YOO MARA bangun dari tidurnya dan dia melihat dirinya di dalam bilik tidur Jungkook. Dia lega dirinya masih lagi memakai baju yang sama semalam maksudnya dia dengan Jungkook tiada buat perkara yang bukan-bukan semasa dia mabuk.
"Haih"
Mara mengeluh kecil lalu keluar dari bilik itu. Dia mengambil semua barangnya lalu turun ke bawah. Dia melihat Jungkook berada di dapur.
"Jungkook saya pergi dahulu and thank you sebab tolong saya semalam. Sorry sebab susahkan awak"
"Duduk"
Kening Mara terangkat sebab Jungkook tiba-tiba menyuruhnya duduk.
"Saya kata duduk mari kita makan saya dah buatkan sarapan"
Jungkook menari kerusi tersebut lalu merenung ke arah Mara.
"Ouh okay"
Tanpa membuang masa Mara terus duduk di tempatnya dengan patuh. Jungkook pula mengambil tempat duduk di sebelahnya.
"Minum air ni bagus untuk Nuna"
"Baik"
Mereka berdua makan dalam keadaan senyap membuatkan suasana menjadi janggal.
"Mesti susah kan hidup dekat sini seorang diri?" Tanya Mara untuk memulakan perbualan antara mereka berdua.
"Mula-mula memang susah and sekarang dah okay. Saya tengok Ig Jaerin Nuna nampak bahagia jer dengan Yoongi hyung"
Mara ketawa kecil.
"Yelah kan siapa sangka mereka berdua boleh couple lepastu bertunang pulak tu. Tunggu kahwin jer. Tak sangka jodoh dekat rupanya"
Mara tersengih sendiri apabila teringat Jaerin dengan Yoongi sering kali bergaduh dari kecil sehingga mereka berdua besar.
"Nuna macam mana?"
Mata Mara terkebil-kebil dengan pertanyaan Jungkook.
"Macam apa?"
"Nuna dah ada pasangan ke?"
Mara mengeleng kecil.
"Awak pula?"
"Nuna rasa macam mana?"
"Dekat sini ramai wanita yang cantik dan sesuai untuk awak Jungkook. Mustahil lah tiada kan?"
Jungkook tersenyum senget.
"Kalau saya ada girlfriend saya takkan bawa perempuan lain masuk rumah saya"
Mara terdiam.
Jungkook mula mendekatkan wajahnya terhadap Mara.
"Then tell me dekat korea ramai lelaki yang sesuai dengan Nuna kenapa sampai sekarang Nuna tiada pasangan?"
Mara rasa berdebar apabila Jungkook terlalu dekat. Kedua-dua tangannya menahan dada Jungkook.
"Jungkook awa-awak dekat sangat"
Jungkook mula bangun lalu mengangkat tubuh Mara dan meletakkannya di atas meja. Mara terkejut dan dia terperangkap di tengah-tengah memandangkan Jungkook meletakkan kedua-dua tangannya di atas meja sambil menatap ke arahnya.
"Ka-kalau macam tu kenapa awak juga tiada pasangan?!"
Mara menyoalnya dengan berani walaupun gementar. Jungkook ketawa kecil sambil menyentuh wajah Mara.
"Kenapa comel sangat ni hmm?"
Mara menepis tangan Jungkook lalu menolak sedikit tubuhnya dan turun dari meja.
"Jangan usik saya boleh tak?. Kalau tiada apa-apa lagi saya nak balik"
Tangan Mara dicapai lembut oleh Jungkook.
"Nak apa lagi Jungkook?"
"Can you stay here just a little bit longer "
Mara melihat wajah Jungkook seakan-akan merayu menyuruhnya meluangkan masa bersama dengannya lebih lama di sini.
"Jungkook awak tahu kan saya ta--"
"Please"
Mara tahu ada risiko kalau dia bersama dengan Jungkook lebih lama. Dia tahu dia tidak boleh tolak godaannya. Dia risau jika dia bersama dengan Jungkook nanti mereka berdua juga boleh terluka dengan perasaan tidak pasti antara satu sama lain.
Mara tidak pasti adakah sekarang Jungkook yang sama yang masih lagi mencintainya pada tiga tahun yang lepas.
⚡️⚡️⚡️
AYO
Saje nak beritahu
TINGGAL 4 CHAPTER LAGI
YAHOO
Jangan lupa vote tau!
Fighting
TBC
YOU ARE READING
[C] THREE + Jeon Jungkook
Fiksi Penggemar"3 years I have been waiting for you, 3 years I changed myself into a real man that you always wanted. The truth is i really love you Nuna and i like you a lot Yoo Mara" - 3 THREE + JEON JUNGKOOK ________________ 📍2nd in Fanfiction (7/11...