HILANG Part 13

31 3 0
                                    


"Kenapa kau culik hak milik saya? Kau memang mencari nahas! Kembalikan manusia itu!"

"Zerone, kau sudah melanggar undang undang kerajaan kau sendiri, sekarang biar saya yang atur untuk kau, manusia ini tidak layak hidup di bawah dasar lautan, ia akan membawa bencana!"

"Jangan sampai saya putuskan hubungan kekeluargaan kita, Otma!"

Raja itu ketawa terbahak bahak.

"Sedangkan persahabatan 3 penjuru kau susah mau atur, inikan pula seorang manusia!" raja itu sengaja mematikan laluan. Putera itu tidak dapat bersuara lagi. Saya tidak berbuat apa apa hanya duduk diam dalam sangkar besi itu.

"Sekejap lagi kita sampai, anggap saja hari ini hari kematian kau!"

Saya tidak menjawab. Perasaan saya mula bercampur baur. Tidak berapa lama kemudian kapal yang dinaiki oleh saya mula bergerak menukar arah laluan. Raja menjadi hairan.

"Apa sudah berlaku? Kenapa kapal ini..."

"Ada beberapa ekor ikan duyung cuba mengganggu perjalanan kita!"

Raja menjadi berang.

"Dia arahkan ikan duyung ini menghalang kita? Tiada cara lain, tembak mereka semua!"

Tembakan mula dilepaskan. Ikan duyung mula mengelak dengan pantas. Sementara menolak kapal itu, kami yang berada di dalam perut kapal mula rasa terombang ambing, penembak kapal juga hilang tumpuan kerana perlanggaran itu. Pada masa yang sama, saya mendengar suara Zerone dari jauh.

"Marina! Kau tidak apa apa?"

Saya tidak menjawab. Saya masih marah pada dia.

"Marina, tolonglah bersuara, kau tidak apa apa?"

Saya masih membatu sehinggalah kapal itu diserang oleh ikan duyung tadi. Raja dan pengawal menjadi marah.

"Mereka main kasar, kalau mau berperang, kita buat sekarang!"

Mereka mula mengambil kelengkapan bersenjata lalu mula membuat serangan balas. Kapal itu hilang keseimbangan lalu ia menjunam jatuh ke dalam satu lubang yang sangat dalam, pengawal kapal itu tidak tunggu lama, injin kapal sudah ditembak dan tidak boleh dikawal lagi. Dia meninggalkan saya di dalam kurungan besi lalu menyertai rajanya untuk menyerang balas dengan kumpulan Zerone.

Saya sudah pasrah. Dengan kapal yang menjunam jatuh, saya tidak bersuara langsung. Zerone sudah berusaha menghubungi saya tapi saya tidak menjawab. Saya menangis dalam diam. Hati saya sakit bila selama ini saya hanya bahan kajiannya.

Tiba tiba kapal itu terhempas di dasar. Suasana sangat gelap dan menakutkan. Saya tidak Nampak apa apa. Saya masih berada di dalam sangkar besi. Perlahan lahan saya membaringkan diri.

Suhu dalam dasar mula berubah. Saya mula terasa sejuk. Mungkin saya akan mati di sini, saya tidak mahu berhubungan dengan Zerone lagi selepas raja itu memberitahu perkara yang sebenarnya. Biarlah saya mati! Saya tidak suka dilayan begini. Saya bukan bahan kajian!

Saya menutup mata. Pada masa yang sama saya terasa seperti kapal itu disentuh oleh sesuatu. Pintunya ditolak perlahan lahan. Saya membuka mata. Ada satu cahaya biru masuk ke dalam.

"Marina!" saya kenal suara itu. Akhirnya ia berenang ke arah saya. Cahaya biru yang terang itu rupanya datang dari matanya.

"Marina! Cakaplah... tolong" suara Zerone seakan akan merayu. Saya kosongkan fikiran saya.

"Tinggalkan saya" jawab saya perlahan.

"Tidak!" balas dia. Dia mula mencari jalan untuk membuka sangkar besi itu. Dengan menggunakan senjatanya dia berjaya dan dia masuk ke dalam Cuba memeluk saya tapi saya menepis tangannya.

