HILANG Part 1

103 6 0
                                    


"Pakkk!" tiket emas dilemparkan di atas meja kerja saya.
"Apa benda ni?"
"Bacalah, pasti kau berminat"
saya mengerutkan kening dan membaca tiket itu.
"Masuk ke dalam lubang neraka? kau gila?"
Doktor Ukraine ketawa.
"Bukankah kau suka pada cabaran?"
"Ini cabaran gila! kalau saya tidak kembali bagaimana??"
"Jangan risau, kita guna peralatan canggih"
"Saya tidak percaya kau sudah cipta kapal selam itu"
"The devil eye saya sudah lama dicipta untuk masuk ke dalam lubang hitam penuh misteri itu, saya mau kau menjadi wakil saya"
"Bagaimana kalau saya gagal?"
"Tidak mungkin akan gagal, percayalah"

saya tidak menjawab.
"Berikan saya keputusan selewat lewatnya esok" jawab doktor itu lalu meninggalkan saya dalam kebingungan.

***

Beberapa hari kemudian, berita di tv mengejutkan saya, pertaruhan gila itu diteruskan dengan sokongan beberapa agensi bukan kerajaan. Mereka juga begitu teruja dengan rancangan itu. Saya hanya mampu menggelengkan kepala.

"Ini semua kerja gila, kerja mencari maut!" saya merungut sambil menghirup kopi panas. Kerja saya masih bertimbun, boleh boleh pula Doktor Ukraine menyuruh saya menjadi wakil dia masuk ke dalam neraka. Cis!

"Marina, kau saja harapan saya, jika kau berjaya, wang kemenangan kita bahagi dua!"

"Kau suruh saya sebab kau tu pengecut!" marah saya. Doktor Ukraine memandang saya. Renungan matanya yang tajam itu cukup membuatkan jantung saya bergetar. Walaupun Doktor ini kelihatan selekeh tapi ketampanannya jelas kelihatan jika...

"Apa kau kata?"

"Kau ... pengecut!"

Doktor Ukraine berjalan menuju kea rah saya. Saya terpaksa mengundur. Apa lagi yang ingin dia lakukan ini? Badan saya menyentuh dinding. Kedua dua tangan Doktor menghalang saya.

"Apa ni..." balas saya, kurang senang dengan gaya dia seperti itu. Wangian lavender dari tubuhnya cukup membuatkan jiwa saya meronta kelemasan.

"Saya bukan pengecut..." bisik dia.

"Kalau kau bukan pengecut, kenapa suruh saya?"

"Kalau saya pergi, siapa yang akan mengawal keadaan dalam makmal sini? Saya yang berkuasa, kau adalah dibawah arahan saya"

"Carilah orang lain" balas saya lagi. Wajah Doktor Ukraine semakin rapat ke arah saya.

"Kalau kau cakap lagi, saya akan cium kau di sini juga"

Wajah saya tiba tiba menjadi panas. Saya terus tolak dada Doktor itu. Dia pula sempat ketawa terbahak bahak.

"Marina, oh, come on! Janganlah begini" dia cuba memujuk saya.

"Saya percaya, kapal selam yang dicipta oleh saya itu akan membantu kau 100%, mereka yang mengikuti cabaran maut juga akan menggunakan pelbagai alat untuk menyahut cabaran gila itu" beritahu Doktor Ukraine.

Dia memeluk saya dari belakang.

"Noel... saya tidak pasti dapat melakukannya" bisik saya. Doktor Ukraine mungkin agak janggal bila saya menyebut nama sebenarnya. Hanya saya seorang saja yang tahu nama sebenarnya itu.

"Marina... kau..."

Saya memusingkan badan. Merenung wajahnya, membuka cermin matanya. Rambutnya yang terjuntai di depan mata benar benar membuatkan jiwa saya merana, oh! Kenapa Doktor ini terlalu kacak. Dan satu satunya dia ialah teman lelaki saya!

