TUAN JEON hanya tersenyum nipis lalu membalas."Memang lah mereka berdua serasi tetapi kita ni mana boleh paksa anak-anak kita bersatu. Lagi pun aku nak Jungkook bahagia dengan pilihan dia lain lah kalau Jungkook ni minat dengan Haera"
Jungkook lega mempunyai ayah seperti Tuan Jeon.
"Tapi Jungkook awak minat dengan anak aunty tak?" Tanya Puan Hwang.
"Eomma jangan macam ni!" Bisik Haera kerana malu.
"Maaf Puan Hwang, saya mengaku Haera ni cantik tetapi saya dengan dia tiada apa-apa hubungan langsung kan Haera?"
Haera mengangguk laju walaupun di dalam hati dia terluka.
"Ya omma kami berdua sekadar kawan jer"
Haera tersenyum lebar.
⚡️⚡️⚡️
"Haera kamu okay tak ni? sorry kalau kata-kata Jungkook buat kamu terluka"
Mara menemani Haera duduk di luar.
"Unnie emm Jungkook suka perempuan yang macam mana?"
Mara terdiam.
"Unnie tak tahu ke?"
Mara tersengih dan mengangguk kecil.
"Kalau Unnie nak tahu kan. Saya suka dia sejak sekolah rendah lagi. Berharap sangat dia pandang saya. Saya cuba jadi cantik, lepas itu jadi pandai untuk dapat perhatian dari dia tetapi semua Jungkook tak pandang" Luahnya sedih.
Mara rasa bersalah dan dia hanya menepuk pelan bahu Haera.
"Tapi kan Haera bukan Jungkook jer ada dekat dunia ini? kan ramai lelaki lain yang sukakan Haera? Mana tahu lagi bagus dari Jungkook"
Mara cuba memberi cadangan lain.
"Selagi Jungkook tiada kekasih selagi tu saya takkan menyerah kalah. Saya akan buat Jungkook sukakan saya juga akhir nanti. Saya yakin boleh"
Haera cuba menaikkan semangatnya semula dan Mara pula mengeluh dalam diam.
"Kamu nampak jer Jungkook macam tu macam mana kalau dia dah ada kekasih dalam diam? kita semua pun tak tahu"
Haera mengeleng tak percaya.
"Saya yakin dia tiada girlfriend. Unnie dengan Jaerin Unnie kan satu rumah. Saya selalu nampak Jungkook keluar dengan Unnie ataupun dengan Jaerin Unnie"
"Sukahati kamu lah Haera. Tapi jangan sedih kalau Jungkook layan kamu makin teruk. Kamu kenal kan dia macam mana?"
"Tahu Unnie"
Haera sedih.
⚡️⚡️⚡️
Mara menuju ke bilik tidur tetamu kerana dia akan menginap di rumah keluarga untuk dua hari. Kepalanya serabut memikirkan masalah Haera dengan Jungkook.
Tiba-tiba tangannya ditarik mengejut masuk ke dalam satu bilik. Jungkook segera mengunci biliknya.
"Kalau orang lain nampak macam mana?!"
Jungkook tersengih kecil lalu memeluk tubuh kecil milik Mara.
"Nuna jangan risau saya takkan kahwin dengan Haera"
Mara tersenyum nipis lalu mendongak melihat wajah kacak Jungkook.
"Macam mana kalau Haera lagi sesuai untuk awak?"
Jarinya menyentuh wajah Jungkook dengan lembut.
"Tak sesuai langsung saya yakin"
"Awak yakin nak teruskan hubungan kita berdua sekarang Jungkook?"
"Ya Nuna"
Hidung mereka berdua mula bersentuhan lalu merenung antara satu sama lain.
"Saya cintakan Nuna tapi saya yakin Nuna akan cintakan saya juga walaupun perlu ambil masa yang lama"
"I'm sorry Jungkook"
"I don't care as long as you don't leave me"
Bibir munggil Mara dicium lembut oleh Jungkook dan Mara membalasnya semula. Mara tidak dapat menolak kerana Jungkook makin menyerangnya melalui ciuman. Dia hanyut bersama dengan Jungkook. Lelaki ini begitu bahaya.
Jungkook mula mengangkat Mara lalu meletakkannya di atas katil dan mereka berdua mula menikmatinya bersama. Malam itu mereka meluangkan masa bersama tanpa orang ketahui.
⚡️⚡️⚡️
RAWR JK
Jangan tanya mereka buat apa malam tu😳🤚🏻
Jangan lupa vote tau!
Fighting
TBC
YOU ARE READING
[C] THREE + Jeon Jungkook
Fanfiction"3 years I have been waiting for you, 3 years I changed myself into a real man that you always wanted. The truth is i really love you Nuna and i like you a lot Yoo Mara" - 3 THREE + JEON JUNGKOOK ________________ 📍2nd in Fanfiction (7/11...