Aku pandang tray-in tempat aku simpan dokumen yang perlu aku siapkan. Kosong!
Eh? Kenapa kosong? Sepatutnya ia penuh dengan tugasan yang perlu aku siapkan. Siapa yang ambil dokumen-dokumen kat tray-in aku ni?
Aku halakan pandanganku ke bilik Afiq Khairul. Takkanlah Afiq Khairul yang ambil? Tapi, mustahillah... Dokumen tu belum siap lagi. Aku garu kepala yang tak gatal. Bingung!
Kemudian, aku pandang rakan sekerjaku yang sibuk dengan tugasan masing-masing tu. Aku berpaling dan sembunyikan riak mukaku. Takut sekiranya orang lain tengok mukaku sekarang ni.
Apataknya, disaat ini aku sedang tersenyum lebar!
Hari ini adalah hari permulaan kerja. Mana-mana kerja yang tertangguh pada hari Jumaat, akan disiapkan pada hari ini. Kalau diikutkan, hari Isnin adalah hari yang paling sibuk sekali. Tapi, oleh kerana tray-in aku kosong... Nampaknya, aku senang sikit hari ni. Tak busy sangat macam selalu tu.
Aku bertambah gembira lagi apabila diawal pagi ini, Afiq Khairul tidak akan muncul di pejabat disebabkan dia kena pergi ke site untuk lawatan tapak projek.
Yeah, hari ni aku aman! Sukanya aku! Kan bagus kalau hari-hari macam ni... Bisikku dalam hati.
Deringan telefon yang berbunyi, aku sambut dengan senyuman lebar di bibir. Hari ni mood aku happy!
Beruntung orang yang call aku sekarang ni, dapatlah dia dengar suara ceria tahap petala ke-7 aku ni!
Hehehe...
"Selamat pagi. Leha bercakap kat sini... Ada apa-apa yang boleh saya tolong?" ucapku dengan nada yang betul-betul gembira.
Tiada sahutan daripada pemanggil tersebut.
"Hello, hello... he..llooo..." Aku angkat kening. Line tak bagus ke? Kenapa senyap? Pelik!
Tapi, entah kenapa... Aku dapat rasa sesuatu. Satu perasaan yang tak baik. Macam ada sesuatu yang akan berlaku. Atau perasaan aku saja kot?
"Aku ni..," jawab pemanggil tersebut dengan nada serius.
Pantas aku pekup mulutku. Afiq Khairul. Naa kannn... Aku sudah agak!
"Ya?" balasku dengan nada sememeh. Stress!
"Pergi ke bilik aku, ambil drawing di atas meja kerja aku tu... Aku tunggu kat lobi. Cepat!" arah Afiq Khairul. Tegas sekali!
YOU ARE READING
BOS A.K.A SUAMIKU
RomanceAfiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah 'sekepala'. Permusuhan mereka berdua sampai ke tahap 'aku benci kau' dan 'kau benci aku'...