Saya melangkah masuk tanpa teragak agak. Lampu dalam rumah itu masih menyala. Saya tidak sabar sabar mengetuk pintu tetapi...
"Ayah~!"
"Anak ayah.. marilah ke sini!"
Saya mengerutkan kening. Kemudian saya berundur dan melihat di cermin besar ruang tamu itu. Saya melihat Noel memeluk dua orang anak perempuan yang comel. Kemudian muncul seorang wanita yang sedang sarat mengandung. Hati saya tersentuh. Noel... sudah berkhawin? Hampir saya tidak dapat menerima kenyataan. Melihat kegembiraan keluarga itu saya terus menitiskan air mata. Tapi gambar dalam ruang tamu itu membuatkan saya tambah sedih. Gambar saya dengan dia masih jelas kelihatan, gambar semasa kami sama sama bekerja di makmal. Di sana dia tulis, dalam ingatan kerinduan, saya semakin sedih.
"Nampaknya lelaki yang kau anggap setia itu sudah pun mempunyai pengganti kau" Zerone bersuara memecahkan suasana. Baru pertama kali dia bersuara membuka mulut. Dia pandang dia.
"Saya ingat kau tidak bersuara di sini"
"Kaum kami boleh menyesuaikan diri dalam apa juga suasana" balasnya lagi. Saya diam. Saya lihat cincin di jari saya.
"Saya perlu jumpa dia dan kembalikan cincin ini"
"Kau pasti?"
Saya mengangguk.
"Saya akan tunggu kau di sana"
Zerone menghilangkan diri untuk seketika memberikan saya ruang untuk berjumpa dengan Noel untuk kali terakhir. Saya menekan loceng pintu. Pintu itu dibuka oleh isteri Noel.
"Ya? Kau ni..."
"Marina, siapa tu?" suara Noel bergema di ruang tamu. Nampaknya nama kami serupa.
"Entah, dia cakap mau jumpa kau"
Saya menunggu di luar, agak jauh sedikit dari rumah Noel. Saya sengaja membelakangkan diri. Pasti dia tidak mengenali saya sebab warna rambut saya sudah berubah.
"Kau ni siapa? Kenapa cari saya?" soalan Noel mengejutkan saya. Saya masih menahan getaran di dada. Saya memusingkan diri. Hampir dia pengsan melihat saya.
"Ma... Marina! Kau.. macamana...."
"Apa khabar, Noel... " bisik saya. Noel masih membatu. Perasaan bersalah mula menghantuinya.
"Sepatutnya kau sudah kembali 10 tahun yang lalu!" Noel mula bersuara. 10 tahun? Rupanya saya sudah menghilang selama 10 tahun?
"Sejak saya masuk dalam segitiga Bermuda itu, terlalu banyak perkara pelik yang berlaku ke atas diri saya, Noel, saya sudah berusaha untuk kembali, tapi saya dikawal oleh mereka"
"Mereka siapa?"
"Salah satu manusia yang hidup dalam dasar lautan, kali ini saya sudah menjadi salah seorang dari mereka"
"Patutlah kau enggan kembali!" Noel mula marah pada saya.
"Bukan begitu, Noel. Saya berusaha ingin kembali tapi saya..."
"Ah, cukup! Selama 10 tahun jiwa saya terseksa, kau lupakan saya sehingga saya menderita memikirkan pasal kau pada setiap hari, kau tau betapa sengsaranya jiwa dan perasaan saya? Kau tau apa rasanya?" suara Noel sengaja ditinggikan sehingga kemunculan Zerone.
"Ini siapa? Suami kau?" kata kata Noel benar benar menyakitkan hati saya.
"Noel... saya minta maaf..."
"Kau sudah lupa Marina, kita sudah berjanji untuk hidup bersama, sekarang kau kembali dan tiada ruang lagi untuk kau" balas Noel. Saya diam.
"Lelaki itu juga sangat sesuai untuk kau, kau kahwin lah dengan dia, jangan ganggu saya dengan kehidupan saya lagi" jawapan Noel benar benar membuatkan saya terluka.
"Noel, anggap saja hari ini adalah hari terakhir kita bertemu dan..." saya menghulurkan cincin itu pada dia. Noel terkejut. Cincin bertukar tangan.
