Afiq Kairul ketawa terbahak-bahak. Aku kerutkan keningku. Apa yang lucu sangat ni? Bisikku geram dalam hati.
"Kalau abang betul-betul nak makan sayur terung tu. Nanti kita order ye..." kataku lagi dengan riak muka penuh pengertian. Aku faham. Dia craving kot nak makan sayur terung tu?
Afiq Khairul semakin ketawa.
Yaa ampun, apa yang lucu? Aku kerutkan keningku saja dengan sikap pelik Afiq Khairul tu.
Aku letak semula jambangan bunga ros tu di atas katil. Aku pandang jam di dinding, dah nak dekat pukul 6:00 petang. Aku berdiri lantas melangkah ke arah almari pakaian.
Malas nak ambil peduli lagi dengan si Afiq Khairul ni. Entah apa yang lucu? Aku pun tak tahu!
Aku buka almari pakaian lalu mencari baju serta tudung untuk dipakai malam ini. Aku terhenti seketika. Aku menoleh dan tengok Afiq Khairul semula.
"Abang nak pakai baju yang mana satu? Leha nak iron..," tanyaku dengan suara serius.
Lama Afiq Khairul perhatikan aku dengan ketawa yang masih bersisa.
"Kalau abang ada T-shirt colour dark purple, abang nak pakai yang tu. Colour tu sama dengan warna terung..," balas Afiq Khairul dengan nada suara yang sedikit menyindir.
Keningnya terangkat sebelah sambil melihat aku dengan senyuman mengejek.
Aku terdiam.
"Malam ni abang nak makan terung... Abang keluar kejap," sambung Afiq Khairul lagi tanpa mempedulikan aku. Terus saja dia keluar dan menutup pintu.
Pakkk!
Kedengaran bunyi pintu tertutup rapat. Sedikit kuat. Dia marah ke?
Aku terkaku di depan almari pakaian. Termangu buat sedetik waktu. Aku ada buat salahkah? Apasal aku rasa yang Afiq Khairul ni seperti perli aku saja? Bisikku lagi.
Apa salah aku?
Habis saja Solat Maghrib, kami bersiap untuk keluar. Aku berdiri di depan meja mekap sambil membetulkan tudungku. Manakala, Afiq Khairul merapikan rambutnya dan kemudian memakai jam tangan. Selepas itu, dia pandang aku dan terus menggeleng-gelengkan kepalanya. Seolah-olah aku ada buat salah dengan dia!
Aku kerutkan dahiku lagi.
Bingung dengan sikap Afiq Khairul tu. Tidak tahu apa salah aku sampai ke saat ini? Ada apa dengan isi terung tu? Takkan aku silap dengar kot? Bertalu-talu persoalan timbul di benak fikiranku ketika ini.
YOU ARE READING
BOS A.K.A SUAMIKU
Storie d'amoreAfiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah 'sekepala'. Permusuhan mereka berdua sampai ke tahap 'aku benci kau' dan 'kau benci aku'...