HILANG Part 5

38 4 0
                                    


Saya tidak tahu sudah berapa lama saya pengsan selepas tarikan gravity terakhir itu. Lampu kapal selam tidak berfungsi akibat hentakan menyebabkan saya pengsan. Kapal ini dalam posisi mengiring. Saya memegang kepala saya. Pening dan sakit. Perlahan lahan saya membuka mata.

Nampaknya kapal selam saya sudah berada di dalam dasar terdalam lautan Bermuda. Saya sudah pecah rekod! Tapi peluang untuk saya kembali sangat tipis. Cepat cepat saya melihat talian perhubungan saya dengan makmal, langsung tidak memberikan sebarang tindakbalas. Badan kapal masih stabil. Tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Badan kapal ini memang kukuh.

Saya menekan butang, bagi menstabilkan kapal saya menggunakan kaki tambahan kapal selam untuk mengekalkan posisi asal. Tidak sampai 10 minit, kapal ini kembali normal. Saya tidak memasang lampu.

Takut nanti saya diserang oleh benda asing lagi. Saya ubah dinding kapal seperti sediakala.

Injin kapal masih stabil. Saya bangun dari tempat duduk dan mencari bekalan makanan dan minuman, saya menjadi sangat haus.

Sambil minum, saya melihat keadaan kapal. Oksigen masih kekal 98% masih masih bertahan lama. Sebab hanya saya seorang saja dalam kapal selam ini. Peralatan menyelam lengkap dengan tangki oksigen masih disimpan rapi. Saya melihat suhu di luar adalah dibawah takat beku.

Sangat sejuk! Jika menyelam dalam keadaan begitu, kulit akan mengecut dan mustahil dapat berenang begitu lama sehingga ke permukaan.

Saya kembali ke papan kekunci. Saya cuba menyukat kedalaman dasar lautan Bermuda. Saya melepaskan dron dan ia akan memberi maklumat tidak pasti bila, bila ia sampai di permukaan nanti, alat perhubungan saya dengan makmal akan disambung secara automatic. Dron mini mula bertindak.

Entah apa jadi John dengan Mel, Willy pula mati dengan sia sia. Saya menarik nafas dalam dalam. Tiba tiba sensor saya mula berkelip kelip. Saya melihat suasana di luar dengan menggunakan cctv kalis air. Gelap dan menakutkan. Banyak cahaya kecil mula menuju ke arah kapal selam saya.

"Apa benda tu?" bisik saya. Akhirnya ia mendekati! Ikan tanglung dengan wajah hodoh! Cisss.... Rupanya masih ada ikan purba yang hidup dalam dasar sini.

Jangan jangan ikan jerung raksasa juga di sini. Badan saya menjadi seram.

Saya menuju ke bilik khas, di sana saya menukar pakaian khas saya, pakaian ini boleh menyesuaikan diri dalam apa juga jenis keadaan dan mengekalkan suhu badan biarpun sesejuk mana pun persekitaran tersebut.

Ia juga mempunyai sensor jika ada bahaya mendekati, baju khas ini boleh menukar warna jika berlaku apa apa.

Saya mula membaca buku panduan baju itu. Ciptaan Doktor Ukraine, memang limited stok.

Pakaian 1001 kegunaan, mempunyai lapisan kalis api, kalis benda tajam dan mempunyai ketahanan terhadap suhu panas dan sejuk. Pertukaran warna mengikut suasana. Jika ada sesuatu yang datang menyerang, ia kan berubah menjadi hitam berkilat. Gerakan akan dikawal sepenuhnya oleh pakaian itu. Walaupun tidak tahu bertarung, ia akan mengawal badan secara spontan.

Saya tersenyum sendiri. Kenapa saya pula yang menjadi bahan ujian Doktor itu. Saya tidak mahu lama di sini, saya mesti pulang tapi, apa yang perlu saya bawa ke dasar? Kawasan sini hanya diliputi oleh pasir dan rumpai laut. Sensor saya berkelip lagi. Ada sesuatu yang datang lagi! Bisik saya. Saya melihat cctv.