"Kau tipu saya, Zerone!"

"Apa yang saya tipu?"

"Pertama kau cakap kau hanya manusia yang tinggal di bawah laut tapi kau tidak memberitahu status kau! Kau seorang putera!"

Dia diam.

"Saya akan terangkan semuanya hari ini, sekarang mari kita pergi dulu, kawasan sini sangat panas"

"Tidak" balas saya. Zerone memandang ke arah saya.

"Marina, tolong... tolong jangan begini, saya berusaha untuk mengenali kau dengan lebih dekat, tapi jangan buat perangai begini..."

"Saya hanya bahan kajian kau, kan?"

Dia tidak menjawab.

"Cakaplah, Zerone... saya bukan siapa siapa, saya hanya bahan kajian kau!" marah saya.

"Ya, kau betul. Mulanya saya memang ingin mengkaji manusia dengan lebih mendalam, tapi saya tidak sampai hati"

"Apa yang kau tidak....."

BAMMM~!!! KRONGGGGG~!!!!

Kapal itu seperti jatuh ke dalam gaung sekali lagi. Zerone tanpa membuang masa menarik tangan saya dan membawa saya keluar dari sana. Malangnya pinggang saya pula ditarik oleh sesuatu yang sangat besar! Zerone terkejut.

"Arghh...." Lilitan di pinggang saya semakin kuat. Zerone menyerang benda itu dengan memutuskan lilitan, saya pula sesak nafas, seolah olah lilitan tadi penuh dengan beratus jarum yang menusuk ke dalam kulit saya. Badan saya lemah. Zerone mengangkat saya.

Kali terakhir yang saya lihat, dia mengeluarkan cahaya terang dari tapak tangannya lalu menyerang benda itu sebelum ia keluar sepenuhnya! Saya terus pengsan tidak sedarkan diri selepas itu.

***

Dalam keadaan mata yang tertutup, saya mendengar suara.

"Racun sudah merebak di dalam badannya, kita tidak tahu sama ada dia berjaya bertahan atau tidak" jelas satu suara.

"Benda itu ialah seekor sotong purba yang beracun, nasiblah saya sempat menyerang jantungnya sebelum ia timbul sepenuhnya"

"Malangnya Marina sudah terkena sengatan itu, apa yang perlu kita lakukan sekarang?"

"Denyutan jantungnya lemah, perubatan kita di sini tidak dapat mengubati keadaan begini" balas satu suara.

"Saya akan selamatkan dia, percayalah"

"Zerone, kau tau ilmu kita dalam dasar lautan adalah tidak sama dengan ilmu yang manusia atas sana miliki, mereka lebih moden berbanding dengan kita"

"Adakah kau sedang memberitahu pada saya, dia perlu dibawa ke dasar?"

"Kau sendiri cakap, pasangan Marina yang dahulunya seorang doktor, pasti dia boleh membantu menyelamatkan Marina"

"Tidak! Saya tidak mahu lelaki itu menolong Marina lagi!"

Perlahan lahan saya membuka mata. Zerone terkejut. Dia cepat cepat memimpin saya untuk bangun. Pinggang saya dibalut oleh rumpai laut. Dari warna rumpai laut itu, badan saya penuh dengan racun, tapi saya masih boleh bertahan.

"Marina... kau sudah sedar..."

Saya mengangguk, lemah.

"Sementara kau makanlah penawar ini" beritahunya sambil memberikan saya beberapa butir mutiara berwarna biru. Saya mengambil mutiara itu tetapi saya termuntah. Muntah saya berwarna hijau.

"Zerone, kalau kau mau dia hidup, itu adalah jalan terakhir" beritahu mereka. Zerone mendiamkan diri.

"Z...erone... racun makin merebak... saya tidak tahu sama ada saya dapat bertahan atau tidak... atau benarkan saja saya mati..."

"Tidak! Saya tidak mahu kau mati!"

"Lepaskan saya Zerone, biarlah saya mati begini"

Zerone memeluk saya dengan erat.

HILANGTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang