EXTRA II - BIDADARI! (END)

17.4K 583 145
                                    

* Khas untuk peminat novel pertama saya sempena BOS A

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

* Khas untuk peminat novel pertama saya sempena BOS A.K.A SUAMIKU telah mencapai  bacaan sebanyak '1 Million' di Wattpad.

💌💌💌 TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA 💌💌💌


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


          Realiti alam perkahwinan, tidak seindah yang difikirkan.  Realitinya bak langit tak selalu cerah, hidup tak selalu indah.  Pasti ada pasang surutnya!

          Kadang-kadang pergaduhan akan terjadi.  Ini disebabkan, suami dan isteri mempunyai dua pemikiran yang berbeza.  Mostly, ia disebabkan oleh kurang berkomunikasi yang boleh menyebabkan salah faham serta tidak mahu bertolak ansur.

          Walhal, saling bertolak ansur amatlah perlu dalam rumah tangga yang dibina bersama.  Together-gether gitu!

          Apabila berlaku konflik dalam rumah tangga pula, kemenangan bukan segalanya.  Manakala, mengalah pula bukan bererti kalah tetapi kadang-kadang mengalah itu menjadi jalan penyelesaian untuk mengakhiri sebuah konflik.   

          Kalau ego dibalas dengan ego juga, maka pemenangnya adalah pergaduhan atau perpisahan.

          Begitulah juga kisahku dengan Afiq Khairul.  Sepanjang tempoh perkahwinan kami, aku dah jadi budak baik.  Jarang dah aku lawan atau bangkang cakap dia sebab setiap apa yg dia cakap tu... Ada betulnya!

          Kalau aku melawan pun, ketara sangatlah aku yang tidak ada kerja dan terlalu bosan sampai nak cari gaduh dengan dia.

          Tetapi, aku tengok notification di screen Iphone miliknya itu.


'Sayang dah sampai rumah ke?'

'Malam ni kita jumpa kat tempat biasa ke?'

'Gym?'


          Nurhan, itulah nama pengirim yang tertera di notification WhatsApp milik Afiq Khairul tu.  Keningku berkerut.  

BOS A.K.A SUAMIKUWhere stories live. Discover now