TIGA TAHUN KEMUDIAN
"Jeon Junghae?!"
YOO MARA mengejar si kecil yang baru sahaja berusia tiga tahun itu melarikan diri daripadanya kerana tidak mahu memakan vitamin yang disediakan oleh doktor.
Jungkook yang baru sahaja pulang dari tempat kerja melihat isteri bersama dengan satu-satu anak lelakinya sedang berlari di ruang tamu. Jungkook ketawa kecil lalu menangkap tubuh kecil itu.
"Appa!!"
"Junghae sayang tak baik buat Omma macam tu"
Mara mula mendekati mereka berdua.
"Junghae kata nak jadi kuat dan handsome macam appa kan? Jadi Junghae kena lah makan vitamin baru boleh jadi macam appa"
Setelah dipujuk oleh Jungkook baru Junghae ingin memakan vitamin itu.
"Sayang pergi mandi kan Junghae dulu. Saya nak habiskan kerja saya sebelum tetamu sampai"
Jungkook mengangguk kecil lalu membawa Junghae naik ke atas.
Jungkook dengan Mara mengadakan party barbeque kecil-kecilan untuk ulang tahun Junghae ketiga serta ulang tahun perkahwinan mereka berdua di hari yang sama.
"Yoonjae Hyung!"
"Jangan datang dekat dengan aku lah budak"
Junghae ketawa sambil mengejar Yoonjae yang kini berusia enam tahun.
"Main lah dengan adik kamu tu Yoonjae" Ujar Yoongi merenungnya tajam. Yoonjae mengalah dan membiarkan Junghae menariknya bermain bersama.
"Anak Hyung sebijik perangai macam Hyung"
Jaerin mengangguk setuju dengan Jungkook. Yoongi lah budak paling pemalas dia pernah jumpa waktu dia masih kecil. Malas bermain dan mahu tidur sahaja kerja dia.
"Dah sifat semula jadi perangai aku macam tu nak buat macam mana. Nasib dulu ada bangtan kalau tak Jungkook main jelah seorang diri"
Mara teringat semula bagaimana mereka semua memujuk Jungkook ketika menangis. Sekarang dia pula tidak sangka Jungkook sudah menjadi suaminya.
Parti barbeque berjalan dengan lancar. Mereka semua menikmati malam itu bersama dengan keluarga dan rakan-rakan terdekat. Junghae yang sedang tidur lena diangkat oleh Mara naik ke atas.
"Beratnya anak aku tapi nasib baik comel"
Manakala Jungkook menguruskan tetamu pulang dan membersihkan kawasan halaman rumah.
Junghae diletakkan di atas katil. Dia menepuk pelan peha Junghae beberapa kali sehingga dia sekali terlelap tidur. Jungkook melihat isterinya daripada tadi tidak turun ke bawah. Dia bergegas naik ke atas menuju bilik Junghae.
"Tidur rupanya"
Wajah Junghae dikucupnya lembut. Tubuh isterinya diangkat oleh Jungkook menuju bilik mereka berdua.
"Jungkook"
"Ya sayang"
"I want to see the moon and the stars"
Jungkook faham kemahuan isterinya itu lalu membawanya turun dan menuju ke luar halaman rumah mereka. Mereka berdua baring di atas rumput hijau itu bersama.
"Cantiknya"
Jungkook tersenyum lebar melihat isterinya di sisinya.
"Happy 3rd anniversary my love"
"Happy 3rd anniversary too"
Mara mula memeluk Jungkook dengan erat.
"Tapi kan sayang awak kan benci nombor tiga?" Soal Mara dan Jungkook ketawa besar.
"Tengok sekarang semua tarikh penting mesti dalam bulan March. Dah macam takdir awak dengan nombor tiga" tambah Mara.
"Mula-mula sebab awak juga sayang. Asyik-asyik ingatkan saya yang lagi muda dari awak tiga tahun banyak kali buatkan saya anti"
"Mianhae"
Dahi Mara dikucupnya lembut.
"Benda dah lepas and lagipun awak dah jadi isteri saya"
Tiba-tiba mesin air pancut terpasang mengikuti masa yang ditetapkan. Jungkook bergegas bangun tetapi Mara menariknya menari dalam keadaan basah seperti hujan yang sedang turun.
"Yoo Mara my beautiful wife, thank you for accepting me as your husband even though I am younger than you. But I promise I will protect and love our little family until my last breath"
"Jeon Jungkook thank you for everything you have done. I am so thankful that I have a husband like you. Very caring, responsible and understanding. I can promise you is that I will love and cherish you every day.
"Saranghae"
Dari dalam rumah si kecil Junghae memeluk bantal busuknya kesayangannya sambil melihat ibu dan ayahnya bermain di luar dalam keadaan basah kuyup.
"Omma appa"
Junghae tersenyum dan hati si kecil itu gembira melihat dua orang disayanginya bahagia menikmati masa bersama.
⚡️
When you truly love someone,
age doesn't matter whether
it is a difference of
3 years
or
30 years.
Love is Love.
⚡️⚡️⚡️
"In three words I want to tell you that
I Love You"THREE + JEON JUNGKOOK
⚡️⚡️⚡️
THE END
YOU ARE READING
[C] THREE + Jeon Jungkook
Fanfic"3 years I have been waiting for you, 3 years I changed myself into a real man that you always wanted. The truth is i really love you Nuna and i like you a lot Yoo Mara" - 3 THREE + JEON JUNGKOOK ________________ 📍2nd in Fanfiction (7/11...