Doktor Ukraine memeluk saya dengan erat.

"Saya percaya pada bakat semulajadi kau, Marina... kalau kau berjaya mengharungi cabaran ini, kita akan melangsungkan perkhawinan..." bisiknya seperti berjanji. Saya tolak dia.

"Hari tu saya berjaya meneroka sungai Amazon, kau cakap mau khawin, sampai sekarang masih kosong kosong!"

Doktor Ukraine tersenyum kecil.

"Saya Cuma uji kau saja, tidak sangka kau benar benar melakukannya!"

"Sebelum pergi saya ada satu permintaan" bisik saya sambil menarik kolar baju Doktor itu. Dia memandang ke arah saya.

"Adakah itu satu jawapan?"

Saya mengangguk. Doktor itu tersenyum lalu dia mencium saya dengan penuh cinta.

***

SUASANA pada hari itu sangat panas, seperti yang dikehendaki oleh para penyahut cabaran. Kawasan persisiran pantai penuh. Doktor ukraine sudah berada di kawasan pendaftaran, saya memandang ke arah lautan luas. Ada cuaca mendung di bahagian barat. Jam tangan ciptaan Doktor Ukraine memberi bacaan suhu. Pada masa ini cuaca baik dan ramalan hujan akan turun pada sebelah petang.

Kapal selam milik Doktor itu sudah tersedia rapi tapi masih ditutup dengan kain. Saya melihat hanya orang kaya kaya saja yang menyertai permainan maut ini.

Rancangan ini disiarkan secara live di seluruh dunia. Termasuk saya, kami hanya ada 10 orang. Masing masing dengan peralatan canggih. Saya tempat ke 10. Melihat penyertaan mereka, mereka begitu bangga dan teruja. Hanya saya masih diam membisu. Bosan melayan mereka yang terlalu mengejar popularity. Suasana begitu sibuk dan sangat bising.

"Sila lekat nombor pendaftaran ini di kapal selam kamu nanti ya!" datang seorang wanita dengan buku pendaftaran di tangannya. Saya hanya mengangguk. Nombor itu saya buka dan saya turun dari tempat duduk dan menuju ke kapal selam saya. Di sana saya melekatkan nombor di tepi.

Masa saya lekat nombor itu tiba tiba saya seperti dibawa ke tempat lain. Bayangan masa yang pantas dan menakutkan. Pusaran air menarik kapal yang dibawa oleh saya sehingga ke dalam dasar laut yang begitu dingin. Tekanan di dalam segitiga Bermuda tidak sama dengan dasar lautan yang lain.

Pak! Bahu saya dipegang. Saya terkejut. Ilusi itu segera hilang. Doktor Ukraine memeluk saya.

"Kamu semua akan berangkat 1 jam dari sekarang"

Saya memandang ke arahnya.

"Noel..." Doktor itu memandang saya. Dia sudah faham dengan reaksi wajah saya jika saya tidak banyak bercakap.

"Déjà vu?" Tanyanya. Saya mengangguk, perlahan.

"Apa yang kau Nampak?"

"Kapal selam kau tahan dengan tekanan kuat?" Tanya saya. Kening Doktor itu berkerut sedikit.

"Bukankah sama dengan kedalaman laut yang lain" jawabnya. Saya menggeleng.

"Tekanan dalam segitiga Bermuda tidak sama"

"Apa maksud kau?"

"Impaknya sangat kuat, Noel, kau yakin kapal selam ini dapat menahan impak? Dalam sana, ia seperti dihimpit, jika tidak kuat, ia akan berkecai"

"Jangan risau Marina, saya sudah buat semua ujian, besi kapal selam ini adalah dari titanium yang lebih keras dari keluli, ia mampu menahan impak sehingga 1000 kali ganda"

"Kau pasti?"

Doktor Ukraine memeluk saya.

HILANGWhere stories live. Discover now