BAB 45 - MASCOT!

27.2K 748 56
                                    

          Pintu bilik ward dibuka dari luar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          Pintu bilik ward dibuka dari luar.  Adila muncul dengan mimik muka 'kau-buat-aku-risau-gila'!

          Aku tersengih saja kepada Adila.

          "Maaf..." Hanya itu mampu aku katakan.

          Adila melangkah ke arahku.  Dia peluk tubuhku perlahan.

          "Nasib baik kau dan baby selamat.  Pagi tadi, semasa aku tengok kau belum sedarkan diri... Aku risau sangat.  Ini kali kedua kau buat aku macam ni," rungut Adila kepada aku.

          Aku balas pelukannya.  Aku tahu apa yang Adila maksudkan dengan kali ke-dua tu.  Kali pertama, semasa aku hampir mati lemas hari tu.  Ketika aku baru sedarkan diri, aku tengok Adila menangis teresak-esak di sisi ibu.

          Aku terpandangkan Ilham Hakimi.  Dia sedang bersalaman dengan yang lain.  Sopan gitu!

          Lepas tu, Adila melepaskan pelukannya di tubuhku.  Dia duduk di sisi katil sambil memegang tanganku saja.

          "Terima kasih sebab sudi datang melawat saya," ucapku kepada Ilham Hakimi.

          Ilham Hakimi hanya tersenyum.  Dia serahkan bakul buah-buahan tu kepada Afiq Khairul.

          "Saya harap awak cepat sembuh," ujarnya kepada aku.

          Aku anggukkan kepalaku saja sambil tersenyum sama.

          Aku tengok Ilham Hakimi berbual dengan ayah, ibu dan suami aku tu.  Mungkin disebabkan dia pernah berkongsi apartment dengan Afiq Khairul masa study kat Jepun tu, ayah dan ibu mengenalinya.

          "Macam mana dengan kerja part-time kau? Okey ke?" soalku terus kepada Adila.

          Adila menoleh kepada aku.

          "Okey... Penat tapi berbaloi.  Best!" balas Adila sambil tersengih.

          Aku tersengih sama.  Start dari minggu yang lepas lagi, Adila bekerja separuh masa di sebuah cafe di shopping mall besar tu.

          "At least, kau ada pengalaman kerja dalam bidang F&B nanti.  Aku sokong..," kata Sofea pula.

          Umi pandang Adila.

          "Adila kerja ke?" soal umi dengan muka kebingungan.

          Adila tersengih lebar.

          "Dari minggu lepas lagi mak cik.  Part time je.  Dari pukul 6:00 petang hingga pukul 10:00 malam.  Kelas habis dalam pukul 4:00 atau 5:00 petang.  Lepas tu, Adila santai kat rumah je.  Daripada Adila tak buat apa-apa, lebih baik Adila kerja.  Dapat juga duit sekali dengan pengalaman kerja.  Hehehe..." jawab Adila sambil tergelak.

BOS A.K.A SUAMIKUWhere stories live. Discover now