Aku tersenyum nakal. Aku sentuh pipinya. Mengelusnya perlahan, sama seperti yang dia selalu buat kat aku.
"Tapi, kenapa abang tidak bagi Leha kertas memo tu?" tanyaku dengan muka tak puas hati.
"Abang malu ke?" sambungku lagi sambil kelip-kelipkan mataku.
Nasib baik aku terjumpa kertas memo tu yang tersimpan kemas di dalam laci. Tapi, kertas memo tu terselit di bahagian yang paling bawah sekali.
Apabila aku ternampak kertas memo tu...
'Isteriku, sayang adalah doa abang yang telah menjadi nyata. Sayang hadir memberi cinta, membawa bahagia dan memberikan rasa rindu yang tiada penghujungnya. I LOVE YOU'
Bayangkan perasaanku apabila baca luahan hati Afiq Khairul tu. Terlalu gembira sampai menitiskan air mata!
Hish, tak sangka sama sekali. Afiq Khairul pun pandai tulis ayat-ayat jiwang macam tu!
Aku dapat rasakan tangannya naik ke punggungku.
Hah?
Aku pegang bahu Afiq Khairul apabila dia angkat tubuhku dan terus membawaku ke bilik tetamu.
Oh my gosh, habislah aku!
Walaupun aku sudah bersedia dari mula lagi, bohonglah kalau aku tidak nervous!
"Abang lebih suka buktikan perasaan abang ni dengan actions berbanding dengan kata-kata..." Afiq Khairul baringkan tubuhku di atas tilam.
Dengan selamba, dia buka baju kot serta kemeja yang dia pakai sekarang ni. Begitu juga dengan tali pinggangnya, aku pejamkan mataku. Apasal gaya Afiq Khairul buka baju tu begitu menggoda sekali!
Aku buka mataku semula tapi pandanganku tertumpu kepada dada bidang Afiq Khairul!
Hot and sexy!
"Abang... Bila..." Belum habis ayatku itu, Afiq Khairul tindih tubuhku!
Aku pegang bahunya. Aku cuma nak tanya bila dia tulis luahan hatinya tu!
Afiq Khairul tersenyum jahat.
"Masa itu emas. Nanti anak-anak terjaga..," bisik Afiq Khairul di telingaku.
Aku ketap bibirku. Namun begitu, aku pasrah. Miang sungguh!
YOU ARE READING
BOS A.K.A SUAMIKU
RomanceAfiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah 'sekepala'. Permusuhan mereka berdua sampai ke tahap 'aku benci kau' dan 'kau benci aku'...