Amin menundukkan kepalanya sambil memegang kedua-dua jari-jemarinya. Menggenggamnya erat sambil melihat Adila dan aku.
"Amin tahu, Sofea bukan orang macam tu. Amin akan tanya Mak Cik Mia setibanya di kampung nanti. Pasti ada sebab kenapa Sofea tiba-tiba ke Sabah hari tu. Amin rasa, bukan setakat masalah keluarga..," kata Amin dengan raut wajah yang serius.
Adila dan aku berpandangan antara satu sama lain lagi.
Sebenarnya, aku ada call Mak Cik Mia tempoh hari bertanyakan hal tentang Sofea tu. Hairan punya pasal. Takkan sampai berbulan-bulan Sofea kat Sabah tu?
Tapi, Mak Cik Mia hanya menjawab...
'Ada masalah keluarga yang masih perlu diselesaikan'
Itu saja. Lagipun, nampak sangat yang nada suara Mak Cik Mia tu lain sikit. Macam menyembunyikan sesuatu. Atau perasaan aku je kot?
Selepas itu, Adila dan aku ada call dan WhatsApp Sofea lagi. Tanya kalau ada apa-apa yang kami boleh tolong. Tapi, seperti sebelumnya juga... Call kami tidak diangkat dan WhatsApp kami tidak dibalas.
Aku pandang Amin semula.
"Nasib baik Amin masih percayakan Sofea. Mungkin disebabkan kata-kata Sofea tu, Amin kecewa dengannya. Tapi, Leha harap sangat yang Amin hanya akan buat keputusan seterusnya selepas bersemuka dengan Sofea. Jangan buat keputusan terburu-buru. Leha tak nak Amin menyesal di kemudian hari nanti," ujarku sambil tersenyum nipis.
Amin pula hanya lepaskan keluhan kecil.
"Amin kenal Sofea sejak kecil lagi, Amin tahu dia macam mana. Jangan risau, i'm okey. Amin takkan berputus asa selagi tak bersemuka dengan Sofea," kata Amin kepada kami berdua.
Aku anggukkan kepalaku. Begitu juga dengan Adila. Kami berpandangan dan melihat Amin semula.
Terdetik di hatiku, kuatnya perasaan Amin kepada Sofea.
Kalau orang lain, mungkin dah buat keputusan untuk berpisah. Ye laa... Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Apalagi, minta break-up pakai Messenger saja. Siapalah tak sakit hati, kan?
Terus aku teringatkan Syamir. Huh, memang wajar pun Adila move on dan putus dengan Syamir tu. Dasar buaya!
Haaa... Aku lepaskan keluhan kecil.
YOU ARE READING
BOS A.K.A SUAMIKU
RomanceAfiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah 'sekepala'. Permusuhan mereka berdua sampai ke tahap 'aku benci kau' dan 'kau benci aku'...