Hanya apabila kita mengalaminya sendiri, baru kita tahu apa maksud bahagia yang sebenar-benarnya. Bagi aku, bahagia adalah apabila orang yang kita cintai turut mempunyai perasaan yang sama kepada kita. Tidak akan melepaskan tangan kita di saat senang apatah lagi dikala kita ditimpa kesusahan. Pokok pangkalnya, sentiasa berada di sisi kita saja. Tempuhi hari-hari yang mendatang bersama-sama.
Together-gether gitu!
Tambahan pula, semuanya indah dan manis-manis saja apabila dah jatuh cinta ni. Bak kata orang. Mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak berselera. Tapi, kalau aku... Sebaliknya!
Aku tersenyum nakal plus gedik.
Amboi, sejak bila pula aku pandai jiwang-jiwang macam ni? Bisikku dalam hati.
Ketika aku celikkan mataku tadi. Wajah Afiq Khairul yang aku tengok dulu. Dia masih tidur dan diulit mimpi lagi. Aku tersenyum lagi. Dengan gerakan perlahan-lahan, aku alihkan tangan Afiq Khairul di pinggangku itu. Lantas, aku membelakangkannya. Aku tengok jam di atas meja kecil di sebelah katil kami ni, dah nak masuk pukul 5:10 minit pagi.
"Dah masuk waktu ke?" tanya Afiq Khairul tiba-tiba di belakangku itu.
Aku ingin menoleh namun dia tarik tubuhku rapat ke dadanya. Lepas tu, dengan selamba memaut pinggangku lagi.
"Belum... Setengah jam lagi," balasku kepadanya.
Afiq Khairul diam. Walaupun begitu, tangannya di pinggangku itu semakin lama semakin miang dan gatal!
"Abang!" Aku terjerit kecil apabila dia mula menyelak baju tidurku.
Sudah masuk 2 bulan kami jadi suami isteri yang sebenar-benarnya. Sudah pasti aku tahu perangai Afiq Khairul kalau berkaitan dalam bab-bab ni. Kesimpulannya, jangan sesekali percaya cakap dia!
"Leha nak solat. Nak sediakan sarapan pagi dan mengemas. Abang jangan sabotaj masa Leha. Nanti kita... Lambat masuk office lagi." Aku tahan desahan nafasku yang semakin laju.
Lagipun, dah beberapa kali kami lewat masuk office gara-gara dia 'buli' aku dulu sebelum Solat Subuh!
Tetapi, Afiq Khairul buat-buat tidak dengar lagi. Dia bangun dan tindih tubuhku. Pantas aku pukul perlahan bahunya itu.
No!
"Abang ada mesyuarat pukul 10:00 pagi nanti." Aku cuba ingatkan dia perkara penting tu!
Afiq Khairul merenung mukaku. Lama. Lepas tu, dia mengeluh halus. Dia rebahkan tubuhnya di atas badanku saja. Aku tahan nafas. Yaa ampun, ingat dia ringan ke? Bebelku dalam hati saja.
YOU ARE READING
BOS A.K.A SUAMIKU
RomanceAfiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah 'sekepala'. Permusuhan mereka berdua sampai ke tahap 'aku benci kau' dan 'kau benci aku'...