Selang seminggu kemudian, Amin menghubungiku. Aku sambut panggilan daripada Amin tu sambil duduk di birai katil. Santai!
Amin : Assalamualaikum, sihat? Aqil? Rindu pula dengan anak buah Amin tu...
Aku tersenyum lebar.
Aku : Waalaikumsalam, sihat. Aqil kat bawah dengan Abang Afiq. Apa khabar 'familia' kat kampung?
Amin diam seketika.
Amin : Alhamdulillah. Semuanya sihat. Amin tengah packing baju ni. Lusa dah nak gerak ke sana.
Sudah seminggu Amin pulang ke kampung tu. Lepas tu, Amin kena bersiap pula untuk bekerja di Johor Bahru nanti.
Aku : Abang Afiq ada beritahu kat Leha yang dia ada offer Amin untuk kerja kat sini je. Tapi, Amin tolak. Kalau kat sini, dekat. Kenapa nak pergi jauh-jauh lagi?
Kalau diikutkan, cukup-cukuplah Amin berjauhan dengan kami selama dia study kat negara Jepun tu. Kalau boleh, masa dia cari kerja ni... Janganlah apply kat tempat yang jauh lagi. Seeloknya, pilih syarikat yang dekat-dekat saja.
Tapi, tanpa pengetahuanku...
Tanpa ragu-ragu, Amin terima offer daripada syarikat yang beroperasi di Johor Bahru tu. Tidak sempat aku nak 'pujuk' dia supaya kerja dengan Afiq Khairul saja.
Haaa... Aku masih tidak dapat terima kenyataan!
Amin : Adikku sayang, kalau boleh Amin pun nak kerja dengan Abang Afiq juga. Tapi, bila fikir balik... Sampai bila Amin nak bergantung dengan Abang Afiq... Dengan Leha. Kali ni, Amin nak berdikari. Cari tempat kerja sendiri. Apabila Amin dah ada pengalaman yang cukup dalam bidang construction ni, kalau Abang Afiq perlukan Amin. Amin takkan tolak offer Abang Afiq lagi. Harap Leha faham...
Aku lepaskan keluhan kecil. Walaupun Afiq Khairul dah beritahu aku alasan Amin nak kerja di sana, aku tetap tak senang hati. Dipendekkan cerita, aku risau!
Aku : Leha faham tu. Tapi... Bukan apa, Leha kesian dengan Amin. Sendiri-sendiri di tempat yang jauh lagi. Kalau dekat, Amin tinggal dengan kami je. Makan, minum Amin terjaga...
Aku dengar Amin ketawa.
Amin : Leha, Amin dah biasalah. Jangan risau. Pandai-pandailah Amin jaga diri kat sana nanti. Kali ni, Amin kat Johor Bahru je. Kalau Amin ada cuti... Bila-bila masa je Amin boleh balik. Tiket flight lagi murah berbanding semasa Amin kat Jepun tu. Kenapa ni? Sebenarnya, apa yang Leha risaukan?
YOU ARE READING
BOS A.K.A SUAMIKU
RomanceAfiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah 'sekepala'. Permusuhan mereka berdua sampai ke tahap 'aku benci kau' dan 'kau benci aku'...