Setelah sekian lama menanti. Akhirnya, dia pulang juga!
Bagi menyambut kepulangan abang kembarku, Amin dari negara Jepun tu... Awal-awal lagi aku dah bangun daripada tidur. Bersiap gitu!
Aku prepare dan iron baju Afiq Khairul. Lepas tu, aku kemas barang-barang Aqil Zayaan. Memandangkan hari ni kami akan ke airport KLIA tu, aku sediakan pakaian extra untuknya. Kot-kot dia terbuang air kecil atau air besar nanti. Tidaklah huru-hara nanti. Ibarat, sediakan payung sebelum hujan!
Aku tersenyum nipis. Mak-mak memang macam ni, perihal anak dahulu yang difikir sebelum fikir hal yang lain. Dan, memastikan keselesaan Aqil Zayaan adalah keutamaan aku sekarang ni.
Pampers, sepasang baju, sapu tangan, bedak, losyen, minyak kayu putih dan dua helai tuala. Kemudian, aku masukkan ke dalam beg comel colour biru tu.
Done!
Aku melangkah masuk ke dalam bilik tidur kami dan menapak ke arah katil semula. Aku melutut lalu menepuk bahu Afiq Khairul perlahan-lahan.
"Abang..," bisikku kepadanya.
Afiq Khairul membuka matanya dan menoleh kepada aku.
"Awalnya sayang bangun..." Kedengaran suara serak plus seksi Afiq Khairul tu.
Aku elus rambut depannya sambil tersengih-sengih.
Sejak kebelakangan ni, Afiq Khairul dah tukar nama panggilanku. Daripada panggilan Leha kepada panggilan manja iaitu 'sayang'.
Aawww... So sweet!
Apabila aku imbas kembali memori dulu-dulu tu. Masa zaman kecil, dia panggil aku... 'budak miang atau budak gila'. Lepas aku bekerja sebagai setiausahanya, dia panggil aku... 'kau'. Apabila kami dah kahwin pula, dia panggil nama singkatan aku saja... 'Leha'.
Sekarang ni, dia panggil aku 'sayang' atau 'yang' gitu.
Hehehe... Aku tersenyum gedik. Bahagia rasanya. Alhamdulillah!
Tetapi...
"Leha tak nak kelam-kabut nanti, abang bangunlah. Kita nak mandi, nak solat lagi..," gesaku sambil menepuk-nepuk bahunya itu.
Afiq Khairul menangkap jari-jemariku. Dia tersenyum manis. Manis sangat-sangat!
Hish, kalau dia dah senyum macam ni... Maksudnya dia ada niat yang tersembunyi!
YOU ARE READING
BOS A.K.A SUAMIKU
RomanceAfiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah 'sekepala'. Permusuhan mereka berdua sampai ke tahap 'aku benci kau' dan 'kau benci aku'...