"Nampaknya kau benar benar bencikan saya sekarang ini dan saya terima kebencian kau, maafkan saya Noel, saya akan pergi dan tidak akan menganggu kehidupan kau lagi"
Masa saya membuka langkah untuk pergi, tiba tiba Noel menarik tangan saya dan memeluk saya dengan erat. Zerone ingin bertindak tapi saya sempat menghalang.
"Marina! Kenapa kau buat saya begini, kenapaaa" saya memeluk Noel dengan erat, kami sama sama meluahkan kerinduan dalam dada. Saya tahu perasaan cintanya pada saya masih menebal, tapi dia sudah berkhawin, sudah mempunyai anak. Saya tidak boleh menganggunya lagi.
"Kita tiada jodoh, Noel.... Anggap saja ini pertemuan terakhir kita" bisik saya.
"Saya tidak boleh melupakan kau, Marina... tidak bolehhh..." Noel memegang leher saya, dia mencium saya tanpa teragak agak. Saya tahu dia masih mencintai saya tapi saya terpaksa berbuat sesuatu agar dia tidak mencari saya lagi. Dalam ciuman itu, saya mula memadam memorinya dengan saya. Segalanya yang pernah kami lakukan bersama dulu, saya padamkan sekaligus. Maafkan saya Noel, demi kebahagiaan kau dengan keluarga kau.
Ciuman dilepaskan. Dia masih menutup matanya. Saya terus menarik tangan Zerone pergi dari situ dengan linangan air mata. Sementara Noel membuka mata, dia hairan kenapa dia berada di luar rumah. Cincin itu jatuh ke rumput dan tidak dijumpai lagi. Noel melangkah masuk ke dalam rumah seperti dalam kebingungan seketika.
Dalam perjalanan masuk kembali ke dalam laut, hati dan perasaan saya masih sedih. Saya menyesal memadam semua memorinya terhadap saya. Tapi saya terpaksa. Demi kebahagiaan isteri dan anak anaknya, saya tidak mahu dia lebih terluka kerana kehilangan saya.
Bagi saya, biarlah saya hidup bersama dengan manusia dalam lautan dan bersama Zerone untuk selama lamanya, saya tahu pilihan saya tepat kali ini. selamat tinggal Noel. dan terima kasih atas segalanya.
***
BEBERAPA lama kemudian selepas saya meninggalkan dunia manusia, Zerone pula memberitahu yang dia akan meninggalkan saya sementera kerana ada satu urusan yang perlu dia selesaikan.
"Penting sangatkah urusan kau sampai tidak mau bawa saya bersama?" soal saya, sedikit merajuk. Saya memandang ke arah dia. Zerone sedang bersiap siap memakai pakaian rasminya. Dia memandang saya dengan satu ciuman hinggap di dahi saya.
"Saya akan kembali segera, ini urusan kerajaan Atlanta dengan Bermuda. Kami perlu buat sesuatu sebelum mereka menerima tawaran dari Kerajaan Ri'ana. Saya memandang tepat ke arah matanya. Zerone tidak berbohong. Mana mungkin kehidupan sini pandai berbohong. Semuanya bercakap benar. Berbeza dengan dunia manusia yang pandai berdolak dalik.
"Siapa kerajaan Atlanta dan kerajaan Ri'ana?" Tanya saya. Saya perlu tahu semuanya, nampaknya kerajaan Atlanta benar benar merisaukan mereka. Saya memegang bahu Zerone.
"Selama saya di sini, saya belum tahu pangkat kau... Zerone kau sembunyikan sesuatu kan?" Tanya saya lagi. Zerone tersenyum kecil.
"Kau masih baru dan masih belajar untuk mengawal emosi, kau belum belajar mendalami sepenuhnya, tunggulah sedikit masa lagi, kau pasti tahu dan bila saya pulang, saya mau kita jalankan hubungan dengan lebih intim lagi"
Saya mengangkat muka. Jalankan hubungan dengan lebih intim? Dia mengangguk.
"Maksud kau?"
YOU ARE READING
HILANG
FantasyPercintaan antara dunia fantasi dan realiti bukan setakat dalam mimpi saja lagi. Ia boleh menjadi kenyataan selagi kita percaya pada takdir. Percintaan luar biasa seorang gadis bernama Marina akhirnya terputik juga ketika dia membuat kajian di dalam...