HWANG HAERA sendiri melihat Jungkook dari jauh yang asyik merenung Mara sedang berbual mesra dengan Puan Jeon.
"Takkan lah?"
Dia mengeleng kepalanya pelan. Dia tahu dia mungkin salah anggap. Dia mula bangun lalu mendekati Jungkook.
"Jungkook boleh kita berbual sekejap? berdua maksud saya bukan dekat sini. Ada sesuatu saya nak cakap dengan awak"
Jungkook mengangguk kecil tanpa menolak lalu mengikuti Haera dari belakang. Mereka berdua pergi kawasan rumah yang tiada orang untuk berbincang.
"Hmm apa dia?"
Jungkook mula memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam poket seluarnya lalu memandang Haera.
"Saya suka awak"
"Aku tahu Haera so?"
"A-awak tahu?"
Jungkook ketawa sinis.
"Kau terlalu obvious sorry"
Haera menunduk malu tetapi dia perlu berani.
"Awak ada teman wanita ke?"
"Ada"
Haera terkejut.
"Tipu awak tipu saya sebab tak nak saya dekati awak kan?"
"Kau nampak macam aku sedang tipu kau ke?"
Haera mula mengigit bibirnya. Jungkook kelihatan tidak tipu dengannya.
"Siapa perempuan tu?"
"Kau tak perlu tahu"
Jungkook ingin pergi dari situ tetapi tangannya diraih lembut oleh Haera.
"Awak yakin ke dia pasangan yang sesuai dengan awak Jungkook?"
Jungkook merenungnya tajam.
"Kau ingat kau tu sesuai ke jadi pasangan aku Haera?"
Jungkook bertanya semula lalu menarik tangannya semula dan pergi dari situ. Haera mengenggam tangannya dengan erat. Hati dia terluka.
⚡️⚡️⚡️
"HAERA JANGAN BUAT KERJA GILA BOLEH TAK?!!"
Mara cuba menghalang niat Haera untuk mengelar tangannya sendiri. Haera menangis lagi.
"Jangan kacau saya Unnie!"
"Apa yang kamu buat ni?!! tak fikir pasal parents kamu ke?!!"
"Jungkook buat saya macam ni?!!"
Mara tidak menyangka sampai begini Haera sanggup melukakan dirinya kerana lelaki seperti Jungkook.
"Ada banyak lelaki yang lagi bagus dari Jungkook!! kamu yang tak nak buka hati kamu buat lelaki lain!!"
"Tapi saya cintakan dia Unnie! saya tak boleh cuba lupakan dia!"
Tiba-tiba kedua-dua ibu bapa Haera bersama Jungkook dengan Jaerin datang.
"Jangan buat macam ni sayang!! Omma tak sanggup kehilangan kamu!! Jebal Omma merayu" Puan Hwang memujuk anaknya dengan lembut.
Mara melihat keadaan makin tidak terkawal.
"BAIKLAH Unnie akan pujuk Jungkook! Unnie JANJI!! Unnie akan cuba sedaya upaya satukan kamu berdua!!" Ujar Mara dan dia tidak sedar Jungkook berada di situ bersama dengan mereka semua. Jaerin terkejut lalu menoleh ke arah Jungkook yang tiba-tiba menghilangkan diri di sebelahnya.
"Betul ni Unnie?" Tanya Haera meminta kepastian.
"Betul Unnie janji"
Perlahan-lahan Mara mengambil pisau itu lalu melemparkannya ke tempat lain. Dia mula memeluk Haera dengan erat. Dia lega semuanya sudah berakhir. Haera dibawa oleh ibu bapanya ke hospital untuk rawatan selanjutnya.
"Mara"
Bahu Mara disentuh lembut oleh Jaerin lalu Mara melihat ke arahnya.
"Kenapa?"
"Kau tahu kan Jungkook tak suka langsung dengan Haera"
"Aku tahu tapi itu sahaja cara nak pujuk Haera kan"
Jaerin mengeluh kecil.
"Masalahnya Jungkook dengar semua apa yang kau cakap"
"Mwo??"
Mara mula rasa bersalah. Dia rasa tindakannya bodoh.
"Aku yakin dia kecewa Mara. Bila dia dengar kau cakap macam tu dia terus hilang"
Tanpa membuang masa Mara mula mencari Jungkook dengan segera.
⚡️⚡️⚡️
Sorry late update
Sebab saya sibuk kerja sekarang😭🤚🏻
but for now saya akan fokus habiskan fanfic ini dahulu.
Jangan lupa vote tau!
Fighting
TBC
YOU ARE READING
[C] THREE + Jeon Jungkook
Fanfic"3 years I have been waiting for you, 3 years I changed myself into a real man that you always wanted. The truth is i really love you Nuna and i like you a lot Yoo Mara" - 3 THREE + JEON JUNGKOOK ________________ 📍2nd in Fanfiction (7/11...