Saya diam. Wajah saya tiba tiba berasa panas. Kenapalah dia ni berterus terang begini. Melakukan hubungan intim.
"Manusia juga melakukan hubungan intim untuk mendapatkan anak, begitu juga kami"
"Zerone... cukuplah saya tidak mahu dengar lagi" balas saya.
Zerone memegang tangan saya. Tetapi dia menariknya kembali, keningnya berkerut.
"Kenapa?"
"Suhu badan kau terlalu panas, kau tidak rasa apa apakah?"
Saya menggelengkan kepala.
"Saya rasa seperti biasa saja" balas saya.
"Saya akan teruskan perjalanan lagi"
"Jangan!"
"Jadi? Kau tidak mahu hidup?"
"Saya mahu hidup, tapi mesti bersama sama dengan kau" balas saya. Zerone diam. Fikirannya berbelah bagi. Tiba tiba badan saya membuat hal, Zerone memandang saya dengan cemas.
"Kenapa, Marina?"
"Ke...keluarkan saya sekarang" balas saya sambil tersekat sekat. Zerone mengangkat saya dan saya diletakkan dia atas pasir. Sejak saya tinggal bersama dengan mereka, saya sudah boleh bernafas dalam air. Mungkin tindak balas dari jantung lautan.
"Marina? Kau tidak apa apa? Kenapa?"
Badan saya terasa kejang, seolah olah racun itu sudah tidak dapat dikawal lagi. Hidung saya mengeluarkan cecair hijau.
"Zerone... jangan dekat.... Nanti kau terkena racun... masuk ke dalam kapal kau semula..." beritahu saya. Tanpa menunggu lama, Zerone masuk ke dalam kapalnya. Dia tidak meninggalkan saya.
Saya pula cuba melawan kesan racun itu. Degupan jantung saya sudah tidak stabil. Seolah olah nyawa saya sudah sampai ke penghujungnya. Zerone pula sudah membatu. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukannya.
"Marina.... " hanya bisikan itu saja yang menjadi teman saya. Adakah saya akan mati? Badan saya mula menunjukkan tindakbalas luar biasa.
Tiba tiba muncul satu rumpai laut dari dalam pasir dan membaluti semua tubuh saya. Pakaian yang dipakai oleh saya semuanya ditanggalkan, lalu saya berada di depan mata Zerone tanpa Seurat benangpun.
Zerone menjadi kaku. Rumpai laut itu membaluti tubuh saya lalu menarik saya masuk ke dalam pasir. Zerone cuba membantu saya tapi sudah terlewat. Saya sudah pun ditarik masuk ke dalam pasir.
"Marinaaaaaa~~~!" itulah suara terakhir yang dapat di dengari oleh saya sebelum saya pengsan lagi. Lilitan rumpai itu menarik saya sehingga masuk ke dalam dasar yang tidak dapat dibayangkan oleh saya sendiri.
***
Sejuk! Itu yang menyedarkan saya. Saya membuka mata. Suasana di sana sangat dingin. Badan saya masih dibaluti oleh rumpai laut tapi sudah berubah warnanya menjadi merah. Saya melihat warna kulit saya sudah menjadi sediakala. Denyutan saya sudah stabil. Saya berada di mana?
Suasana yang saya alami sangat berbeza. Keadaan pasir di sini seperti tompokan emas yang berkilauan.
Saya bangun dan berjalan perlahan lahan. Badan saya seperti bercahaya, pernafasan saya stabil Cuma penglihatan saya sangat terhad. Saya berada di mana sekarang? Bisik saya. Perlahan lahan saya melangkah. Rumpai laut tumbuh dengan banyaknya. Ia mempunyai daun yang sangat besar, bunga dalam lautan itu juga kelihatan berbeza, tiba tiba saya melihat beratus buah yang terdampar di atas pasir yang berkilauan itu.
Saya menuju ke arah salah satu buah. Ia bulat dan berwarna merah jambu. Seakan akan buah epal. Bila saya memegang buah itu tiba tiba ia lari dengan laju. Rupanya buah itu mempunyai kaki. Mereka berlari meninggalkan saya.
"Selamat datang ke dalam dunia saya" suara itu mengejutkan saya. Saya menoleh ke belakang. Seorang lelaki yang berambut putih, berekor seperti ikan duyung dan mempunyai duri dibelakangnya. Dia memegang tombak.
"Saya... di mana?"
