BAB 2 - JUMPA BAKAL MERTUA!

30.2K 1.2K 55
                                    

          "Apa? Betul ke apa yang ibu dengar ni?!" Terlopong mulut Mak Cik Balqis apabila terdengarkan ayat yang baru keluar daripada mulut anaknya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          "Apa? Betul ke apa yang ibu dengar ni?!" Terlopong mulut Mak Cik Balqis apabila terdengarkan ayat yang baru keluar daripada mulut anaknya itu.  Afiq Khairul!

          Terus saja Mak Cik Balqis alihkan pandangannya kepada aku yang hanya berdiam diri di sebelah anaknya itu.  Aku kerling Afiq Khairul. Selamba saja dia berdiri di situ dengan muka serius.  Masih terngiang-ngiang lagi suaranya di telingaku...

          "Afiq nak kahwin dengan Leha," katanya dengan wajah dan nada yang serius.

          Aku mengeluh dalam hati.  Selepas saja berbalas senyuman dengan Mak Cik Balqis.  Aku tunduk menekur lantai.  Malu!

          Kini, aku menjadi tatapan 3 pasang mata yang merenung kami berdua dengan wajah tak percaya.  Pak Cik Sufian yang duduk di sofa, Mak Cik Balqis yang berdiri di hadapan kami serta Adila yang ternganga luas di sebelah Pak Cik Sufian.  Amazing!

          Aku lepaskan keluhan nipis.  Nervous weh!

          "Betul ke? Betul ke Leha nak kahwin dengan Abang Afiq ni? Bukan kamu tak 'sekepala' ke? Kenapa tiba-tiba nak kahwin pula ni? Ke Abang Afiq paksa kamu?!" Tersentak aku dengan soalan Mak Cik Balqis tu.

          Aku mendongak dan pandang Afiq Khairul.  Hantar signal pertolongan melalui pandangan mata.  Help!

          Sekarang ni otak aku tak berfungsi.  Blank!

          Kalau boleh, biar dia saja yang jawab soalan maut tahap pawaka daripada Mak Cik Balqis tu.

          Afiq Khairul tayang muka selamba dan kemudian menarik lengan aku supaya berdiri rapat di sebelahnya.

          "Leha yang jatuh cinta dengan Afiq dulu... Afiq pada mulanya tak terima juga.  Tapi lama-lama kesian pula dengan dia ni... Kebetulan ibu buka cerita bab kahwin ni, itu yang Afiq terus bawa Leha ke sini.  Afiq tak kesah kalau nak kahwin dengan Leha ni.  Semuanya terpulang kepada ayah dan ibu.  Afiq ikut je," balas Afiq Khairul.

          Aku tersentak.  

          Eh, apasal kata-kata Afiq Khairul ni pelik sangat? Aku yang jatuh cinta dengan dia? Kesian dengan aku? 

          Apa?!

          Aku tahan mulutku daripada ternganga luas dan lebar.  Mukaku mula merona merah.  Sakit hati,  aku tahan ketat-ketat.  Kurang asam tahap gaban punya orang!

          Bukan kami dah bersetuju nak cakap yang kami berdua fall in love bersama-sama ke?

          Tapi, kenapa sekarang ni lain pula? Ini yang aku nak mengamuk tahap babun sekarang ni.  Marahku berapi-api dalam hati.

BOS A.K.A SUAMIKUWhere stories live. Discover now