28⚡️

686 94 1
                                    

        YOO MARA menyuruh Jungkook turun sebaik sahaja lelaki itu selesai mandi dan segar. Jungkook hanya berdiam diri dan dia melihat Mara menunggunya di bawah bersenyuman lebar.

"Mari duduk sini"

Jungkook melihat ada dua gelas berisi air coklat di atas meja kecil.

"Saya nak cakap dengan awak pasal sesuatu"

Tanpa membuang masa Jungkook terus duduk di sofa.

"Sebelum itu awak minum dulu air coklat ni"

Jungkook mengikut sahaja tanpa melawan membuatkan Mara ketawa kecil. Secara jujurnya Jungkook berasa hatinya tak tenang. Dia tak sanggup nak menghadapi rasa sakit itu buat kali kedua.

Wajah Jungkook menunduk tanpa melihat ke arahnya.

"Look at me Jeon Jungkook"

Tubuh Jungkook mengeras dan tidak berpaling ke arahnya. Mara mendekatinya lalu wajahnya Jungkook disentuhnya lembut supaya melihat ke arahnya. Kedua-dua tangan Jungkook digenggamnya erat.

"Dengar sini, Nuna tahu hubungan kita berdua sebelum ni teruk dan tak matang. Awak pergi pindah sini sebab saya juga. Nuna takut awak pergi lagi sebab saya. Dari awal Nuna kenal awak kan Jungkook, Nuna tahu Jungkoook budak yang baik dan mesti jadi adik comel Nuna"

"Tapi bila nampak awak berubah dan cara layanan awak dekat Nuna lain dari lain buatkan Nuna pelik. Mula-mula Nuna tak syak apa-apa yang bukan dari awak tetapi makin lama Nuna mula sedar dan buka mata yang awak suka Nuna dari kecil lagi"

"Nuna rasa terkejut dan macam tak boleh terima kenyataan yang awak cintakan Nuna. Tapi awak tunjuk yang awak boleh jadi lelaki yang sesuai untuk Nuna. Nuna nampak effort awak Jungkook tapi itulah Nuna tak yakin Nuna boleh terima lelaki muda sehebat awak dan awak berhak ada pasangan yang sama level dengan awak"

Jungkook mendengarnya teliti.

"Tiga tahun lepas awak pergi tinggalkan korea kan?"

Jungkook mengangguk kecil.

"After you left, I cried so hard and suddenly I realized that I have been in love with you Jeon Jungkook until now"

Mata Jungkook berair mendengar luahan Mara.

"Saranghae Jungkook ah"

Bibir Jungkook dikucupnya lembut membuatkan Jungkook terkedu.

"Mara.."

Tubuh Mara dipeluknya erat. Dia menangis membuatkan Mara ketawa besar.

"Kita mulakan semuanya baru ya sayang"

Jungkook tersenyum kecil mendengar panggilan sayang itu dari Mara.


⚡️⚡️⚡️

"Jungkook please behave!"

Mara membesarkan matanya dan memberi amaran buat Jungkook untuk berhenti memeluknya dari belakang. Sukar dia mahu membuat kerja kalau manusia sebesar Jungkook sering melekat dengannya.

"Sayang saya rindu awak"

Mara mendengar dengan telinga sendiri bagaikan tidak percaya. Baru tiga jam mereka berdua berjauhan. Hampir tiga bulan hubungan mereka berdua dan hampir semua dalam syarikat itu tahu kerana Jungkook sendiri.

Jungkook pula makin berkepit dan tidak mahu berjauhan dengannya langsung.

"Nuna malam nanti kita nak makan apa?"

Dengan mata besar milik Jungkook yang comel itu bertanya kepadanya.

"Ikutlah awak nak makan apa"

"Kalau saya nak makan awak sekarang macam mana hmm?"

Meremang bulu roma milik Mara mendengar nada mengoda milik Jungkook. Batang leher Mara dikucupnya lembut. Segera Mara menolak dada Jungkook untuk menjauh sedikit daripadanya.

Mara merenungnya tajam dan Jungkook tersengih kecil. Tangan Mara diraihnya lembut untuk menyentuh wajahnya.

"Tunggu sekejap ya, sikit lagi saya nak habiskan kerja ni"

Rambut Jungkook diusapnya lembut dan Jungkook setia menunggu di sebelahnya. Mara akui personaliti Jungkook amat menarik sebab dia boleh jadi comel, manis dan bahaya dalam masa yang sama.

⚡️⚡️⚡️

Tinggal 2 chapter lagi❤️

Jangan lupa vote tau!

Fighting💛

[C] THREE + Jeon JungkookWhere stories live. Discover now