"Sini ialah dunia saya, dunia putih, saya Mairen"
"Mairen?"
"Putera Mairen, spisis ikan duyung siren. Saya dapat menghidu kau mengalami satu perubahan besar, racun dalam badan kau... memang sudah lama dicari oleh kami"
"Apa maksud kau?"
"Kau terkena dengan racun sotong purba itukan?"
Perlahan lahan saya mengangguk.
"Nasiblah bola Kristal saya memberitahu, kau mempunyai racun itu, ia adalah untuk perubatan kami, racun itu sangat bahaya, saya masih tertanya Tanya macamana kau boleh mendapatkan racun begitu"
"Saya diculik oleh raja... dia ingin membawa saya ke lubang neraka"
Putera Mairen memandang ke arah saya.
"Jangan cakap yang kau ni.... Manusia atas laut"
"Kau benar, saya hanya manusia biasa"
Putera itu terkejut.
"Kalau kau manusia, kau sudah lama mati!"
"Saya hidup kerana saya menelan jantung lautan"
Sekali lagi putera itu terkejut bukan kepalang.
"Jantung lautan? Hanya kaum Bermuda saja yang memilikinya, adakah kau bersama dengan Putera Zerone?"
Cepat cepat saya mengangguk.
"Huh! Kaum berhayat abadi itu memang... "
"Kenapa dengan mereka?" Tanya saya cuba mencungkil rahsia.
"Kau mau tahu pasal mereka?"
Saya mengangguk. Perlahan.
"Ikut saya"
Saya mengikut lelaki itu dari belakang. Perlahan lahan dia membawa saya ke satu tempat asing, seperti berada di belakang tabir, dia menyelak benda itu. Bila kami masuk ke dalamnya, putera tadi bukan dalam bentuk ikan lagi. Dia memakai pakaian serbah putih. Di depan kami seolah olah berada di satu alam lain. Seperti dunia lain.
"Inilah dunia saya, selamat datang ke kerajaan putih, kerajaan syurga bawah laut berada disini, kau merupakan manusia pertama yang berjaya masuk ke sini" beritahu putera itu.
Dia menghulurkan tangan. Saya menyambut tangan itu, kemudian dia membawa saya melangkah turun. Semasa melangkah itu saya melihat ada satu tangga yang terbentuk, serentak dengan langkah putera itu dan saya, tangga itu seolah olah sedang bergerak. Kami menuju ke dalam satu istana besar, suasana di sini sangat tenang. Langit membiru dengan burung yang terbang, keindahan hutan yang begitu mempersona, sehingga saya terleka seketika. Seolah olah saya sudah kembali ke dunia manusia.
"Kenapa kerajaaan kau sama seperti di dalam dunia manusia?"
Putera itu tersenyum kecil.
"Kami mempunyai cermin dua alam, melalui cermin itu kau boleh masuk ke dalam dunia manusia pada bila bila masa"
Saya terkejut.
"Betulkah?" saya semakin teruja.
"Sebelum itu, kau mau tahu asal usul manusia Bermuda itu?"
Saya mengangguk. Kami berada di satu tempat, ia seperti kolam kecil. Dalam kolam itu saya melihat pelbagai gambaran seperti sedang melihat filem.
"Kolam kecil ini akan memberikan kau jawapan yang kau cari" beritahu putera itu.
"Maksud?"
"Kau tanyalah pasal putera itu" saya akan tinggalkan kau di sini sementara. Jika kau sudah selesai, panggillah saya"
Kemudian dia meninggalkan saya. Hanya saya dan kolam itu saja. Saya melihat pelbagai gambaran dalam air itu. Saya menutup mata.
"Tunjukkan siapa Putera Zerone yang sebenarnya" bisik saya. Perlahan lahan air kolam itu mula berubah. Pada mulanya ia memberi gambaran tentang pusaran yang sangat menakutkan. Saya tahu ia adalah segitiga Bermuda. Pusaran itu juga sudah menelan ratusan kapal laut dan kapal terbang yang melanggar sempadan segitiga itu. Tiada yang terselamat, melainkan akan terus terkubur dalam dasar lautan.

YOU ARE READING
HILANG
FantasyPercintaan antara dunia fantasi dan realiti bukan setakat dalam mimpi saja lagi. Ia boleh menjadi kenyataan selagi kita percaya pada takdir. Percintaan luar biasa seorang gadis bernama Marina akhirnya terputik juga ketika dia membuat kajian di dalam...