5⚡️

797 119 7
                                    

              YOO MARA bersorak kuat untuk rakan baiknya Jeon Jaerin yang sedang memanaskan badan untuk acara larian 100 meter

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

YOO MARA bersorak kuat untuk rakan baiknya Jeon Jaerin yang sedang memanaskan badan untuk acara larian 100 meter.

"JEON JAERIN!"

"JEON JAERIN!"

"JEON JAERIN!"

Yoo Mara melihat ramai peminat Jaerin terutamanya daripada lelaki yang bersorak untuknya. Mara mengaku dari kecil lagi dia cemburu dengan Jaerin kerana sering kali mendapat perhatian daripada orang sekelilingnya tetapi dia tidak pernah sama sekali dengki dengannya.

Jaerin seorang kawan baiknya yang amat rapat. Sering mengadu dan manja dengannya. Layanan Jaerin terhadap dirinya terlalu berbeza dengan orang lain. Jaerin tidak lah ceria dan peramah sepertinya.

Jaerin agak dingin sama seperti Jungkook. Tetapi Jaerin seorang pelajar yang paling cantik dan bijak di sekolah itu membuatkan ramai orang menyukainya.

"Nuna?"

Mara mengalihkan pandangannya.

"Jungkook buat apa dekat sini? bukan lepas ni acara awak ke nanti?"

"Nak teman Nuna sekejap dekat sini tak boleh ke?"

Mara ketawa kecil.

"Boleh apa masalahnya! support Nuna kamu!!"

Jungkook melihat ke arah Jaerin sambil tersenyum kecil.

"Jaerin Nuna confirm boleh menang"

"Jungkook dapat lah nombor satu juga! asyik nombor dua jer?" Ujar Mara sambil menepuk pelan bahunya.

Jungkook mula fikirkan sesuatu lalu tersenyum senget.

"Kalau saya dapat nombor satu kan Nuna boleh tunaikan permintaan saya ke?"

Kening Mara terangkat.

"Baiklah! Boleh apa sahaja yang Kook nak tapi jangan mahal sangat"

"Jangan risau Nuna bukan pasal duit pun tapi FREE jer"

"Betul?!!"

Jungkook mengangguk kecil.

"Bagus lah kalau macam tu"

"Saya pegang janji Nuna"

Nada Jungkook kedengaran serius.

"Jangan risau Nuna janji!!"

Jungkook tersenyum lebar.

"Jumpa nanti Nuna lepas saya menang nanti"

Jungkook mengenyitkan matanya lalu bangun dan pergi dari situ.

"Ceh aku tak rasa dia boleh kalahkan Jimin sebab Jungkook selalu dapat nombor dua setiap tahun" Ujar Mara yakin.

"Yakin ke?"

"OH MAK KAU MELETOP YOONGI"

Mara memegang dadanya kerana terkejut Yoongi tiba-tiba sahaja muncul.

"Kau yakin ke Jungkook tu dapat nombor dua?" Tanya Yoongi semula.

"Yakin jer kenapa? bukan apa Jimin kan selalu dapat nombor 1 sebelum ni"

Yoongi ketawa sinis.

"Jeon Jungkook adalah manusia yang kau tak boleh pandang sebelah mata Yoo Mara"

"Yelah yelah"

"Kau tengok lah Jeon Jungkook confirm menang. Trust me" Ujar Yoongi dengan nada yakin.

Sebaik sahaja acara larian 100 meter untuk kategori Jungkook bermula. Semua orang mula diam dan fokus. Dari jauh Jungkook dapat melihat Mara.

Dia tersenyum senget lalu menoleh ke arah Jimin.

"Mianhae Hyung"

Bunyi tembakan dilepaskan.

"JEON JUNGKOOK??!!"

Semua orang terkejut melihat Jungkook menjuarai acara ini. Jimin agak terkejut lalu menoleh ke arah Jungkook. Jungkook mendekati Jimin lalu menepuk bahunya.

"Mianhae hyung sekali ni jer"

Jungkook ketawa kecil.

Yoo Mara mula bangun tetapi Yoongi memegang tangannya.

"Nak pergi mana?"

"Aku nak lari! mana tahu aku jadi orang gaji tak berbayar Jeon Jungkook?!!! mati lah aku woi hiks!!!"

"Orang gaji??"

Yoongi mengeleng pelan dan mengeluh. Melihat kesempatan ada Mara melihat Jaerin tidak jauh lalu berlari ke arahnya.

Tak lama kemudian Jungkook berdiri di hadapanya dalam sekelip mata.

"AHH!!!"

Mara terkejut lalu menghentikan lariannya.

"Saya nak tuntut janji Nuna"

Dengan mata besar Jungkook yang comel itu meminta ke arahnya.

"Tapi-tapi Kook"

"Nuna dah janji kan"

"Baiklah Nuna terima kenyataan Nuna akan jadi orang gaji awak! tapi dalam 3 hari boleh???"

Mara merayu dengannya.

"Saya tak nak yang tulah Nuna"

Mara tersengih dan lega.

"Saya nak Nuna keluar dengan saya esok"

"Keluar? pergi mana?"

"Maksud saya yang esok saya nak Nuna keluar date dengan saya"

Mara berfikir sejenak dan cuba untuk memahami dengan ayat Jungkook. Matanya membesar.

"Date? DATE WITH YOU???"

Jungkook mula mengangguk kecil lalu menundukkan badannya sedikit dan mendekatkan wajahnya dengan Mara.

"Yes, come date with me tommorow"

Mara tergamam dan Jungkook terus tersenyum manis. Dari belakang Jaerin mendengarnya terkejut lalu menjatuhkan kedua-dua botol mineral yang dibawa olehnya tanpa sengaja.

⚡️⚡️⚡️

Jangan lupa vote tau! fighting❤️

Jangan lupa vote tau! fighting❤️

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TBC

[C] THREE + Jeon JungkookWhere stories live. Discover now