"Hadirin sekalian. Dengan penuh rasa hormat dan kerendahan hati, majlis mempersilakan langkah masuk bagi bakal pengantin perempuan kami menuju ke mahligai kasih. Dipersilakan..," ucap Emcee tersebut yang merupakan pak cik aku iaitu Pak Cik Azman daripada keluarga sebelah umi.
Alunan selawat yang diputarkan itu membuatkan suasana jadi tenang seketika. Mendayu-dayu memuji kebesaran Ilahi...
Aku terkaku. Kakiku tidak bergerak sama sekali. Ketika ini, aku sendiri. Berdiri dan berselindung di sebalik gerbang pintu rumah yang terhias cantik tu. Diaorang yang lain dah menunggu di luar sana.
Aku ada minta Sofea temankan aku. Tapi, Kak Ana larang. Tak boleh! Kata Kak Ana lagi, ini adalah masanya untuk aku bersinar dan jadi tumpuan orang ramai!
Ek eleh, masalahnya sekarang ni... Aku takut dan terlalu nervous sampai tak bergerak langsung!
Pertama kali aku bermekap dan berdandan macam ni. Tak nampak pelik ke?
Semasa rehearsal kelmarin tu, aku selamba saja berjalan sendiri naik ke atas pelamin. Tiada perasaan takut dan nervous macam sekarang ni. Mungkin sebab kelmarin tu, tidak ramai orang kot?
"Hello? Bakal pengantin perempuan? Yuhuuu... Okey ke tu?" Emcee memanggil lagi.
Suara para tetamu yang hadir mula kedengaran. Barangkali hairan sebab aku tak munculkan diri di sebalik gerbang pintu rumah tu!
"Kejap! Kejap!" Kedengaran laungan suara Amin dan tidak lama lepas tu, Amin muncul di sebalik gerbang pintu rumah tu.
Dia menoleh ke kiri...
Amin pandang aku, aku pandang dia. Disebalik veil yang menutupi kepalaku itu, aku gelengkan kepalaku tanda aku tak berani nak keluar sendiri. Aku kekok. Aku malu weh!
Amin mengeluh.
"Sorry, bakal pengantin perempuan malu! Time's up! 2 minit!" laung Amin sambil buat signal tangan bentuk 'T' berkali-kali. Amin hanya mampu tersengih-sengih macam kerang busuk!
Apalagi, kedengaran gelak tawa daripada para tetamu yang hadir. Aku jeling Amin. Kot iya pun, tolonglah cover line!
Alunan selawat dimatikan.
"Minta maaf para hadirin sekalian. Bakal pengantin perempuan kami malu. Sabar. Sabar. Bagi masa dan ruang. Kesian..." Emcee tidak membantu, kata-katanya itu membuatkan para tetamu ketawa lagi.
YOU ARE READING
BOS A.K.A SUAMIKU
RomantikAfiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah 'sekepala'. Permusuhan mereka berdua sampai ke tahap 'aku benci kau' dan 'kau benci aku'...