BAB 9 - TERSEREMPAK DENGAN GADIS MISTERI!

21.4K 896 23
                                    

          Aku berdiri di sebelah Afiq Khairul sambil mengukirkan senyuman manis buat rakan sekerjaku yang lain

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          Aku berdiri di sebelah Afiq Khairul sambil mengukirkan senyuman manis buat rakan sekerjaku yang lain.  Debaran di dadaku yang masih laju sejak tadi lagi, aku tahan ketat-ketat!

          Dup dap, dup dap... Dear my heart, tolong berdegup dengan normal.  Pintaku dalam diam.

          Sebaik sahaja Afiq Khairul memaklumkan kepada rakan sekerjaku yang aku ni dah jadi tunangnya, dan dalam masa 3 bulan lagi kami akan berkahwin... Aku sudah bersedia dengan reaksi dan kata-kata yang bakal aku dengari daripada mereka semua.

          Tetapi, ia tak seperti yang aku bayangkan.  Ucapan tahniah daripada rakan sekerjaku itu, aku sambut dengan anggukkan kepala.  Tidak lupa juga membalas ucapan mereka itu dengan ungkapan terima kasih.

          Huh, nasib baik!

          Aku lihat rakan sekerjaku yang lain dapat menerima berita ini dengan hati yang terbuka.  Walaupun sebentar tadi, reaksi mereka bermacam-macam.  Ada yang terlopong, ada yang blur dan ada juga yang bertepuk tangan.  Excited sebab bos diaorang ni dah nak kahwin kotBak kata Datuk Aznil Hj. Nawawi, 'macam-macam ada'!

          Aku tersenyum.  Fuh, lega hatiku... Syukurlah!


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


          Selepas saja sesi pengumuman tersebut, aku sambung buat kerjaku semula.  Fail-fail di bilik Afiq Khairul tu, aku susun mengikut spesifikasi label yang aku baru buat tadi.  Biar nampak kemas dan tersusun rapi.

          Aku sibuk dengan fail-fail tersebut manakala Afiq Khairul pula duduk di mejanya sambil menaip sesuatu di computer atas meja kerjanya itu.  Senyap dan hanya bunyi ketikan papan keyboard yang kedengaran serta bunyi hentakan fail-fail yang aku keluarkan dan susun semula di rak almari tersebut.

          Tepat pukul 12:00 tengah hari.  Aku ikut langkah Afiq Khairul.  Terkedek-kedek aku ikut langkahnya yang besar dan sedikit laju itu.

          "Bos nak bawa aku ke mana ni?" tanyaku apabila Afiq Khairul menarik lenganku hingga ke parking lot.

BOS A.K.A SUAMIKUWhere stories live. Discover now