YOO MARA mengemas kertas kerja miliknya. Dia mula merengangkan ototnya setelah habis menyiapkan kerjanya dalam masa tiga jam berkurung di dalam bilik tidur.Dia melihat jam hampir menandakan pukul 1 pagi dan dia lega esok hari dia bercuti. Mara mula berasa haus dan ingin menuju ke arah dapur. Sewaktu dia sedang minum air kosong, dia mendengar seseorang baru balik.
"Jungkook?"
Jungkook tersenyum lebar melihat Mara lalu jatuh dan segera Mara berlari ke arahnya. Dia mencium bau arak melekat di tubuh Jungkook.
"Jungkook awak keluar dengan siapa sampai mabuk macam ni?!!"
"Bangtan hyung hehe"
Dia ketawa kecil lalu memeluk Mara secara mengejut.
"Mara Nuna kesayangan kookie hehe"
Mara mengeluh kecil. Dia mula mengumpulkan tenaganya untuk menolong Jungkook bangun.
"Beratnya awak Jungkook!"
Ingin sahaja Mara memanggil Jaerin untuk menolongnya tetapi dia tahu Jaerin sudah pun tidur mati.
"Kook sayang Nuna sangat-sangat hehe"
Mara bersusah payah memapah badan besar itu menaiki tangga lalu menuju ke bilik tidur Jungkook. Tubuh Jungkook ditolaknya ke arah katil dan Jungkook terbaring sambil ketawa kecil.
Mara yang kepenatan itu mula terduduk di atas lantai. Jungkook mula bangun dan melihat ke arah Mara sambil tersengih lebar.
"Nuna"
Dengan nada yang manja dia memanggil Mara. Mara mula bangun.
"Awak mabuk jadi awak kena tidur"
Tangan Mara ditariknya kuat sehingga Mara terjatuh duduk di atas katil menghadap ke arah Jungkook. Mata Mara membesar melihat dirinya sedekat ini dengan Jungkook. Pinggang ramping milik Mara dipeluknya kemas.
"Nuna sengaja kan nak goda kook?"
"Tak mana ada! awak salah faham ni!"
"Baju Nuna"
Mara mula sedar gaun malamnya kelihatan amat seksi.
"Nuna ingatkan awak dah balik tapi tak tahu pula awak baru balik. Nuna tak sengaja keluar pakai macam ni" Mara menjelaskannya cuba melepaskan diri tetapi tidak berjaya.
"Lepaskan Nuna boleh?"
"Tak nak! Nuna milik kook!!"
Makin erat pelukannya Jungkook.
"Kalau Kook nak rasa Nuna sikit boleh?"
"Mwo??"
Bibir mungil Mara diciumnya lembut membuatkan tubuh Mara mengeras kerana terkejut. Selepas itu Jungkook mula menyerang leher Mara dengan ciumannya.
"Jung-Jungkook ahh"
Pinggang Mara diusapnya lembut. Baju Jungkook digenggam erat. Mara makin hanyut tetapi dia mula sedar perbuatan Jungkook adalah salah. Dengan kuat dia menolak tubuh Jungkook sehingga terbaring.
"Nuna?"
"Awak mabuk Jungkook! awak kena tidur! goodnight!"
Mara mula mengunci pintu bilik Jungkook dan bergegas masuk ke dalam biliknya. Mara mula memukul kepalanya kerana hal yang tadi.
"Apa kau dah buat ni Mara! dengan Jungkook pula tu!"
Kalau lah dia tak sedar tadi mungkin dia dengan Jungkook akan makin jauh dan terlanjur. Dia akui Jungkook seorang lelaki yang bahaya. Dia tahu Jungkook mungkin mabuk dan tak sedar dengan perbuatannya.
Mara melihat lehernya melalui pantulan cermin.
"Hickey!!!"
Kesan merah yang ditinggalkan oleh Jungkook amat jelas. Dia perlu menyembunyikan kesan merah ini dengan mekap ataupun mengunakan baju yang menutup lehernya.
Manakala di bilik Jungkook, Jungkook mula menanggalkan bajunya lalu menukar ke baju tidur. Sejujurnya dia tidak mabuk langsung ketika minum bersama dengan rakan-rakannya. Dia hanya berlakon dirinya mabuk apabila pulang ke rumahnya apabila melihat Mara.
"Tak sangka Nuna boleh tertipu"
Jungkook ketawa kecil.
"Nuna sayang ni baru permulaan"
Dia tersenyum sinis mengingati situasi panas itu tadi bersama dengan Mara.
🎭🎭🎭
Grrr Anak Jeon ni
Jangan lupa vote tau!
Fighting
TBC
YOU ARE READING
[C] THREE + Jeon Jungkook
Fanfic"3 years I have been waiting for you, 3 years I changed myself into a real man that you always wanted. The truth is i really love you Nuna and i like you a lot Yoo Mara" - 3 THREE + JEON JUNGKOOK ________________ 📍2nd in Fanfiction (7/11...