Aku elus lembut pipinya yang masih kemerah-merahan itu. Mukanya masih lagi masam mencuka. Masih menampakkan lesung pipit di pipinya itu.
Comelnya!
Kalau Afiq Khairul, lesung pipitnya di tepi bibir. Salah satu pemanis Afiq Khairul apabila tersenyum. Boleh buat orang terpikat!
Tapi, baby kami pula di pipi. Dalam pula tu. Macam Adila!
"Mukanya persis macam abang. Tapi, lesung pipitnya macam Adila. Leha yang mengandungkan dia dekat sembilan bulan... Tapi, langsung tidak nampak iras-iras muka Leha," aduku dengan nada sedikit tidak berpuas hati.
Ini tidak adil!
Afiq Khairul turut menghulurkan jari-jemarinya. Dia turut mengelus lembut pipi baby kami tu.
"Taklah, abang perhatikan yang keningnya macam Leha..," kata Afiq Khairul dengan muka serius.
Aku kerutkan dahiku. Hah, betul ke?
Sekali lagi, aku perhatikan kening baby kami tu. Lama. Selang beberapa saat kemudian, aku tak terkata-kata. Memang serupalah!
Terus aku muncungkan bibirku. Amboi, perli nampak!
"Ye laa, itu je laa yang baby ikut mama. Sekurang-kurangnya, ada juga. Daripada tidak ada... Bersyukurlah. Walaupun kening kami ni cukup-cukup makan je," balasku dengan muka sememeh.
Apalagi, terus saja Afiq Khairul tergelak. Kuat pula tu. Sampai hati!
"Kening Leha comellah. Abang suka..," ujarnya lalu mendekatkan dirinya kepada aku.
Mukaku merona merah apabila Afiq Khairul mencium keningku itu.
Hish... Ambil hati, beli jiwalah tu!
Namun, aku tersenyum dalam dakapannya. Afiq Khairul tunduk dan memegang jari-jemari baby kami...
"Aqil Zayaan Bin Afiq Khairul. Semoga membesar dengan sihat ye nak..," ucap Afiq Khairul lagi.
Aku cium pipi Afiq Khairul sambil meng'aamiin'kan doanya itu. Satu kiss untuk suami yang tercinta.
Selepas itu, aku cium pipi baby kami pula dengan penuh kasih sayang. Satu kiss untuk anak yang tersayang.
"Aqil..," panggilku kepada baby kami tu.
Nama yang Afiq Khairul pilih sejak mula lagi. Sejurus selepas saja kami tahu jantina baby kami ni, Afiq Khairul memberitahuku yang dia dah ada nama untuk baby kami tu.
YOU ARE READING
BOS A.K.A SUAMIKU
RomanceAfiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah 'sekepala'. Permusuhan mereka berdua sampai ke tahap 'aku benci kau' dan 'kau benci aku'...