Mula dikarang : Tahun 2012 (Upload di web Penulisan2u)
Upload di Wattpad : Tahun 2019
Novel siap dikarang : Tahun 2023 (Ambil masa yang lama untuk siap sebab author busy dengan dunia reality & reading slumps)
Selamat membaca gaisss...
Click... Click... Click... Shutdown. Selepas screen desktop computer di atas mejaku bertukar gelap, aku turut switch off soket di bawah meja kerjaku.
Jom balik kampung. Hari ini, aku kerja half day saja!
Pandanganku tertumpu kepada pintu bilik majikanku itu. Dia masih ada di dalam lagi. Bos gila a.k.a bos sewel!
Aku ambil sling bag di atas meja dan segera melangkah pergi.
Masa kerjaku dah habis.
Sempat juga aku jeling pintu bilik majikanku itu. Walaupun pintu tu tidak bersalah, tapi pintu tu pun dah termasuk dalam list musuh ketatku. Anggaplah aku jeling sekali sama tuannya kat dalam tu. Menjengkelkan seperti tuannya juga!
Namun, langkahku terhenti. Serba salah. Aku cuti half day hari ni pun sebab dia yang arahkan. Katanya, menyemak dan buat sakit mata saja aku duduk kat office memandangkan kerjaku dah siap. Dia arahkan aku balik awal!
Huh, nasib baik hati aku ni dah lali dan kebal macam batu. Kalau tidak, mesti dah lama makan hati dengan kata-katanya tu. Menyampah sungguh!
Aku berpaling semula dan ketuk pintu biliknya tu. Kemudian, membukanya dan hanya berdiri di muka pintu tu dan melilaukan mataku mencari kelibatnya.
Hah, ada pun!
Aku tengok dia sedang duduk di atas sofa sambil memegang IPad.
YOU ARE READING
BOS A.K.A SUAMIKU
RomanceAfiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah 'sekepala'. Permusuhan mereka berdua sampai ke tahap 'aku benci kau' dan 'kau benci aku'...