Lahad Datu, Sabah?
Aku buat selamba saja. Di saat ini, aku tidak tunjukkan sebarang reaksi di raut wajahku. Sama ada reaksi teruja mahupun reaksi terkejut. Walaupun hakikatnya, aku ingin memberitahu Amin yang Sofea berada di negeri Sabah sekarang ni.
Pelbagai kemungkinan bermain di benak fikiranku...
Scenario 1 - Adakah Amin dan Sofea akan terserempak di sana nanti?
Scenario 2 - Mungkinkah Amin akan cari Sofea di sana nanti?
Scenario 3 - Atau, mereka tidak akan terserempak sehinggalah projek di sana habis dan Amin kembali semula ke sini?
Apa-apapun, aku hanya tunduk dan sesekali melihat Amin di hadapanku itu. Tapi, Amin hanya bersikap seperti biasa saja. Timbul perasaan simpati kepada abangku itu. Tabahnya dia!
Namun, secara tidak sengaja pandanganku bertembung pula dengan Afiq Khairul. Dia tersenyum dan lirikan matanya itu buat aku rasa lain.
Eh, kenapa?
Pelik semacam cara Afiq Khairul pandang aku ketika ini. Aku diam seketika. Cuba mencari maksud di sebalik senyuman dan lirikan mata Afiq Khairul tu.
Tapi, tidak lama lepas tu... Aku ketap bibirku. Dia tahu apa yang aku fikirkan!
Terus aku lepaskan helahan nafas halus. Aku balas senyumannya itu dan perhatikan saja Aqil Zayaan yang sedang duduk di pangkuan Amin tu.
Pelik tapi itulah hakikatnya yang sebenarnya. Tiada perkara yang boleh aku sembunyikan daripada dia.
Sejak dulu lagi, aku syak Afiq Khairul ni ada kuasa boleh baca fikiran orang lain kot? Apalagi kalau berkaitan dengan aku. Senang-senang saja dia boleh tahu apa yang aku fikirkan.
Menakjubkan!
YOU ARE READING
BOS A.K.A SUAMIKU
RomanceAfiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah 'sekepala'. Permusuhan mereka berdua sampai ke tahap 'aku benci kau' dan 'kau benci aku'...