lalu menuju ke bilik Jungkook. Pintu bilik Jungkook diketuknya banyak kali.

"Jungkookie mari turun makan sekarang? yang lain tunggu awak"

Tetapi tiada sebarang sahutan daripada Jungkook. Mara membuka pintu bilik Jungkook lalu melihat ke dalam. Rupanya Jungkook sedang mandi.

Dia melihat bilik tidur Jungkook yang agak serba hitam putih itu. Dia tersenyum melihat banyak gambar Jungkook yang masih kecil dahulu. Gambar dia dengan Jungkook sewaktu kecil juga ada yang terletak di atas meja belajar Jungkook.

Terdapat satu borang ujibakat di tepi bingkai gambar itu menarik perhatian lalu dia mengambil borang itu.

"Model audition?"

"Nuna?"

Mara melihat Jungkook sedang sibuk mengosok rambutnya yang basah dengan tuala kecil. Mata Jungkook membesar lalu merampas borang itu daripada tangan Mara.

"Awak cuba nak jadi model ke Jungkook?"

Mara mula bertanya dan Jungkook menelan air liurnya.

"Tak lah! ada orang beri borang tu dekat saya jadi saya ambil sahaja"

"Ouh"

Mara ketawa kecil lalu menepuk bahu Jungkook.

"Dah habis keringkan rambut nanti turun makan okay?"

Jungkook mengangguk kecil.

"Tapi kan Nuna macam mana kalau saya jadi model? okay tak bagi Nuna?"

"Model?"

Mara mula mengeleng kecil.

"Tak perlu lah Jungkook. Nuna tahu kamu takkan buat perkara macam ni"

"Kalau Nuna nak Jungkook jadi model. Jungkook akan buat untuk Nuna. Anything for you i will do it"

Mara terkejut dan Jungkook kelihatan serius memandang dirinya. Mara mula ketawa janggal dan Jungkook masih lagi menunggu jawapannya.

"Awak buat keputusan bukan saya Jungkook. Cepat! semua orang tengah tunggu kamu"

Tanpa membuang masa Mara mula keluar menutup pintu bilik tersebut. Dia betul-betul berasa hairan dengan Jungkook. Dia tidak mahu berfikir panjang lagi dengan perkara ini dan mula turun ke bawah.

⚡️⚡️⚡️

HI IM BACK😭⚡️

Baru habis final exam🥺💛

Jangan lupa vote tau!

Fighting⭐️

Fighting⭐️

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TBC

[C] THREE + Jeon JungkookWhere stories live. Discover now