SEMINGGU KEMUDIAN
"Kau ni belajar jer pandai tapi still bodoh lagi!"
"JAERIN!!"
YOO MARA geram lalu menjerit ke arah telefon pintarnya. Dia mahukan nasihat dan pertolongan dari Jaerin tetapi ini yang dia dapat.
"Yang kau asyik mengelakkan diri daripada adik aku tu dah kenapa?!"
"Aku takut sebenarnya"
"Kau takut sebab apa?"
"Mana tahu dia tak cintakan aku macam dulu"
Jaerin mengeluh kecil.
"Adik aku tu kalau dah suka seseorang sampai mati lah dia suka. Kau kenal kan Jungkook macam mana?. Dia takkan bawa kau balik rumah dia lepastu minta kau stay kalau dia tak suka kau bebal"
"Kau yakin ke?"
Jaerin mula geram.
"YAH! AKU YAKIN SERATUS PERATUS. Kalau aku salah nanti aku bagi Yoongi jadi kuli kau?!" Jerit Jaerin kuat.
"Eh aku pula?!!"
Mara ketawa kecil mendengar suara Yoongi terkejut.
"Okay aku cuba beritahu dia"
"Ingat Mara jangan buat dia tertunggu takut dia penat itu jer aku risau sebab dia pun tak suka paksa seseorang. Kalau dia nekad dia sendiri akan pergi jauh macam sebelum ni"
"Okay aku faham thanks Jaerin"
Mara berasa lega mendengar nasihat daripada kawan baiknnya itu.
⚡️⚡️⚡️
"Jungkook giliran awak pula"
Mara memanggil Jungkook masuk ke dalam bilik persalinan. Mara ditugaskan untuk menyiapkan pakaian Jungkook. Kolar baju dibetulkan oleh Mara tanpa memandang ke arah Jungkook.
Tangan Jungkook menyentuh pinggang Mara dengan lembut membuatkan Mara terkejut.
"Puas jauhkan diri awak daripada saya hmm?"
Jungkook menjatuhkan kepalanya di bahu Mara.
"Nuna jebal"
Suara Jungkook kedengaran ingin menangis.
"Baik awak keluar tak lama lagi giliran awak Kook"
Selepas acara itu, Jungkook hilang begitu sahaja membuatkan Mara mula panik. Dia mahu berbincang dengan Jungkook mengenai perasaan sebenarnya.
"Jungkook rasanya ikut Cik Ella dengan yang lain pergi club"
Mara mengeluh kecil lalu bergegas menuju ke kelab malam. Sebaik sahaja dia sampai dia melihat Jungkook minum bersama rakan sekerjanya yang lain. Mara hanya memerhati dari jauh buat seketika.
Jungkook mula bangun dari tempat duduknya dan Mara melihat Ella meletakkan satu ubat ke dalam minuman Jungkook. Secara jujurnya, Mara tidak menyangka Ella sejahat itu.
Jungkook kembali duduk di tempatnya. Sebelum dia meneguk minuman keras itu, gelasnya ditarik lalu dibuang oleh Mara.
"Kita balik!!"
Mara menarik Jungkook jauh daripada mereka sebelum Jungkook menarik tangannya semula.
"Apa awak buat dekat sini??"
"Mari kita balik dulu"
Mara cuba meraih tangannya tetapi ditepis oleh Jungkook.
"Saya tak nak"
"JUNGKOOK!!!"
"Boleh tak Nuna jangan sibuk dengan hal saya!!"
"Awak sedar tak awak hampir minum air yang Ella letak ubat apa entah dalam tu!!!"
Jungkook tersenyum sinis.
"So?"
"Please Jungkook mari kita balik. Malam ni saya stay dekat rumah awak"
Mara memujuknya lembut.
"Mianhae kalau saya selalu lukakan hati awak. Tapi please ikut saya sekali ini sahaja hmm?"
Jungkook lemah dengan pujukannya dan akhirnya dia mengangguk kecil.
⚡️⚡️⚡️
Sebenarnya author tiada idea nak habiskan fanfic ni. Idea hilang aduhai xpe sikit lagi nak habis😭🤚🏻
Jangan lupa vote tau!
Fighting💛
TBC
YOU ARE READING
[C] THREE + Jeon Jungkook
Fanfic"3 years I have been waiting for you, 3 years I changed myself into a real man that you always wanted. The truth is i really love you Nuna and i like you a lot Yoo Mara" - 3 THREE + JEON JUNGKOOK ________________ 📍2nd in Fanfiction (7/11...