***

Saya hampir pengsan bila melihat berpuluh puluh ekor ikan duyung sedang berenang ke arah kapal saya. Ikan duyung? Rupanya mereka ini bukan setakat mitos, ia memang benar! Saya sangat teruja, wajah mereka seperti manusia cuma berkulit biru. Mereka mengelilingi kapal selam dan memegang dinding kapal.

Jelas terpancar di wajah mereka dengan penuh kehairanan. Saya sempat mengambil beberapa keping gambar untuk simpanan saya.

Tiba tiba mereka membuat sesuatu di luar jangkaan saya, mereka berkumpul dan mengangkat kapal selam ini.

"Mereka mau bawa ke mana??" saya menjadi risau, mungkin ia akan membawa saya ke tempat tinggal mereka, jika saya bertindak, saya tidak mungkin dapat pengalaman berharga ini lagi. Lalu saya biarkan saja mereka mengangkat kapal ini dan menuju ke arah satu tempat yang sangat gelap. Kekuatan ikan duyung memang tidak dapat dijangka, kapal selam ini memang berat, tapi tapak tangan mereka seperti gam boleh melekat pada dinding kapal.

Nasiblah kapal ini tahan dengan tekanan tinggi. Saya hanya menunggu dengan tenang di mana ikan duyung ini membawa kapal selam tersebut.

Saya melihat mereka memasuki satu torowong gelap. Nasiblah sebelum beredar saya sudah mengaktifkan rakaman dalam kapal ini, sambil saya bercakap.

"Ikan duyung mengangkat kapal selam ini dalam masa yang singkat, sekarang saya sudah tiba di satu tempat seperti dalam torowong, gelap dan menakutkan" beritahu saya.

Selepas melalui torowong itu, cahaya mula cerah di bahagian hujung. Ia kelihatan berwarna warni.

"Bahagian hujung sudah menunjukan satu cahaya, apakah cahaya ini? Satu dunia lain atau saya sudah berada di .... Syurga?"

Kapal selam itu dibawa perlahan lahan, akhirnya mereka meletakkan kapal selam itu di satu tebing tinggi.

Berhadapan dengan cahaya tadi, saya hampir tidak dapat membayangkan di depan saya sekarang ialah satu Bandar bawah laut yang begitu cantik sekali! Ia seolah olah berada di taman fantasi dan tidak seperti di dalam wayang pun. Ini sangat berbeza!

"Bandar bawah laut! Di bahagian tepi itu ialah satu lorong yang mempunyai kipas yang sangat besar, rupanya pusaran maut itu datang dari sana!" terdapat banyak bangkai kapal yang disimpan dan ia sudah diubahsuai menjadi Bandar yang cantik. Saya terfikir sendiri. Kenapa wajah ikan duyung semua ini macam wajah manusia? Adakah ada manusia yang terselamat di sini? Fikir saya.

Tiba tiba, bong! Bunyi ketukan di dinding kapal selam mengejutkan saya. Saya terus melihat cctv. Ikan duyung tadi cuba mencungkil dinding ini untuk melihat isi dalam kapal ini. Patutkah saya aktifkan kapal ini dan menuju ke Bandar? Perlahan lahan saya meningkatkan kuasa injin.

Ikan duyung mula berpandangan sesama sendiri. Mungkin mereka terkejut dengan bunyi injin itu. Saya mula menaikkan kapal, dan terus menjunam turun ke Bandar. Ikan duyung menjadi cemas, mereka cuba menghalang perjalanan saya. Saya tidak peduli. Saya tingkatkan kuasa, kenapa mereka menghalang? Ikan duyung mula menjerit sesuatu saya tidak bersedia pada ketika itu apa bila ada satu kapal besar menangkap kapal selam ini dan saya terus pengsan di sana juga kerana terkena dengan hentakan kuat.

HILANGWhere stories live. Discover now