Sehari sebelum bersemuka dengan Adila...
Datin Aisyah duduk di atas sofa sambil memegang secangkir teh. Jari kelingkingnya ternaik, begitu juga dengan keningnya yang lentik itu.
"Maksud awak, anak saya tengah pikat seseorang sekarang ni?" tanyanya dengan nada tidak percaya.
Betul ke?
Matanya tajam melihat bodyguard a.k.a orang upahannya itu. Datin Aisyah mengupah bodyguard tersebut untuk memerhatikan aktiviti Ilham Hakimi sejak anaknya itu keluar dari rumah lagi.
Dia risau.
Sekiranya anaknya itu dah berkahwin, dia tidak perlu bimbang sebab ada isteri yang boleh tolong jaga makan, minum dan pakai anaknya itu.
Tapi, anaknya itu masih bujang lagi!
Haaa... Datin Aisyah mengeluh halus. Kenapa?
Anaknya yang pertama, ke-dua dan yang ke-empat... Kesemuanya ikut cakap. Senang diatur dan diurus gitu!
Tetapi, apabila melibatkan anaknya yang ke-tiga ni. Dia sakit kepala!
Perangai anaknya itu persis dengan suaminya. Kedua-duanya keras kepala dan degil. Masing-masing ego dan tak nak mengalah!
Anaknya tengah pikat seseorang?
Datin Aisyah meletakkan cangkir tersebut di atas meja semula. Dia mengerutkan dahinya. Bukti?
Tanpa bukti yang sahih dan kukuh, dia tidak akan percaya. Mana mungkin anaknya itu yang memulakan langkah dahulu.
Atau...
Mungkinkah anaknya dah terjumpa dengan orang yang dia cari-cari selama ni?
Bodyguard di hadapannya itu direnung dengan pandangan yang tajam semula. Mungkin disebabkan bodyguard tersebut dah lama bekerja dengannya, terus saja bodyguard tersebut mengeluarkan handphone daripada poket seluarnya itu.
Pantas bodyguard tersebut menghulurkan handphone miliknya itu kepada Datin Aisyah.
Datin Aisyah menyambut huluran handphone tu, dia tunduk dan perhatikan screen handphone tersebut.
Gambar serta rakaman video Ilham Hakimi bersama seorang gadis di sebuah panggung wayang. Anaknya itu tengah berdiri bersama-sama dengan seorang gadis sambil tersenyum lebar. Malah anaknya turut ketawa dan begitu gentleman dengan gadis tersebut.
YOU ARE READING
BOS A.K.A SUAMIKU
RomanceAfiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah 'sekepala'. Permusuhan mereka berdua sampai ke tahap 'aku benci kau' dan 'kau benci aku'...