Afiq Khairul meneliti drawing di atas meja kerjanya itu. Kemudian, menekan kalkulator dan membuat pengiraan anggaran kos material yang perlu dibeli nanti.
Sejak kebelakangan ini, dia sibuk dengan 2 projek yang hampir nak siap. Tambahan lagi, ada 4 tender dan 7 quotation baru perlu diisi dan dihantar sebelum tempoh masa yang telah ditetapkan.
Jadual kerjanya yang terlalu padat membuatkan dia selalu skip lunch dan hanya akan makan pada sebelah petang saja. Kadang-kadang, dia langsung tidak makan dan hanya minum coffee dan sedikit kudapan.
Afiq Khairul terhenti daripada menekan kalkulator. Dia tunduk lalu meraba-raba perutnya. Teringatkan sesuatu, betul ke dia makin kurus? Kenapa dia tidak perasan langsung?
Terimbas kembali kepada persoalan isterinya semalam...
'Kenapa Leha rasa yang pinggang abang makin slim? Pipi abang pun makin susut. Tengok ni, lengan abang pun macam...'
Ketika itu, dia sedang membuka butang baju tidur isterinya. Leher serta dada isterinya yang putih, mulus dan gebu tu... It's been a long time!
Tetapi...
Dengan selamba, isterinya itu memegang perut serta lengannya dengan pandangan dan nada kerisauan.
Afiq Khairul terhenti daripada perlakuannya. Dipendekkan cerita, dia gembira sebab isterinya ambil berat tentang perihal dirinya. Tapi, perlukah tanya soalan ni masa mereka sedang nak 'herm-herm'!
Baginya, sejak ada 2 orang anak ni... Masa itu emas!
Uwwahh, uwwahh, uwwahh...
Tidak semena-mena, kedengaran suara Aafiyah Humaira menangis. Tanda yang anak perempuannya itu nak menyusu!
Great, what a good timing nak menangis dan minta susu!
Afiq Khairul mengeluh halus, dia betulkan baju tidur isterinya semula dan hanya mampu pasrah dengan situasinya sekarang ni.
Sudah 3 minggu dia tidak 'sentuh' isterinya itu. Ada-ada saja yang menghalang mereka untuk 'bersama'. Kadang-kadang, dia penat dari kerja. Dia tertidur dan hanya tersedar apabila Leha kejutkan untuk Solat Subuh. Tidak pun, isterinya period. Paling sadis, semasa dia tengah goda isterinya, Aafiyah Humaira tiba-tiba merengek dan menangis sebab nak menyusu. Macam yang sedang berlaku sekarang ni.
YOU ARE READING
BOS A.K.A SUAMIKU
RomanceAfiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah 'sekepala'. Permusuhan mereka berdua sampai ke tahap 'aku benci kau' dan 'kau benci aku'...