Adila mengeluh halus. Kenapa sejak kebelakangan ni, dia selalu terserempak dengan Ilham Hakimi?
Ini kali ke-tiga mereka berdua terserempak tanpa sengaja. Pertama di pasar raya, diaorang bergaduh sebab Ilham Hakimi panggil dia miang. Kali ke-dua di shopping mall, ketika Ilham Hakimi menyamar jadi teman lelakinya. Kali ni, di hospital pula. Dan setiap kali pertemuan mereka tu, mesti situasi yang memalukan terjadi!
Itu tidak termasuk dengan pertemuan buat kali pertama mereka kat Jepun tu. Kalau Adila teringatkan kejadian tu... Oh my gosh, memalukan sungguh!
Apa-apapun, buat selamba sajalah. Ilham Hakimi kawan Abang Afiq. Normal sangatlah kalau dia sesekali terserempak dengan lelaki kat depan dia ni.
"Nak lawat Leha juga, kan? " tegur Adila kepada Ilham Hakimi.
Memandangkan dia kawan Abang Afiq, tidak salah sekiranya dia bertegur sapa dengan Ilham Hakimi ni. Nanti kalau dia tidak tegur, kang dilabel budak sombong pula!
Tambahan pula, tidak perlu dia berlagak ayu atau sopan-santun bak gadis melayu terakhir dengan Ilham Hakimi ni. Just be myself gitu!
Lagipun, dia dah tunjuk 'kebrutalan' dirinya kepada Ilham Hakimi. Bukankah dia pernah pukul Ilham Hakimi pakai sayur sawi?
Adila pandang Ilham Hakimi. Simpati kepada lelaki kat depan dia ni. Bertabahlah!
Ilham Hakimi tersenyum. Dia anggukkan kepalanya saja.
Tiba-tiba...
Ting!
Bunyi lift menandakan mereka berdua dah sampai di tingkat 3. Ilham Hakimi memberi laluan kepada Adila untuk keluar dulu.
"Macam mana awak tahu saya nak lawat Leha?" tanya Ilham Hakimi kepadanya pula.
Adila berhenti daripada melangkah. Pandangannya jatuh kepada tangan Ilham Hakimi tu. Ketika ini, Ilham Hakimi sedang memegang bakul buah-buahan yang berbalut cantik.
Di samping tu, siap ada kad yang bertulis : Get Well Soon.
Adila angkat keningnya kepada Ilham Hakimi.
"Bakul buah-buahan serta attire formal ni... Tentu awak baru balik dari meeting dengan clients, kan? Pagi tadi, saya terdengar Abang Afiq call awak. Mustahil awak ke hospital ni sebab nak berenang pula. Tentulah nak lawat orang sakit, kan?" jawab Adila dengan nada sedikit memerli.
YOU ARE READING
BOS A.K.A SUAMIKU
Storie d'amoreAfiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah 'sekepala'. Permusuhan mereka berdua sampai ke tahap 'aku benci kau' dan 'kau benci aku'...