"Leha, dah siap ke?" laung Afiq Khairul dari ruang tamu.
Aku berdiri di depan cermin. Aku lurutkan bajuku ke bawah, aku rapikan tudungku lalu memegang dadaku. Nervous!
Hari ini adalah hari permulaan aku bekerja semula sejak dah jadi isteri kepada Afiq Khairul tu. Aku ambil handbag di atas meja mekap lalu keluar dari bilik dan menapak ke ruang tamu. Afiq Khairul berdiri di situ dengan wajah serius. Aku hanya tersenyum kelat. Sorry, lama menunggu!
Afiq Khairul perhatikan aku. Lama. Dia melangkah ke arah aku. Tangannya naik ke pipiku.
"Leha pakai make-up ke?" tanya Afiq Khairul.
Aku anggukkan kepalaku. Selama ini aku lebih suka pakai basic skincare, foundation, loose powder dan secalit gincu atau lip gloss sahaja. Tapi, hari ini aku hiasi wajahku dengan eye liner, mascara, pemerah pipi serta gincu colour merah. Ajaran daripada Adila!
Kata Adila, aku kenalah bersolek sikit supaya wajahku nampak lebih berseri. Terutama sekali lepas dah kahwin ni. Aku pun tak tahu apa sebabnya dan oleh kerana aku tidak mahu mendengar bebelan Adila yang panjang lebar itu, aku turutkan saja!
"Pelik ke?" tanyaku sambil menyentuh jari-jemarinya di pipiku itu.
Afiq Khairul diam. Aku tengok dia berpaling dan terus mengambil kotak tisu di atas meja makan.
"Pemerah pipi tu tebal sangat. Macam badut!" Kotak tisu diserahkan kepada aku.
Aku terkedu di situ. Aku ambil kotak tisu tu dengan memuncungkan bibirku. Tak puas hati, sampai hati dia cakap aku macam badut!
"Tapi, solekan ni tak tebal mana pun. Biasa je. Dahlah, jom gerak. Kang lambat pula sampai office." Bangkangku dengan gelengan kepala.
Aku letak kotak tisu tu semula di atas meja makan dan melangkah ke muka pintu dengan hati yang sebal. Usaha aku untuk berubah tak dihargai. Sedih!
"Leha..," panggil Afiq Khairul. Nada suaranya perlahan tapi seram!
Aku ketap bibirku. Kalau aku tak turutkan arahan Afiq Khairul tu, confirm hari aku akan jadi hari yang muram. Kalau mood dia tak elok, dah tentu layanan dia kepada aku pun tak elok juga!
Aku menoleh dengan dengusan geram. Aku serahkan handbag di tanganku itu kepada Afiq Khairul. Kemudian, melangkah masuk ke bilik tidur kami semula. Aku ambil loose powder dan 'dap dap' dan tonyoh-tonyoh di pipiku saja. Pemerah pipi di pipiku itu, berkurang dan jadi samar-samar!
YOU ARE READING
BOS A.K.A SUAMIKU
RomanceAfiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah 'sekepala'. Permusuhan mereka berdua sampai ke tahap 'aku benci kau' dan 'kau benci aku'...